Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Thursday, March 5, 2015

Friday, February 13, 2015

Mendekati Kesempurnaan Dengan Cuba Untuk Menyempurnakan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”






Mencari kesempurnaan itu ibarat tangan mengapai awan..
tidak pernah berjaya...
sungguh diakui manusia adalah  sebaik-baik penciptaan namun tidak bermakna ia sempurna dari kesilapan dalam kehidupan....
manusia itu dilahirkan untuk belajar seumur hidupnya tentang pelbagai perkara..
ilmu yang ia miliki digunakan untuk membantu insan-insan lain dalam menghadapi cabaran hidup ini...itulahnya caranya ia cuba untuk menjadi sempurna walapun kesempurnaan itu tidak akan ada dalam gengamannya

sudah semestinya mereka yang berusaha untuk menjadi orang yang berilmu itu orang yang akan menikmati kejayaan dalam kehidupan di dunia ini dan mereka yang lalai itu menempah tiket  ke arah kesengsaraan di dunia ini..
berilmu dan bermanfaat... amat manis digandingkan bersama kerana dengan berilmu ,ia tahu apa yang perlu dilakukan untuk memberi manfaat pada dirinya dan pada orang disekelilingnya,
pada saat ia mati, ia tahu bahawa ia sudah selesaikan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah di bumi ini... matinya ditangisi pengikutnya... matinya di hormati oleh musuhnya.....


Saturday, January 4, 2014

Renungan>>> pakaian zaman moden = pakaian zaman purba ???

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”





Alhamdulillah..
 dengan izinNya saya diberi peluang untuk terus membuat perkongsian dalam blog ini dan ini adalah entry yang pertama untuk tahun ini...
Wanita itu diibaratkan  sebagai salah satu perhiasan dunia dan sebaik-baik atau seindah-indah hiasan adalah wanita solehah.Jikalau kita lihat pada zaman jahiliah , mereka diperlakukan  dengan sewenang-wenangnya sehingga hak mereka dinafikan dalam  hak harta pusaka malah ada juga turut dibunuh kerana beranggapan mereka dilahirkan  akan membawa sial dalam keluarga.. namun setelah kedatangan islam, Allah mengangkat darjat wanita ke satu tahap sehingga mereka wajib ditaati iaitu ketaatan seorang anak kepada ibunya. Allah menjaga mereka dari pandangan yang berniat jahat dan nafsu dengan menyuruh wanita menutup aurat mereka dengan sempurna.

Jika dilihat pada zaman dahulu aurat mereka tidak dijaga malah mereka hanya turut berperanan sebagai wanita simpanan atau dalam kata kasarnya sebagai pelacur sehingga tidak diberikan peluang untuk menuntut ilmu kerana masyarakat mengangap mereka tidak layak namun setelah islam datang mereka diberi peluang untuk menuntut ilmu sehingga mereka dilayan seperti puteri raja kerana hanya segelintir orang sahaja yang boleh melihat mahupun menyentuh aurat mereka. sesungguhya kedatangan islam telah berjaya mengangkat martabat  wanita ke satu tahap yang terbaik .

Namun pada masa kini , setelah zaman semakin maju dari segi peradaban kemajuannya, wanita seolah-olah  telah kembali seperti zaman jahiliah   di mana aurat mereka tidak dijaga  dan lebih memalukan mereka menggelar ini adalah apa yang dituntut oleh kemodenan sekarang. Kemodenan apakah ini apabila taraf mereka dijatuhkan sehingga aurat mereka menjadi tontonan umum dan boleh juga dikatakan sebagai untuk dijadikan sebagai alat pemuas hawa nafsu oleh lelaki. Islam tidak menghalang umatnya untuk kelihatan cantik namun apakah gunanya jika kelihatan cantik  sehingga maruah digadaikan??cantikkanlah diri kamu berlandaskan syariat islam kerana ia mencerminkan bagaiamana akal kamu berfikir dengan sebaik-baiknya

mereka beranggapan  lelaki pada zaman sekarang tertarik kepada wanita yang seksi  . ya, mungkin ada benarnya tapi mereka terlupa bahawa lelaki itu tertarik untuk mendampingi sahaja tapi tidak  tertarik untuk memiliki mereka. percayalah seburuk-buruk lelaki mereka sekalipun, mereka tetap  akan ingin memiliki seorang wanita yang menjaga maruah dan auratnya dan juga hatinya( budi pekerti) . Hal ini boleh diibaratkan seperti nasib dua biji gula-gula di atas lantai yang mana satunya masih sempurna dibalut dengan pembalut manakala yang satu laginya tidak langsung dibalut dengan pembalut atau dengan kata lainnya terdedah dengan habuk , debu dan juga kotoran. jika diberi pilihan, yang mana akan  kamu pilih?? yang dilindungi dengan pembalutnya ataupun yang dah terdedah dengan kotoran? sudah pastinya yang dibalutkan?? sebab fitrah manusia akan pilih yang bersih dan juga suci....
tidak dinamakan kemajuan  jika manusia masih lagi berpakaian seperti manusia zaman purba... tidak dinamakan kemajuan jika maruah manusia seperti maruah manusia zaman jahiliah,mudah dilihat dan disentuh auratnya.

dalam masa kini, sesetengah  manusia beranggapan wanita yang menutup aurat seperti manusia yang ketinggalan zaman dan tidak bertaraf seperti  taraf antarabangsa, sehingga apabila untuk membuka peluang pekerjaan syaratnya mestila tidak memakai tudung. anggapan seperti ini tidak wajar melekat di dalam akal yang bijak yang dikurniakan oleh Allah. Adakah mereka tidak sedar bahawa kebanyakan wanita yang berjaya adalah mereka yang menutup aurat mereka dan  kesempurnaan mereka menjaga aurat mereka tidak menghalang mereka untuk mengecap kejayaan di dunia malah mereka dihormati di mata manusia sekeliling   malah di luar negara, mereka yang menjaga auratnya tidak mendapat sebarang masalah untuk meneruskan kehidupan mereka tidak seperti yang berlaku di negara ini.. .

renung-renungkanlah kembali pada zaman awal manusia memakai pakaian seperti bertelanjang namun setelah zaman semakin maju dan manusia semakin bijak berfikir mereka mula mencipta pakaian yang sempurna dan boleh menutup aurat mereka, oleh itu sedarlah bahawa hijab yang anda pakai pada ketika ini adalah kemuncak kepada kemajuan pemikiran yang dicapai oleh  manusia dan ia bukanlah satu kemunduran.
jika anda mengangkat orang-orang yang mendedah aurat mereka ataupun dalam kata lainnya berpakaian tetapi bertelanjang sebagai simbol kemodenan ataupun kemajuan sesungguhnya anda silap kerana itu adalah simbol kepada kemunduran manusia....

jika dikatakan hati anda masih lagi belum menerima hidayah atau belum sampai seru lagi.. maaf anda sebenarnya berbohong pada diri anda kerana hidayah dan seru telah lama disampaikan kepada umat manusia cuma diri anda sendiri yang menolak hidayah dan seruan yang telah disampaikan kepada anda...

saya tidak mengatakan orang yang menjaga auratnya itulah orang yang terbaik akhlaknya sebab hati masing-masing kita tidak dapat jangka. namun mereka telah berjaya menyelamatkan diri mereka daripada pandangan jahat lelaki dan semestinya dari azab Allah. jika anda berbangga anda membuka aurat ada dan beranggap ianya adalah tuntutan kemodenan, maaf anda silap kerana anda sebenarnya telah membuatkan diri anda kembali seperti peradaban manusia zaman purba.. jika anda mengatakan anda selesa membuka aurat kerana pasangan anda sukakannya maaf anda silap, kerana anda sebenarnya telah meletakkan diri anda sebagai alat pencuci mata pasangan anda sahaja, jika jadi begitu dalam perhubungan anda..sila #mohon clash  kepada pasangan anda itu. Pasangan yang baik mereka sentiasa mahukan yang terbaik pada pilihan hatinya antaranya dihormati oleh orang lain....

renug-renungkanlah firman Allah ini



“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)


sampai di sini sahajalah entry pada kali ini semoga diizinkan untuk menulis pada masa akan datang.
Yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu datang dari kelemahan diri ini sebagai hambaNya yang alpa.
Yang baik kita jadikan tauladan manakala yang buruk itu dijadikan sebagai sempadan.









Monday, October 28, 2013

Persoalan Semasa---->>>Perbezaan Nikah Khitbah dan Nikah Muta'ah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Perkahwinan merupakan satu akad yang dapat menghubungkan serta menghalalkan segala bentuk perhubungan yang mana pada mulanya haram ke atas lelaki mahupun perempuan yang bukan muhrim.Pada hari ini ,banyak berlakunya gejala kerosakan akhlak yag mana mendorong kepada pelbagai gejala negatif seperti zina. Kesan daripada berlakunya zina itu, menyumbang kepada lahirnya anak luar nikah yang mana penyelesaian bagi kelahiran bayi itu adalah dengan membuang dan tidak kurang ada juga yang turut membunuh bayi tersebut. Dalam hal ini, Islam telah memberikan jalan keluar dengan adanya pernikahan bagi lelaki dan perempuan yang ingin bersama.Dalam pernikahan itu turut mengajar manusia itu erti tanggungjawab dan ianya juga secara tidak langsung memberikan sedikit masalah kepada sesebuah pasangan itu untuk bersatu. Hal ini kerana jika bagi pihak ibubapa ,  mereka gusar atau bimbang anak-anak mereka tidak dapat menjaga tanggungjawab yang akan dipikul nanti. Namun bagi sesetengah pasangan mereka gusar jika mereka tidak dapat menjaga batasan perhubungan sehingga mendorong kepada zina.Walau bagaimanapun, berlaku sedikit salah faham dalam masyarakat yang mana ada segelintir menyamakan nikah khitbah dengan nikah muta'ah .Oleh itu, tujuan bagi artikel ini ditulis adalah untuk memberikan perbezaan antara nikah khitbah dan juga nikah mut'ah.

secara umumnya, rukun-rukun nikah terdiri kepada

  • wanita yang sah untuk dikahwinkan serta bukan muhrim bagi pasangannya
  • lelaki yang sah untuk dikahwinkan dan bukan muhrim bagi pasangannya
  • wali
  • saksi
  • akad (ijab dan qabul)
Nikah khitbah
secara umumnya,nikah khitbah ini bermaksud nikah gantung yang mana pasangan yang bernikah ini menepati rukun-rukun nikah  namun terlepas dari memberi mahupun menerima nafkah berdasarkan syarat-syarat yang tertentu  untuksesuatu tempoh masa yang tertentu. Dalam erti kata lain,nikah khitbah ini telah menepati rukun-rukun pernikahan menurut islam.Namun ia mempunyai beberapa syarat tertentu yang mana memberi kelonggaran kepada pihak lelaki yakni suami untuk terlepas dari memberikan nafkah kepada isterinya untuk beberapa tempoh tertentu.nikah khitbah ini akan terbatal atau menjadi nikah biasa kembali apabila isteri tinggal serumah dengan suami yang mana dalam erti kata lain menjalankan tanggungjawab sebagai sorang isteri

Dalil
terdapat hadis yang diriwayatkan oleh oleh bukhari dan muslim mengenai perkahwinan Rasulullah dengan Aisyah yang mana baginda menikahi Aisyah ketika berumur  6 tahun dan hanya duduk serumah ketika berumur 9  tahun.Kesimpulannya hadis tersebut menunjukkan adanya nikah gantung dalam islam.

namunbegitu terdapat dalam kalangan masyarakat yang menyamakan nikah muta'ah dengan nikah khitbah yang mana  nikah muta'ah ni berasal daripada golongan syiah.

Nikah Muta'ah
nikah muta'ah merupakan  sejenis pernikahan yang berasal daripada fahaman syiah yang mana pernikahan ini lebih berdasarkan kepada kontrak. Dalam erti kata lain, seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang wanita akan menandatangani sebuah kontrak yang menyatakan tempoh pernikahan yang akan dipersetujui.
pernikahan jenis ini secara terang-terangan telah diharamkan oleh Rasulullah sendiri berdasarkan dalil dalam hadis baginda

Dalil pengharaman.
Sabrah bin Ma'bad al Juhani menyatakan,;Kami bersama Rasulullah dalam satu perjalanan Haji.Pada suatu saat kami berjalan bersama saudara sepupu kami dan bertemu dengan seorang wanita.Jiwa muda kami mengangumi wanita tersebut sementara dia pula mengangumi selimut(selendang) yang dipakai saudaraku itu. kemudia wanita tadi berkata, "ada selimut seperti selimut". Akhirnya aku menikahinya dan tidur bersamanya satu malam.Keesokan harinya,aku pergi ke masjidil haram dan tiba-tiba aku melihat Rasulullah berpidato di antara pintu kaabah dan hijr ismail. Baginda bersabda,"Wahai sekalian manusia,aku pernah mengizinkan kepada kalian untu bernikah muta'ah, maka sekarang sesiapa yang memiliki isteri secara nikah muta'ah,haruslah ia menceraikannya dan segala sesuatu yang kalian berikan kepadanya janganlah kalian ambil lagi.Kerana Allah Azza Wa Jalla telah mengharamkan nikah muta'ah sampai hari kiamat
(riwayat shahih muslim 11/1024)


secara umumnya,kedua-dua nikah ini  mempunyai persamaan iaitu ingin mengelakkan zia namun pengharaman nikah muta'ah ini adalah kerana pernikahan jenis ini tidak menjamin hak-hak wanita yang bergelar isteri dan seolah-olah menghina institusi pernikahan yang murni  yang diharuskan oleh syarak. sementara nikah khitbah pula diharuskan kerana ingin memberikan kelonggaran kepada pasangan untuk bersatu seperti yang diharuskan syarak berdasarkan syarat-syarat tertentu.


sampai di sini sahaja coretan ringkas dalam entry pada kali ini,semoga kita semua mendapat manfaatnya
Yang baik dijadikan teladan manakala yang buruk boleh dijadikan sempadan.
yang buruk itu datang dari kekurangan diri ini sebagai hambaNya yang lemah manakala yang baik itu datang daripada Allah .

rujukan sumber diperolehi daripada (sila klik link dibawah)






Tuesday, October 1, 2013

Muhasabah Diri>>>Pengalaman itu Pembelajaran

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”




Tidak semua yang kita fikirkan baik itu, akan menjadi baik dan tidak semua yang kita fikirkan buruk itu buruk... itulah yang dinamakan pengalaman yang mana pengalaman ini semestinya kita perlu merasai bukan dengan mengambil dari orang lain.Setiap insan di dunia ini akan mendapat pengajaran yang berbeza walaupun merasai pngalaman yang sama. Benarlah seperti apa yang dikatakan, 'Pengalaman itu merupakan guru yang terbaik kepada manusia' kerana daripada pengalamanlah manusia itu akan meneruskan hidup untuk menjadi yang terbaik. tidak salah untuk menjadikan pengalaman insan lain sebagai iktibar tetapi haruslah beringat kesan untuk kita dapat pengajaran daripada pengalaman itu tidak semestinya sama dengan kesan orang yang mendapat pengalaman itu. Semuanya ini berkaitan dengan masa, ya... ada berkaitan dengan masa sebab masa itu sentiasa bergerak tidak pernah menunggu sesiapa. Amat beruntunglah bagi sesiapa sahaja yang memanfaatkan masanya dengan perkara yang berfaedah.seseorang itu memerlukan masa untuk belajar sesuatu yang dia dapat dari pengalaman. Orang yang bijak ialah orang yang belajar daripada pengalaman dan orang yang prihatin ialah orang yang cuba menjadikan orang lain terbaik dengan memberikan mereka perkongsian pengajaran daripada pengalaman yang ia rasai.Pengalaman itu bukanlah sesuatu bentuk hukuman semata-mata tetapi turut diselitkan dengan pelbagai hikmah.. Ada sesetengah orang mempunyai pengalaman yang buruk dan ada juga sesetengah yang lain mempunyai pengalaman yang baik.... tetapi apa pun yang berlaku jangan sesekali berputus asa untuk meneruskan hidup walaupun pengalaman yang kita rasai itu membuatkan hidup kita tidak menentu, Allah sentiasa bersama dengan hamba-hambaNya terutama dengan para hambaNya yang sabar... apabila mengalami masalah, cuba untuk menenangkan diri dan sentiasa beringat dengan janji Allah bahawa setiap kesukaran pasti ada kemudahannya... in sha Allah... berdoa lah... seterusnya berusaha...istiqamah dan seterusnya tawakal.... berdoa tanpa usaha  adalah orang yang bodoh manakala usaha tanpa doa adalah orang yang sombong.. sombong itu adalah sifat syaitan... tapi ianya adalah hak Allah.. Allah maha besar dan maha sempurna dari segala kekurangan... 
in sha Allah...akhir sekali belajarlah daripada pengalaman untuk melepaskan diri daripada masalah..
 yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu datang daripada kekurangan diri ini sebagai hambaNya yang serba kekurangan..
yang baik itu jadikan tauladan manakala yang buruk itu dijadikan sempadan..

Monday, August 12, 2013

Persoalan semasa : Puasa Ganti Ramadhan & Puasa Sunat Enam Syawal

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas di dunia ini...
Alhamdulillah juga kita baru sahaja selesai menunaikan ibadah puasa ramadhan selama sebulan seterusnya mrnyambut kedatangan syawal yang amat dinanti oleh semua umat islam.

Entry pada kali ini.. Saya berminat untuk berkongsi dengan para pembaca semua mengenai persoalan yang sering keluar apabila menyambut bulan syawal yang mana isu pada kali ini lebih menyentuh pada kaum Hawa...

Dengan ini saya ingin berkongsi soal jawab agama yang diambil dari laman web Jabatan Negeri Perlis mengenai puasa ganti dalam bulan ramadhan serta puasa sunat enam syawal...

Selamat membaca....

...............................................................

Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menerima pertanyaan hukum dari En Zukri melalui e-mel: mzukri@...

Berikut adalah penjelasan hukum yang diberikan dan telah diperakui oleh S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya:

Soalan: Salam, saya hendak bertanya tentang posa ganti dalam bulan Syawal bagi wanita.

>>>Bolehkah digandingkan niat ganti puasa Ramadan dengan puasa sunat syawal sekali?

>>>Apakah kita akan mendapat pahala kedua-duanya sekali?

>>>Adakah ada spesifik hari untuk puasa bagi mendapat kedua-dua pahala ini?

jika tidak, amalan bagaimana lebih afdal? Terima kasih

Jawapan: Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Jawapannya adalah seperti berikut:

Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal. Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.

Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر

Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)

Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat).

[Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]

Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan.

[Fatawa al-Azhar 9/261]

Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)

Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan? Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.

Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:

( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي )

Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.)

Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.

Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan. "Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu."

[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/392]

Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat. Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.

Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa: "Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. ... dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah."

[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/391]

Imam An-Nawawi RH berkata: "Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud."

[Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab]

Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala:

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.”

[Surah Ali Imran:133]

Wallahu a’lam.

Sumber : mufti.perlis.gov.my http://http:///soal-jawab/187-hukum-gabung-puasa-qadha-dan-puasa-enam-syawal

...............................................................

Alhamdulillah...
Semoga apa yang dibaca dapat berikan manfaat bersama...

Yang baik datang daripada Allah manakala yang buruk  datang daripada diri ini yang serba kekurangan...
Yang baik dijadikan tauladan manakala yang buruk dijadikan sempadan..
Semoga berjumpa lagi...

Monday, March 4, 2013

Renung-renungkan>>>>Nama Yang Baik ,Gelaran Yang Buruk ???

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Alhamdulillah kerana saya diberi kesempatan  untuk meneruskan lagi penulisan di entry pada hari ini
saudara dan saudari muslimin dan muslimat sekalian.. entry pada kali ini ingin sekali saya membicarakan mengenai kepentingan nama atau panggilan  yang ada pada diri kita
setiap insan yang dilahirkan di atas dunia ini pada permulaan ia dilahirkan  sudah pasti  ibu bapa masing-masing telah pun memberikan nama untuk  anak-anak mereka. malah ada antara para ibu bapa yang telah mula memikirkan nama  yang sesuai dan indah untk anak-anak mereka  walaupun anak tersebut belum dilahirkan.
Islam telah menganjurkan kepada umatnya agar memberikan nama yang baik-baik ke atas anak-anak yang dilahirkan kerana nama tersebut ibarat doa. dan berkemungkinan besar nama yang diberikan ke atas anak-anak tersebut akan membentuk keperibadian anak tersebut..
tidak dinafikan pada masa sekarang ini  ramai daripada para remaja mahupun warga tua ada gelaran mereka yang tersendiri..
malah mengikut sejarah sirah nabi pun... baginda turut  mempunyai gelaran  yang tersendiri yang mana menunjukkan keperibadian baginda yang mulia,,, salah satu gelaran yang baginda miliki ialah


"al-Amin"


malah baginda juga turut memberikan gelaran  kepada para sahabat baginda antaranya  seperti Abu Hurairah yang membawa maksud bapa kucing.
Dalam hal ini.,
tidak menjadi masalah jika kita ingin memberikan  gelaran kepada  seseorang tetapi janganlah gelaran tersebut boleh menyinggung  perasaannya.
malah lebih molek lagi jika gelaran itu membawa maksud yang baik...
. Jika gelaran yang diberi itu tidak disukai, ia boleh mendatangkan dosa kepada kita kerana hal ini telah pun diingatkan Allah dalam firmanNya dalam surah al hujurat ayat 11


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ 

نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ 

الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (11 



Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujurat (49) ayat 11)


kadang-kadang kita sendiri tidak menyedari bahawa perkara yang kecil itu sedikit sebanyak boleh mendorong untuk terjadinya perkara yang besar..
orang tua-tua juga pernah berkata bahawa kerana mulut badan binasa oleh itu berhati-hatilah dalam komunikasi .jangan biarkan orang lain tersinggung gara-gara niat kita untuk bergurau dengannya.... sebaik-baik percakapan adalah percakapan yang bermanfaat...
yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu datang daripada kelemahan diri ini sebagai hambaNya..
yang baik itu dijadikan sebagai sandaran dan pedoman manakala yang buruk itu kita jadikan sebagai sempadan dalam menjalani kehidupan ini...

semoga berjumpa lagi...assalamualaikum

jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...