ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......
itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya
like like like
Thursday, March 5, 2015
Friday, February 13, 2015
Mendekati Kesempurnaan Dengan Cuba Untuk Menyempurnakan
Saturday, January 4, 2014
Renungan>>> pakaian zaman moden = pakaian zaman purba ???
Alhamdulillah..
dengan izinNya saya diberi peluang untuk terus membuat perkongsian dalam blog ini dan ini adalah entry yang pertama untuk tahun ini...
Wanita itu diibaratkan sebagai salah satu perhiasan dunia dan sebaik-baik atau seindah-indah hiasan adalah wanita solehah.Jikalau kita lihat pada zaman jahiliah , mereka diperlakukan dengan sewenang-wenangnya sehingga hak mereka dinafikan dalam hak harta pusaka malah ada juga turut dibunuh kerana beranggapan mereka dilahirkan akan membawa sial dalam keluarga.. namun setelah kedatangan islam, Allah mengangkat darjat wanita ke satu tahap sehingga mereka wajib ditaati iaitu ketaatan seorang anak kepada ibunya. Allah menjaga mereka dari pandangan yang berniat jahat dan nafsu dengan menyuruh wanita menutup aurat mereka dengan sempurna.
Jika dilihat pada zaman dahulu aurat mereka tidak dijaga malah mereka hanya turut berperanan sebagai wanita simpanan atau dalam kata kasarnya sebagai pelacur sehingga tidak diberikan peluang untuk menuntut ilmu kerana masyarakat mengangap mereka tidak layak namun setelah islam datang mereka diberi peluang untuk menuntut ilmu sehingga mereka dilayan seperti puteri raja kerana hanya segelintir orang sahaja yang boleh melihat mahupun menyentuh aurat mereka. sesungguhya kedatangan islam telah berjaya mengangkat martabat wanita ke satu tahap yang terbaik .
Namun pada masa kini , setelah zaman semakin maju dari segi peradaban kemajuannya, wanita seolah-olah telah kembali seperti zaman jahiliah di mana aurat mereka tidak dijaga dan lebih memalukan mereka menggelar ini adalah apa yang dituntut oleh kemodenan sekarang. Kemodenan apakah ini apabila taraf mereka dijatuhkan sehingga aurat mereka menjadi tontonan umum dan boleh juga dikatakan sebagai untuk dijadikan sebagai alat pemuas hawa nafsu oleh lelaki. Islam tidak menghalang umatnya untuk kelihatan cantik namun apakah gunanya jika kelihatan cantik sehingga maruah digadaikan??cantikkanlah diri kamu berlandaskan syariat islam kerana ia mencerminkan bagaiamana akal kamu berfikir dengan sebaik-baiknya
mereka beranggapan lelaki pada zaman sekarang tertarik kepada wanita yang seksi . ya, mungkin ada benarnya tapi mereka terlupa bahawa lelaki itu tertarik untuk mendampingi sahaja tapi tidak tertarik untuk memiliki mereka. percayalah seburuk-buruk lelaki mereka sekalipun, mereka tetap akan ingin memiliki seorang wanita yang menjaga maruah dan auratnya dan juga hatinya( budi pekerti) . Hal ini boleh diibaratkan seperti nasib dua biji gula-gula di atas lantai yang mana satunya masih sempurna dibalut dengan pembalut manakala yang satu laginya tidak langsung dibalut dengan pembalut atau dengan kata lainnya terdedah dengan habuk , debu dan juga kotoran. jika diberi pilihan, yang mana akan kamu pilih?? yang dilindungi dengan pembalutnya ataupun yang dah terdedah dengan kotoran? sudah pastinya yang dibalutkan?? sebab fitrah manusia akan pilih yang bersih dan juga suci....
tidak dinamakan kemajuan jika manusia masih lagi berpakaian seperti manusia zaman purba... tidak dinamakan kemajuan jika maruah manusia seperti maruah manusia zaman jahiliah,mudah dilihat dan disentuh auratnya.
dalam masa kini, sesetengah manusia beranggapan wanita yang menutup aurat seperti manusia yang ketinggalan zaman dan tidak bertaraf seperti taraf antarabangsa, sehingga apabila untuk membuka peluang pekerjaan syaratnya mestila tidak memakai tudung. anggapan seperti ini tidak wajar melekat di dalam akal yang bijak yang dikurniakan oleh Allah. Adakah mereka tidak sedar bahawa kebanyakan wanita yang berjaya adalah mereka yang menutup aurat mereka dan kesempurnaan mereka menjaga aurat mereka tidak menghalang mereka untuk mengecap kejayaan di dunia malah mereka dihormati di mata manusia sekeliling malah di luar negara, mereka yang menjaga auratnya tidak mendapat sebarang masalah untuk meneruskan kehidupan mereka tidak seperti yang berlaku di negara ini.. .
renung-renungkanlah kembali pada zaman awal manusia memakai pakaian seperti bertelanjang namun setelah zaman semakin maju dan manusia semakin bijak berfikir mereka mula mencipta pakaian yang sempurna dan boleh menutup aurat mereka, oleh itu sedarlah bahawa hijab yang anda pakai pada ketika ini adalah kemuncak kepada kemajuan pemikiran yang dicapai oleh manusia dan ia bukanlah satu kemunduran.
jika anda mengangkat orang-orang yang mendedah aurat mereka ataupun dalam kata lainnya berpakaian tetapi bertelanjang sebagai simbol kemodenan ataupun kemajuan sesungguhnya anda silap kerana itu adalah simbol kepada kemunduran manusia....
jika dikatakan hati anda masih lagi belum menerima hidayah atau belum sampai seru lagi.. maaf anda sebenarnya berbohong pada diri anda kerana hidayah dan seru telah lama disampaikan kepada umat manusia cuma diri anda sendiri yang menolak hidayah dan seruan yang telah disampaikan kepada anda...
saya tidak mengatakan orang yang menjaga auratnya itulah orang yang terbaik akhlaknya sebab hati masing-masing kita tidak dapat jangka. namun mereka telah berjaya menyelamatkan diri mereka daripada pandangan jahat lelaki dan semestinya dari azab Allah. jika anda berbangga anda membuka aurat ada dan beranggap ianya adalah tuntutan kemodenan, maaf anda silap kerana anda sebenarnya telah membuatkan diri anda kembali seperti peradaban manusia zaman purba.. jika anda mengatakan anda selesa membuka aurat kerana pasangan anda sukakannya maaf anda silap, kerana anda sebenarnya telah meletakkan diri anda sebagai alat pencuci mata pasangan anda sahaja, jika jadi begitu dalam perhubungan anda..sila #mohon clash kepada pasangan anda itu. Pasangan yang baik mereka sentiasa mahukan yang terbaik pada pilihan hatinya antaranya dihormati oleh orang lain....
renug-renungkanlah firman Allah ini
sampai di sini sahajalah entry pada kali ini semoga diizinkan untuk menulis pada masa akan datang.
Yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu datang dari kelemahan diri ini sebagai hambaNya yang alpa.
Yang baik kita jadikan tauladan manakala yang buruk itu dijadikan sebagai sempadan.
Monday, October 28, 2013
Persoalan Semasa---->>>Perbezaan Nikah Khitbah dan Nikah Muta'ah
secara umumnya, rukun-rukun nikah terdiri kepada
- wanita yang sah untuk dikahwinkan serta bukan muhrim bagi pasangannya
- lelaki yang sah untuk dikahwinkan dan bukan muhrim bagi pasangannya
- wali
- saksi
- akad (ijab dan qabul)
Dalil
terdapat hadis yang diriwayatkan oleh oleh bukhari dan muslim mengenai perkahwinan Rasulullah dengan Aisyah yang mana baginda menikahi Aisyah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika berumur 9 tahun.Kesimpulannya hadis tersebut menunjukkan adanya nikah gantung dalam islam.
namunbegitu terdapat dalam kalangan masyarakat yang menyamakan nikah muta'ah dengan nikah khitbah yang mana nikah muta'ah ni berasal daripada golongan syiah.
Nikah Muta'ah
nikah muta'ah merupakan sejenis pernikahan yang berasal daripada fahaman syiah yang mana pernikahan ini lebih berdasarkan kepada kontrak. Dalam erti kata lain, seorang lelaki yang berkahwin dengan seorang wanita akan menandatangani sebuah kontrak yang menyatakan tempoh pernikahan yang akan dipersetujui.
pernikahan jenis ini secara terang-terangan telah diharamkan oleh Rasulullah sendiri berdasarkan dalil dalam hadis baginda
Dalil pengharaman.
Sabrah bin Ma'bad al Juhani menyatakan,;Kami bersama Rasulullah dalam satu perjalanan Haji.Pada suatu saat kami berjalan bersama saudara sepupu kami dan bertemu dengan seorang wanita.Jiwa muda kami mengangumi wanita tersebut sementara dia pula mengangumi selimut(selendang) yang dipakai saudaraku itu. kemudia wanita tadi berkata, "ada selimut seperti selimut". Akhirnya aku menikahinya dan tidur bersamanya satu malam.Keesokan harinya,aku pergi ke masjidil haram dan tiba-tiba aku melihat Rasulullah berpidato di antara pintu kaabah dan hijr ismail. Baginda bersabda,"Wahai sekalian manusia,aku pernah mengizinkan kepada kalian untu bernikah muta'ah, maka sekarang sesiapa yang memiliki isteri secara nikah muta'ah,haruslah ia menceraikannya dan segala sesuatu yang kalian berikan kepadanya janganlah kalian ambil lagi.Kerana Allah Azza Wa Jalla telah mengharamkan nikah muta'ah sampai hari kiamat
(riwayat shahih muslim 11/1024)
secara umumnya,kedua-dua nikah ini mempunyai persamaan iaitu ingin mengelakkan zia namun pengharaman nikah muta'ah ini adalah kerana pernikahan jenis ini tidak menjamin hak-hak wanita yang bergelar isteri dan seolah-olah menghina institusi pernikahan yang murni yang diharuskan oleh syarak. sementara nikah khitbah pula diharuskan kerana ingin memberikan kelonggaran kepada pasangan untuk bersatu seperti yang diharuskan syarak berdasarkan syarat-syarat tertentu.
sampai di sini sahaja coretan ringkas dalam entry pada kali ini,semoga kita semua mendapat manfaatnya
Yang baik dijadikan teladan manakala yang buruk boleh dijadikan sempadan.
yang buruk itu datang dari kekurangan diri ini sebagai hambaNya yang lemah manakala yang baik itu datang daripada Allah .
Tuesday, October 1, 2013
Muhasabah Diri>>>Pengalaman itu Pembelajaran
Monday, August 12, 2013
Persoalan semasa : Puasa Ganti Ramadhan & Puasa Sunat Enam Syawal
Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih lagi diberikan kesempatan untuk bernafas di dunia ini...
Alhamdulillah juga kita baru sahaja selesai menunaikan ibadah puasa ramadhan selama sebulan seterusnya mrnyambut kedatangan syawal yang amat dinanti oleh semua umat islam.
Entry pada kali ini.. Saya berminat untuk berkongsi dengan para pembaca semua mengenai persoalan yang sering keluar apabila menyambut bulan syawal yang mana isu pada kali ini lebih menyentuh pada kaum Hawa...
Dengan ini saya ingin berkongsi soal jawab agama yang diambil dari laman web Jabatan Negeri Perlis mengenai puasa ganti dalam bulan ramadhan serta puasa sunat enam syawal...
Selamat membaca....
...............................................................
Jabatan Mufti Negeri Perlis telah menerima pertanyaan hukum dari En Zukri melalui e-mel: mzukri@...
Berikut adalah penjelasan hukum yang diberikan dan telah diperakui oleh S.S. Mufti Dr. Juanda bin Jaya:
Soalan: Salam, saya hendak bertanya tentang posa ganti dalam bulan Syawal bagi wanita.
>>>Bolehkah digandingkan niat ganti puasa Ramadan dengan puasa sunat syawal sekali?
>>>Apakah kita akan mendapat pahala kedua-duanya sekali?
>>>Adakah ada spesifik hari untuk puasa bagi mendapat kedua-dua pahala ini?
jika tidak, amalan bagaimana lebih afdal? Terima kasih
Jawapan: Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Jawapannya adalah seperti berikut:
Persoalan pertama berkaitan niat puasa ganti Ramadan yang tertinggal adakah mendapat pahala puasa sunat Syawal. Persoalan ini terdapat khilaf (perbezaan pandangan) di kalangan ulama.
Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat. Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ صَامَ الدَّهْر
Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seakan-akan ia berpuasa setahun". (HR Muslim)
Bagi memenuhi maksud hadis ini, dalam usaha memperolehi pahala yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah seseorang itu menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan puasa sunat).
[Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid – www.islamqa.com]
Pendapat kedua: Di kalangan ulama Syafie ada yang berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya. Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan.
[Fatawa al-Azhar 9/261]
Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu pandangan ulama yang membolehkan ‘puasa dua dalam satu’ ini tidak disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)
Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan? Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.
Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal, berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:
( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إلَّا فِي شَعْبَانَ. قال يحيى:الشغل من النبي أو بالنبي )
Maksudnya: “Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha kecuali dalam bulan Syaaban”. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.” (HR Bukhari:1950, penjelasan “kerana sibuk melayani Rasulullah SAW” ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Said.)
Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum mengqadhakan puasa Ramadan.
Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang dijanjikan. "Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia harus berpuasa terlebih dahulu, lalu baru boleh melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal, kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu."
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/392]
Sekiranya diteliti dan dihalusi, maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat) kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat. Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aishah RA.
Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan bahawa: "Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih setelah hari raya, dan mereka boleh melakukannya secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang lebih mudah bagi seseorang. ... dan ini (hukumnya) tidaklah wajib, melainkan sunnah."
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/391]
Imam An-Nawawi RH berkata: "Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6 hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal, tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud."
[Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab]
Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah Taala:
وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.”
[Surah Ali Imran:133]
Wallahu a’lam.
Sumber : mufti.perlis.gov.my http://http:///soal-jawab/187-hukum-gabung-puasa-qadha-dan-puasa-enam-syawal
...............................................................
Alhamdulillah...
Semoga apa yang dibaca dapat berikan manfaat bersama...
Yang baik datang daripada Allah manakala yang buruk datang daripada diri ini yang serba kekurangan...
Yang baik dijadikan tauladan manakala yang buruk dijadikan sempadan..
Semoga berjumpa lagi...
Monday, March 4, 2013
Renung-renungkan>>>>Nama Yang Baik ,Gelaran Yang Buruk ???
Alhamdulillah kerana saya diberi kesempatan untuk meneruskan lagi penulisan di entry pada hari ini
saudara dan saudari muslimin dan muslimat sekalian.. entry pada kali ini ingin sekali saya membicarakan mengenai kepentingan nama atau panggilan yang ada pada diri kita
malah mengikut sejarah sirah nabi pun... baginda turut mempunyai gelaran yang tersendiri yang mana menunjukkan keperibadian baginda yang mulia,,, salah satu gelaran yang baginda miliki ialah
"al-Amin"
malah baginda juga turut memberikan gelaran kepada para sahabat baginda antaranya seperti Abu Hurairah yang membawa maksud bapa kucing.
Dalam hal ini.,
. Jika gelaran yang diberi itu tidak disukai, ia boleh mendatangkan dosa kepada kita kerana hal ini telah pun diingatkan Allah dalam firmanNya dalam surah al hujurat ayat 11
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِنْ قَوْمٍ عَسَى أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِنْهُمْ وَلَا نِسَاءٌ مِنْ
نِسَاءٍ عَسَى أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِنْهُنَّ وَلَا تَلْمِزُوا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الِاسْمُ
الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ وَمَنْ لَمْ يَتُبْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (11
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Hujurat (49) ayat 11)
kadang-kadang kita sendiri tidak menyedari bahawa perkara yang kecil itu sedikit sebanyak boleh mendorong untuk terjadinya perkara yang besar..
orang tua-tua juga pernah berkata bahawa kerana mulut badan binasa oleh itu berhati-hatilah dalam komunikasi .jangan biarkan orang lain tersinggung gara-gara niat kita untuk bergurau dengannya.... sebaik-baik percakapan adalah percakapan yang bermanfaat...
yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu datang daripada kelemahan diri ini sebagai hambaNya..
yang baik itu dijadikan sebagai sandaran dan pedoman manakala yang buruk itu kita jadikan sebagai sempadan dalam menjalani kehidupan ini...
semoga berjumpa lagi...assalamualaikum
Friday, January 25, 2013
Mahabbah Ya Rasulullah :Sirah hidup baginda part 3
terdapat dalam satu hari ketika baginda sedang sakit, berada di samping para isteri baginda maka puteri baginda Siti Fatimah datang menemui baginda.baginda sempat berkongsi dua perkara iaitu baginda pertama kali berasa sedih kerana pada kebiasaannya malaikat Jibril datang menemui baginda sekali setahun untuk menyampaikan wahyu al-Quran namun pada tahun ini malaikat Jibril datang sebanyak dua kali .kedatangan itu berlaku tidak lain tidak bukan kerana mengetahui pada tahun itu baginda akan wafat..perkara kedua ialah baginda tersenyum kegembiraan kerana puterinya itulah orang pertama daripada ahli keluarga baginda yang akan mengiringi baginda sesudah wafat.. baginda juga turut mengkhabarkan bahawa puterinya itulah merupakan pemimpin atau penghulu bagi setiap wanita beriman di syurga kelak
sebelum baginda menghembuskan nafas yang terakhir , baginda sempat lagi berwasiat kepada umatnya
Wahai manusia! Sesungguhnya tidak akan kekal berita atau wahyu kenabian melainkan
rukya solehah yang akan diperlihatkan kepada orang islam atau pun dia melihatnya. Ada
pun sesungguhnya aku telah mengakhiri pembacaan al-Quran ketika rukuk dan sujud.
Ketika rukuk maka besarkanlah Allah manakala ketika sujud maka bersungguhlah meminta
doa Maka lakukanlah nescaya akan dimaqbulkan.
setelah itu, baginda pun menghembuskan nafasnya yang terakhir , pergi menemui kekasih sejati Allah Rabbul Izzati meninggalkan syariat yang telah lengkap untuk umatnya amalkan sehingga akhir hayat mereka atau dalam erti kata lain sehingga kiamat.
kewafatan baginda pada hari itu tidak dapat diterima oleh hampir kesemua umatnya . Hal ini dapat dilihat daripada reaksi sahabat besar seperti Saidina Umar yang mana beliau mengugut bahawa beliau akan memancung kepala sesiapa sahaja yang mengatakan baginda telah wafat kerana bagi beliau, baginda tidak akan wafat sehingga kaum munafik dihancurkan. namun ada yang menyedihkan lagi, terdapat segelintir umat islam yang lemah imannya kembali murtad kerana tidak dapat menerima berita ini. melihat kepada keadaan itu, Saidina Abu bakar pun menyampaikan ucapan bagi menenangkan kaum muslimin yang sedang berdukacita itu.
antara isi ucapan beliau ialah..
" Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Sayyidina Muhammad
s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah
maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak akan mati".
setelah mendengar ucapan daripada Saidina Abu Bakar itu, maka suasana dapat kembali terkawal.Namun kewafatan insan agung itu tetap menggamit seribu kesedihan dalam diri umatnya..cuma yang bezanya mereka akhirnya dapat menerima pemergian Rasul yang tercinta itu dengan tenang..
>>> http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w.
>>> http://halaqah.net/v10/index.php?topic=808.0
Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyiapkan entry ini..
semoga entry pada kali ini dapat membuatkan kita mengetahui sedikir sebanyak kisah hidup Rasul kita walaupun baginda telah pergi meninggalkan kita beratus-ratus tahun dahulu...
segala yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu dtang daripada kekurangan diri ini sebagai hambaNya...
yang baik dijadikan tauladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan:)
selamat beramal :)
Wednesday, January 23, 2013
Mahabbah Ya Rasulullah :Sirah hidup baginda part 2
dalam peperangan ini, telah memberikan satu pengajaran yang besar ke atas kaum muslimin yang mana pihak musyrikin mekah telah memenangi perang pada kali ini, dalam pada masa yang sama di belah pihak kaum muslimin, mengalami kekalahan yang teruk dan ditambahkan lagi nabi turut kehilangan bapa saudaranya iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai singa Allah. beliau telah dibunuh dengan tombak yang telah dilontarkan oleh seorang hamba Abu Sufyan yang akan diberi janji untuk dimerdekakan sekiranya berjaya membunuh singa Allah tersebut iaitu Wahsyi. dalam perang ini juga, Nabi Muhammad mengalami kecederaan kerana diasak oleh musuh.
pengajaran yang boleh didapati dalam perang ini, yang paling utama setiap pasukan tentera hendaklah mendengar dan taat kepada perintah ketua daripada mengejar harta dunia kerana kemungkinan harta yang telah ditinggalkan itu adalah perangkap musuh.
kemenangan tentera musyrikin ke atas umat islam di madinah dalam perang uhud masih lagi tidak dapat memenuhi kepuasan hati mereka , oleh itu mereka merancang untuk menghancurkan Rasulullah dan Nabi Muhammad dan seluruh umat islam di madinah dengan mengaturkan satu lagi peperangan yang mana peperangan ini lebih dikenali sebagai perang al- Ahzab, iaitu perang tentera bersekutu atau perang khandaq (perang parit). hal ini kerana pihak musyrikin mekah telah membuat komplot dengan kabilah-kabilah yang berada di sekitar kota mekah untuk menyerang madinah malah mereka turut membuat perjanjian dengan bani Quraizah untuk menghancurkan madinah dari dalam. namun dengan kuasa Allah, kota madinah terselamat dari perancangan jahat mereka iaitu Nabi telah mengetahui rancangan mereka melalui wahyu yang diturunkan dan seterusnya mengatur strategi untuk menggali parit yang dalam di sekitar kota madinah hasil pendapat yang diutarakan oleh sahabat baginda Salman al-Farisi yang berasal dari Parsi ketika baginda bermusyawarah dengan para sahabat bagaimana cara untuk mengatasi jumlah tentera musuh yang ramai itu.
dalam perang pada kali ini, berlaku perpecahan dalam kalangan tentera bersekutu yang mana mengundang kepada kekalahan mereka ditambahkan lagi dengan kuasa Allah yang telah membantu pihak muslimin dengan menghantar ribut pasir yang menyebabkan pihak tentera al-Ahzab berundur atau dalam erti kata lain lari meninggalkan khemah masing-masing kerana menyangka mereka diserang oleh pihak muslimin. walaupun perang pada kali ini tidak mengorbankan banyak nyawa , namun memberikan tamparan yang besar kepada pihak musyrikin dan sekutunya bahawa bilangan mereka yang ramai masih lagi tidak mampu menghancurkan kota madinah.
kalau hendak diikutkan terdapat banyak lagi peperangan yang dilalui oleh baginda Rasulullah dan umat islam ,namun ketiga-tiga perang di atas merupakan perang yang penting antara pihak muslimin dengan tentera musyrikin mekah.
kehidupan pihak muslimin setelah peperangan khandaq tersebut berada dalam keadaan makmur dan aman di bawah pimpinan baginda Rasulullah,
setelah meninggalkan saudara mara dan kampung halaman di kota mekah, maka terbitnya rasa rindu di dalam kalangan kaum muhajirin untuk melawat kembali suadara mara dan kampung halaman di kota mekah, oleh itu kaum muhajirin telah mengadukannya kepada baginda. dalam keadaan yang lain, Rasulullah juga turut bermimpi akan memasuki kota mekah , maka ekoran daripada itu, baginda telah membuat keputusan untuk menuju ke kota mekah dengan tujuan untuk menunaikan haji dengan rombongan seramai 1400 orang islam. Kedatangan umat islam dengan jumlah yang ramai itu telah menyebabkan pihak musyrikin mekah menyangka kedatangan rombongan tersebut untuk memerangi mereka, oleh itu mereka telah menghantar satu kumpulan askar untuk menghalang rombongan tersebut dari menuju ke kota mekah. namun kedatangan baginda dan umat islam pada ketika itu bukan untuk tujuan berperang , hal ini dibuktikan dengan mereka hanya mebawa pedang yang bersarung sahaja sebagai senjata untuk melindungi diri dari serangan musuh dan cuba mengelakkan daripada terserempak dengan kumpulan askar musyrikin mekah maka mereka menggunakan jalan lain untuk menuju ke kota mekah. Setibanya di sebuah tempat yang bernama Hudaibiyah, rombongan tersebut telah berhenti untuk berehat .
melihat kepada reaksi penduduk musyrikin mekah terhadap rombongan haji tersebut , maka baginda Rasulullah telah mengutuskan saidina Uthman bin Affan ke kota mekah untuk menjelaskan kepada mereka tujuan sebenar.
pemergian saidina Uthman ke kota mekah yang begitu lama telah menggusarkan kaum muslimin dan pada masa yang sama telah timbul desas desus yang mengatakan saidina Uthman telah dibunuh di kota mekah, melihat pada keadaan itu maka setiap kaum muslimin yang berada di hudaibiyah telah membuat ikrar untuk menuntut bela ke atas kematian saidina Uthman . ikrar tersebut dikenal sebagai bai'ah ridhwan. mendengar berita ini, maka telah timbul kegerunan dalam diri setiap warga penduduk mekah , oleh itu mereka telah menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan umat islam dan juga untuk menjelaskan bahawa saidina Uthman masih lagi hidup. maka pada bulan zulkaedah dalam tahun 6 hijrah bersamaan pada bulan mac tahun 628 masihi, termeterailah sebuah perjanjian yang dinamakan sebagai perjanjian hudaibiyah antara kaum muslimin dengan pihak musyrikin mekah pada ketika itu.
ekoran daripada perjanjian itu maka pihak muslimin terpaksa kembali semula ke kota madinah dan mereka akan dibenarkan menunaikan haji pada tahun yang seterusnya, selain itu berlaku gencatan senjata selama 10 tahun yang mana kedua-dua belah pihak tidak boleh berperang antara satu sama lain serta dibenarkan untuk membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah pada ketika itu tetapi tidak boleh membantu dalam peperangan. di samping itu, mana-mana umat islam mekah yang pergi ke kota madinah tanpa izin hendaklah dipulangkan balik manakala umat islam madinah yang pergi ke kota mekah tanpa izin tidak akan dipulangkan balik.
hal ini telah sampai kepada Rasulullah lalu baginda telah mempersiapkan sebuah pasukan tentera yang besar iaitu berjumlah 10000 orang tentera terus menuju ke mekah. peristiwa ini dikenali sebagai hari pembukaan kota mekah yang mana dalam peristiwa ini , baginda telah membahagikan pasukan tenteranya kepada 5 kumpulan yang mana tiap-tiap kumpulan akan mengepung dan seterusnya memasuki kota mekah melalu empat penjuru.setiap kumpulan tentera diketuai oleh seorang panglima perang yang mana terdiri daripada para sahabat iaitu Khalid bin al-Walid , Qais bin Saad bin Ubadah,Zubair bin al-Awwam dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan bagnda sendiri
dalam peristiwa pembukaan kota mekah ini, telah memperlihatkan bahawa dua orang pemimpin atau tokoh quraisyh mekah telah datang menemui baginda s.a.w untuk memeluk islam. mereka berdua ialah al-Abbas bin Abdul Mutalib dan Abu Sufyan.sebelum memasuki kota mekah atau sebelum penaklukan kota mekah oleh tentera muslimin, baginda telah menawarkan tawaran dan keselamatan ke atas kota mekah yang mana antaranya sesiapa yang berlindung di dalam masjid maka mereka akan selamat, sesiapa yang berlindung di dalam rumah Abu sufyan akan selamat dan sesiapa yang berlindung di dalam rumah masing-masing pun turut akan selamat. Baginda meminta al Abbas dan Abu Sufyan untuk menyampaikannya kepada penduduk mekah.umat islam memasuki kota mekah tanpa ada sebarang tentangan kecuali tentangan kecil daripada ikrimah bin Abu jahal yang terpaksa dihadapi oleh pasukan khalid bin al-Walid.
setelah baginda memasuki kota mekah , baginda memasuki masjidil haram dan seterusnya menuju ke hajar al aswad dan tawaf mengelilinginya. Baginda juga turut menghancurkan berhala-berhala yang berada di sekitar kota mekah dan di dalam kaabah iaitu sebanyak 360 buah berhala .
pada hari itu jugalah azan yang pertama kali berkumandang di kota mekah oleh bilal bin rabah.
seterusnya baginda turut memaafkan setiap penduduk kota mekah yang mana pada ketika itu sedang risau memikirkan apakah balasan yang akan mereka terima atas setiap perbuatan mereka ke atas Rasulullah dan setiap umat islam yang diseksa dahulu... Kemaafan yang diberikan oleh Rasulullah pada ketika dan akhlak yang ditunjukkan oleh baginda itu adalah amat tidak dapat mereka sangkakan, oleh kerana itu, turut menjadikan salah satu sebab mengapa penduduk mekah pada waktu itu berbondong-bondong memeluk islam . Rasulullah megambil kunci kaabah daripada ustman bin Talhah dan memasukinya seterusnya membersihkan kaabah dan solat di dalamnya. Rasulullah menetap selama 15 hari di kota mekah sebelum berangkat pulang semula ke kota madinah.
subhanaallah
untuk melihat lebih lagi gambaran pembukaan kota mekah ... bolehlah ( klik di sini )
rasa-rasanya sampai di sini sahajalah entry pada kali ini...jika di izinkan Allah.. saya akan menyambung kisah Rasulullah ini pada entry yang akan datang...
yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buuk itu datang daripada kekurangan diri ini ..
yang baik kita jadikan tauladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan...
semoga bertemu kembali pada entry yang akan datang...
IN SHA ALLAH
(^_^)v
Tuesday, January 22, 2013
Mahabbah Ya Rasulullah :Sirah hidup baginda part 1
Alhamdulillah pada hari ini saya diberikan kesempatan untuk membuat perkongsian dalam entry pada kali ini...
wahyu pertama tersebut adalah surah al -alaq ayat 1 - 5 .
setelah menerima wahyu pertama tersebut, baginda terus pulang ke rumah dengan perasaan gementar lalu bersabda kepada isterinya , Siti Khadijah agar selimutkan baginda. Siti Khadijah kemudiannya membawa baginda berjumpa dengan bapa saudaranya iaitu Waraqah bin Naufal yang mana menyatakan bahawa yang menemui baginda adalah malaikat jibril.
Rasulullah setelah menerima wahyu telah menjalankan aktiviti dakwah secara dua peringkat iaitu peringkat dakwah secara sembunyi-sembunyi dan peringkat dakwah secara terang-terangan.
peringkat dakwah secara sembunyi-sembunyi ini dijalankan selama 3 tahun kerana pada awal kedatangan islam berada dalam keadaan asing , oleh itu baginda menjalankan dakwah di kalangan ahli keluarga yang terdekat dan orang-orang yang rapat dengan baginda sahaja seperti Siti khadijah, Ali bin Abu Talib , Abu Bakar as- Siddiq dan zaid bin Harithah yang mana kesemua mereka digelar sebagai as-Saabiqun al-Awwalun. hal ini untuk mengelakkan tentangan yang kuat daripada penduduk musyrikin mekah pada ketika itu.
Namun setelah turunnya wahyu surah al-Hijr ayat 94, baginda diperintahkan oleh Allah agar berdakwah kepada kepada kesemua umat manusia dan pada waktu itu bermulalah peringkat dakwah secara terang-terangan di kota mekah. tindakan pertama Rasulullah dalam peringkat ini adalah dengan berdakwah kepada kesemua masyarakat mekah di bukit safa namun dalam peristiwa tersebut baginda telah ditentang oleh kebanyakan penduduk musyrikin mekah terutama sekali oleh bapa saudara baginda iaitu Abu Lahab.
Setelah dakwah secara terang-terangan ini dilakukan, banyak tentangan yang diterima oleh baginda dan para sahabat yg memeluk islam pada ketika itu antaranya seperti Bilal bin Rabah yang diseksa oleh majikannya Umaiyah bin Khalaf dengan menghempapkan batu besar di atas badan bilal yang sedang dibaringkan serta diikat di atas padang pasir yang panas terik dan seperti yang dihadapi oleh keluarga yasir yang mana mereka telah diseksa sehingga syahid kecuali anak mereka Ammar bin Yasir kerana terpaksa mengucapkan kekufuran dalam keadaan terpaksa .
tentangan ke atas umat islam menjadi semakin deras setelah kematian dua orang insan yang sering melindungi Nabi daripada perbuatan keji musyrikin mekah iaitu Siti Khadijah isteri baginda dan Abu Talib , Bapa saudara baginda. kematian kedua-dua insan tersebut membuatkan baginda merasa sedih sehingga tahun tersebut digelar sebgaai tahun dukacita. Untuk mengubati kesedihan tersebut maka Allah telah mengaturkan sebuah perjalanan yang paling agung yang tidak pernah ditempuhi oleh seorang pun manusia sebelum baginda dan tidak akan dirasai oleh seorang pun manusia sesudah baginda iaitu isra' dak mikraj.
isra' mikraj adalah sebuah peristiwa yang mana melaluinya dapat menguji keutuhan dan keteguhan keimanan yang dimiliki oleh umat islam pada ketika itu. untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peristiwa isra' mikraj boleh lah menekan link ( klik di sini )
Tentangan yang diterima oleh kaum musimin pada ketika itu masih lagi diteruskan oleh penduduk musyrikin mekah, lalu baginda telah membuat keputusan agar menyuruh umat islam pada ketika itu berhijrah ke habsyah hal ini kerana negeri tersebut diperintah oleh seorang raja yang adil dan menganut agama samawi iaitu agama nasrani.
terdapat juga usaha baginda untuk berdakwah kepada penduduk di sekitar kota mekah sepeti di Taif namun gagal malah baginda telah diusir dengan kejam oleh penduduk Taif sehingga mengalir darah dari tubuh baginda setelah dibaling dengan batu untuk mengusir baginda.
kejadian itu dilihat oleh malaikat sehingga malaikat menawarkan untuk menimpakan gunung Taif itu ke atas penduduk taif atas perbuatan mereka terhadap baginda namun baginda melarang malah baginda yakin bahawa akan lahir keturunan yang berpegang teguh dengan islam dari penduduk taif tersebut..
pada tahun 12 kerasulan, datang sekumpulan penduduk yathrib seramai 12 orang yang terdiri daropada suku Aus dan suku Khazraj yang mana mereka telah didedahkan dengan kisah-kisah kenabian dan agama samawi oleh orang yahudi di yathrib.oleh itu setelah mendengar tentang berita mengenai seseorang di kota mekah mengakui sebagai rasul maka mereka membuat keputusan datang menemui baginda dan membuat perjanjian dengan baginda yang mana perjanjian tersebut dikenali sebagai perjanjian Aqbah pertama. dalam perjanjian tersebut , mereka diseru agar taat kepada Allah dan Rasul. Setelah itu mereka pun kembali ke kota yathrib dengan disertai oleh mushab bin Umair sebagai utusan dan guru yang dilantik oleh Rasulullah untuk membimbing penduduk yang memeluk islam di yathrib seterusnya untuk menyebarkan dakwah di situ.
pada tahun seterusnya, satu kumpulan yang lebih besar dari yahtrib datang menemui Rasulullah dan seterusnya lahirnya peristiwa perjanjian aqabah kedua yang mana dalam perjumpaan tersebut adalah untuk mengundang Rasulullah ke kota yahtrib serta berjanji akan menolong dan melindungi baginda sebaik yang mungkin .
sambutan tersebut disambut baik oleh baginda dan dengan itu baginda telah menyurh kesemua umat islam agar berhijrah ke yathrib .
kesemua umat islam mekah pada ketika itu berhijrah secara sembunyi-sembunyi kerana khuatir akan dihalang oleh penduduk musyrikin mekah. Setelah kesemuanya habis berhijrah maka barulah baginda dan sahabat baginda Abu Bakar as- Siddiq berhijrah ke kota madinah.
tambahan pula setelah terbongkarnya komplot untuk membunuh baginda pada malam baginda berhijrah oleh Allah melalui wahyu kepada baginda. baginda keluar dari rumah baginda sambil membacakan Yasin dan menaburkan pasir di atas kepala para pembunuh upahan yang diupah untuk membunuh baginda sehingga membuatkan mereka tertidur tanpa menyedari pemergian Rasulullah dari rumah baginda menuju ke rumah Abu Bakar seterusnya meninggalkan kota mekah pada malam itu juga. tempat tidur nabi digunakan oleh Saidina Ali bin Abu Talib pada malam itu untuk mengelirukan pembunuh-pembunuh upahan tersebut.
maka selamatlah Rasulullah dan sahabat baginda , Abu Bakar as- Siddiq dari komplot pembunuhan tersebut.
akhirnya tibanya baginda ke yahtrib setelah mengharungi pelbagai rintangan dan disambut oleh penduduk yahtrib dengan meriah .
rasanya sampai disini sahaja entry pada kali ini in sha Allah saya akan menyambungnya pada entry yang seterusnya...jika ada kekurangan harap ditegurkan jika ada idea yang menarik harap diluahkan..
yang baik datang daripada Allah yang buruk datang daripada kekurangan diri ini..
yang baik kita jadikan tauladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan....
selamat beramal
(^_^)V














