Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Wednesday, January 23, 2013

Mahabbah Ya Rasulullah :Sirah hidup baginda part 2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”





Alhamdulillah pada kali ini saya berkesempatan untuk  menyambung kembali entry yang lepas  iaitu mengenai kisah ringkas sirah hidup Rasulullah s.a.w , seorang insan agung yang mana merupakan seorang rasul yang membawa hidayah dan petunjuk kepada umat manusia..
pada kisah yang lepas kita telah menyaksikan kehidupan baginda secara ringkas di kota mekah dan bagaimana baginda menyebarkan dakwah islam di kota tersebut serta tentangan yang terpaksa di hadapi oleh baginda dan umat islam. bagi yang tidak mengetahu kisah yang lepas maka bolehlah ( klik di sini )
sambungan daripada kisah yang lepas,sebelum baginda memasuki kota yathrib, baginda terlebih dahulu tiba di sebuah tempat yang bernama Quba dan di sana baginda dan saidina Abu Bakar sempat mendirikan sebuah masjid yang bernama masjid Quba. setelah baginda sampai ke kota yathrib, baginda dan  sahabat baginda iaitu Abu Bakar as-Siddiq telah disambut dengan meriah oleh para penduduk madinah,  mereka disambut dengan selawat tola'al badru alaina .jika anda ingin mendengarnya, anda boleh la menekan link( Klik di sini :) ) . masya Allah..betapa menantinya para penduduk Yathrib kedatangan seorang insan agung ke kota mereka. 
 sesampainya Rasulullah dan saidina Abu Bakar ke kota mereka, maka ramai penduduk madinah yang berhasrat untuk menjadikan Rasulullah sebagai tetamu mereka.ekoran daripada itu, ramai yang berebut-rebut ingin memegang tali unta baginda namun baginda melarang dan bersabda bahawa biarkan unta itu berjalan dan ia akan berhenti sendiri. oleh itu unta itu dibiarkan berjalan dan akhirnya berhenti di hadapan rumah salah seorang sahabat ansar iaitu Abu Ayub al-Ansari. maka bermalamlah baginda di rumah  sahabat tersebut di yahtrib.
penghijrahan baginda di kota tersebut telah membawa banyak perubahan . antaranya , nama kota yathrib ditukar kepada kota madinah al munawarah iaitu bermaksud kota yang bercahaya ,  persaudaraan antara suku aus dan khazraj , persaudaraan antara kaum muhajirin ( orang islam mekah yang berhijrah ke madinah) dengan kaum ansar (penduduk muslim madinah).  Baginda juga turut menyusun  perlembagaan madinah atau dikenali sebagai sahifah madinah sebelum menjadikan kota tersebut sebagai sebuah negara yang berdaulat. perlembagaan tersebut disusun hasil persepakatan dan persetujuan seluruh penduduk madinah termasuk kaum muhajirin , kaum ansar , dan orang-orang yahudi di kota tersebut.perlembagaan tersebut merupakan perlembagaan pertama yang wujud di dunia yang dihasilkan hasil persepakatan masyarakat dan rasulullah berdasarkan wahyu.
baginda juga turut dipersetujui oleh  para penduduk madinah sebagai pemimpin mereka di kota tersebut.
akhirnya dapatlah  syiar islam mula berdiri kukuh dan disebarkan tanpa ganguan seperti yang dialami di kota mekah.
keamanan di kota madinah tidak kekal lama kerana penduduk musyrikin mekah sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan islam di kota madinah .
 hal ini kerana  tidak lama kemudian tercetusnya perang badar  iaitu perang yang pertama di kota tersebut.Tujuan sebenar Rasulullah SAW dan para sahabat pergi ke Badar bukannya untuk bertempur. Tetapi untuk mengambil semula harta umat Islam yang telah dirampas di Mekah.
Justeru, setelah baginda mengetahui rombongan kafilah yang dipimpin oleh Abu Sufyan sedang dalam perjalanan balik menuju Mekah dengan diiringi sekitar 40 orang, Rasulullah dan para sahabat seramai 313 orang telah keluar untuk mengambil kembali harta yang ditinggalkan di Mekah secara baik, tanpa perlu pertumpahan darah.
Pun begitu, perancangan Rasulullah dan para sahabat diketahui oleh Abu Sufyan dan rombongannya.
Lantas, Abu Sufyan segera menghantar utusan ke Mekah untuk menyampaikan maklumat, sekali gus meminta bantuan ketenteraan daripada masyarakat kafir Quraisy.
Sebagai menyahut seruan Abu Sufyan itu, Abu Jahal mengerahkan ketumbukan tentera yang berjumlah 1,300 orang dengan berkenderaan dan lengkap bersenjata.
Mereka keluar dari kota Mekah menuju ke lokasi peperangan dengan angkuh dan sombong sehingga telatah mereka itu digambarkan oleh Allah SWT. (rujuk al-Anfal: 47)
Angkuh dan sombong
Apabila sampai di Juhfah, sebuah tempat dalam perjalanan ke Badar, tentera Abu Jahal mendapat berita bahawa kafilah Abu Sufyan telah terselamat daripada serangan tentera Islam.
Namun, mereka tetap ingin meneruskan peperangan kerana angkuh dan sombong. Di sinilah berlakunya perpecahan di kalangan mereka sehingga menyebabkan 300 tentera Quraisy pulang semula ke Mekah.
Apabila Rasulullah mendapat perkembangan terbaru tentang kemaraan tentera Quraisy yang jumlah mereka jauh lebih besar daripada jumlah mereka, maka baginda meminta pandangan para sahabat, sama ada mereka ingin meneruskan peperangan atau tidak. Dalam majlis permesyuaratan ini, sahabat-sahabat terkemuka memberikan pandangan.
Antaranya ialah Abu Bakar r.a. dan Umar Al-Khattab r.a. Semuanya bersetuju supaya diteruskan peperangan tersebut. Kemudian pandangan mereka disusuli oleh Al-Miqdad bin Amru r.a yang menyatakan kebersamaan dengan Rasulullah SAW. Kemudian, baginda sekali lagi meminta pandangan daripada para sahabat.
Kemudian, bangunlah Sa’ad bin Muadz menyampaikan ucapan dengan penuh semangat mewakili golongan Ansar. Beliau menyatakan persetujuan untuk bersama-sama Rasulullah dan sanggup melakukan pengorbanan demi Islam.
Maka, berlakulah peperangan di antara tentera Islam dan tentera musuh yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada tentera Islam dengan pertolongan daripada Allah SWT..
apabila berakhirnya perang badar. dalam peperangan ini, dapat dilihat sikap  kebijaksaaan baginda Rasulullah terhadap tawanan peang yang mana baginda telah menetapkan bahawa tawanan-tawanan perang tersebut diberikan peluang untuk membebaskan diri mereka iaitu  dengan syarat mereka membayar tebusan bagi yang berkemampuan, bagi yang tidak berkemampuan , baginda meminta tawanan-tawanan yang  mempunyai ilmu pengetahuan mengajar anak-anak orang islam sehingga mahir.
kekalahan kaum musyrikin mekah dalam perang badar  tidak didiamkan begitu sahaja oleh mereka, maka mereka telah mengaturkan satu lagi perang ke atas orang islam di mekah degan niat untuk membalas dendam untuk perang yang lalu.
perang tersebut dikenali sebagai perang Uhud kerana perang tersebut berlaku berdekatan dengan bukit Uhud. perang uhud berlaku pada 3 syawal pada tahun ketiga hijrah bersamaan pada 19 mac tahun 625 masihi.pada peringkat awal, seramai 1000 orang tentera islam yang berjaya dikumpulkan namun atas perancangan jahat kaum munafiq, hanya tinggal 700 orang sahaja yang menyertai perang tersebut ( klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perang uhud )
dalam peperangan ini, telah memberikan satu pengajaran yang besar ke atas kaum muslimin yang mana pihak musyrikin mekah telah memenangi perang pada kali ini, dalam pada masa yang sama di belah pihak kaum muslimin, mengalami kekalahan yang teruk dan ditambahkan lagi nabi turut kehilangan bapa saudaranya iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai singa Allah. beliau telah dibunuh dengan tombak yang telah dilontarkan oleh seorang hamba Abu Sufyan yang akan diberi janji untuk dimerdekakan sekiranya  berjaya membunuh  singa Allah tersebut iaitu Wahsyi. dalam perang ini juga, Nabi Muhammad mengalami kecederaan  kerana diasak oleh musuh.
pengajaran yang boleh  didapati dalam perang ini,  yang paling utama  setiap pasukan tentera hendaklah mendengar dan taat kepada perintah ketua daripada mengejar harta dunia kerana kemungkinan harta yang telah ditinggalkan  itu adalah perangkap musuh.
  
kemenangan tentera musyrikin ke atas umat islam di madinah   dalam perang uhud masih lagi tidak dapat memenuhi kepuasan hati mereka , oleh itu mereka merancang untuk menghancurkan Rasulullah dan Nabi Muhammad dan seluruh umat islam di madinah dengan mengaturkan satu lagi peperangan yang mana peperangan ini lebih dikenali sebagai perang al- Ahzab, iaitu perang tentera bersekutu atau perang khandaq  (perang parit). hal ini kerana  pihak musyrikin mekah telah membuat komplot dengan kabilah-kabilah yang berada di sekitar kota mekah untuk menyerang madinah malah mereka turut membuat perjanjian dengan bani Quraizah untuk menghancurkan madinah dari dalam. namun dengan kuasa Allah,  kota madinah terselamat dari  perancangan jahat mereka iaitu Nabi telah mengetahui rancangan mereka melalui wahyu yang diturunkan dan seterusnya mengatur strategi  untuk menggali parit yang dalam di sekitar kota madinah  hasil pendapat yang diutarakan oleh sahabat baginda Salman al-Farisi yang berasal dari Parsi  ketika baginda bermusyawarah dengan para sahabat  bagaimana cara untuk mengatasi jumlah tentera musuh yang ramai itu.
dalam perang pada kali ini, berlaku perpecahan dalam kalangan tentera bersekutu  yang mana mengundang kepada kekalahan mereka ditambahkan lagi dengan kuasa Allah yang telah membantu pihak muslimin dengan menghantar ribut pasir yang menyebabkan pihak  tentera al-Ahzab berundur atau dalam erti kata lain lari meninggalkan khemah masing-masing kerana menyangka mereka diserang oleh pihak muslimin. walaupun perang pada kali ini tidak mengorbankan banyak nyawa  , namun memberikan tamparan yang besar kepada pihak musyrikin dan sekutunya bahawa bilangan mereka yang ramai masih lagi tidak mampu menghancurkan kota madinah.
kalau hendak diikutkan terdapat banyak lagi peperangan yang dilalui oleh baginda Rasulullah dan umat islam ,namun ketiga-tiga perang di atas merupakan perang yang penting antara pihak muslimin dengan tentera musyrikin mekah.
 kehidupan pihak muslimin setelah peperangan khandaq tersebut berada dalam keadaan makmur dan aman di bawah pimpinan baginda Rasulullah,
setelah meninggalkan saudara mara dan kampung halaman di kota mekah, maka terbitnya rasa rindu  di dalam kalangan kaum muhajirin untuk melawat kembali suadara mara dan kampung halaman di kota mekah, oleh itu kaum muhajirin telah mengadukannya kepada baginda. dalam keadaan yang lain, Rasulullah juga turut bermimpi akan memasuki kota mekah , maka  ekoran daripada itu,  baginda telah membuat keputusan untuk menuju ke kota mekah dengan tujuan untuk menunaikan haji dengan rombongan seramai 1400 orang islam. Kedatangan umat islam dengan jumlah yang ramai itu telah menyebabkan pihak musyrikin mekah menyangka  kedatangan rombongan tersebut untuk memerangi mereka, oleh itu mereka telah menghantar  satu kumpulan askar untuk menghalang rombongan tersebut dari menuju ke kota mekah. namun kedatangan baginda dan umat islam pada ketika itu bukan untuk tujuan berperang , hal ini dibuktikan dengan mereka hanya mebawa pedang yang bersarung sahaja sebagai senjata untuk melindungi diri dari serangan musuh dan cuba mengelakkan daripada terserempak dengan kumpulan askar musyrikin mekah maka mereka menggunakan jalan lain untuk menuju ke kota mekah. Setibanya di sebuah tempat yang bernama Hudaibiyah, rombongan tersebut telah berhenti untuk berehat .
melihat kepada reaksi penduduk musyrikin mekah terhadap rombongan  haji tersebut , maka baginda Rasulullah telah mengutuskan saidina Uthman bin Affan ke kota mekah untuk menjelaskan  kepada mereka tujuan sebenar.
pemergian saidina Uthman ke kota mekah yang begitu lama telah menggusarkan kaum muslimin dan pada masa yang sama telah timbul desas desus yang mengatakan saidina Uthman telah dibunuh di kota mekah, melihat pada keadaan itu maka setiap kaum muslimin yang berada di hudaibiyah telah membuat ikrar untuk menuntut bela ke atas kematian saidina Uthman . ikrar tersebut dikenal sebagai bai'ah ridhwan. mendengar berita ini, maka telah timbul kegerunan dalam diri setiap warga penduduk mekah  , oleh itu mereka telah menghantar  Suhail bin Amru untuk berunding dengan umat islam dan juga untuk menjelaskan bahawa  saidina Uthman masih lagi hidup. maka pada bulan zulkaedah  dalam tahun 6 hijrah bersamaan pada bulan mac tahun 628 masihi,  termeterailah sebuah perjanjian yang dinamakan sebagai perjanjian hudaibiyah antara kaum muslimin dengan pihak musyrikin mekah pada ketika itu.
ekoran daripada perjanjian itu maka pihak muslimin terpaksa kembali semula ke kota madinah  dan mereka akan dibenarkan menunaikan haji pada tahun yang seterusnya, selain itu berlaku gencatan senjata  selama 10 tahun yang mana kedua-dua belah pihak tidak boleh berperang antara satu sama lain serta dibenarkan untuk membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah pada ketika itu tetapi tidak boleh membantu dalam peperangan. di samping itu, mana-mana umat islam  mekah yang pergi ke kota madinah tanpa izin hendaklah dipulangkan balik manakala  umat islam madinah yang pergi ke kota mekah tanpa izin tidak akan dipulangkan balik.
walaupun isi-isi perjanjian yang dibuat oleh pihak musyrikin mekah dengan Rasulullah dan umat islam kelihatan berat sebelah namun  Allah dan Rasulnya maha mengetahui bahawa pihak musyrikin mekah pasti tidak akan dapat mematuhi syarat perjanjian yang dibuat dan dipersetujui mereka.hal ini dapat dilihat tidak beberapa kemudian dalam beberapa tahun selepas termeterainya perjanjian hudibiyah ekoran daripada tindakan pihak musrikin yang membantu bani bakr menyerang bani khuza'ah yang memberikan taat setia kepada Rasulullah.
hal ini telah sampai kepada Rasulullah lalu baginda telah mempersiapkan sebuah pasukan tentera yang besar iaitu berjumlah 10000 orang tentera terus menuju ke mekah. peristiwa ini dikenali sebagai hari pembukaan kota mekah yang mana dalam peristiwa ini , baginda telah membahagikan pasukan tenteranya kepada 5 kumpulan  yang mana tiap-tiap kumpulan akan  mengepung dan seterusnya memasuki kota mekah melalu empat penjuru.setiap kumpulan tentera diketuai oleh seorang panglima perang yang mana terdiri daripada para sahabat iaitu Khalid bin al-Walid , Qais bin Saad bin Ubadah,Zubair bin al-Awwam dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan bagnda sendiri
dalam peristiwa pembukaan kota mekah ini,  telah memperlihatkan bahawa dua orang pemimpin atau tokoh  quraisyh mekah telah datang menemui baginda s.a.w untuk memeluk islam. mereka berdua ialah  al-Abbas bin Abdul Mutalib dan Abu Sufyan.sebelum memasuki kota mekah atau sebelum penaklukan kota mekah oleh tentera muslimin, baginda telah menawarkan tawaran dan keselamatan ke atas kota mekah yang mana antaranya sesiapa yang berlindung di dalam masjid maka mereka akan selamat, sesiapa yang berlindung di dalam rumah Abu sufyan akan selamat dan sesiapa yang berlindung di dalam rumah masing-masing pun turut akan selamat. Baginda meminta  al Abbas  dan Abu Sufyan untuk menyampaikannya kepada penduduk mekah.umat islam  memasuki kota mekah tanpa ada sebarang tentangan  kecuali tentangan kecil daripada ikrimah bin Abu jahal yang terpaksa dihadapi oleh pasukan khalid bin al-Walid.
setelah baginda memasuki kota mekah , baginda memasuki masjidil haram dan seterusnya menuju ke hajar al aswad dan tawaf mengelilinginya. Baginda juga turut menghancurkan berhala-berhala yang berada di sekitar kota mekah dan di dalam kaabah  iaitu sebanyak 360 buah berhala .
pada hari itu jugalah  azan yang pertama kali berkumandang di kota mekah oleh bilal bin rabah.
seterusnya baginda turut memaafkan setiap penduduk kota mekah yang mana pada ketika itu sedang risau memikirkan apakah  balasan yang akan mereka terima atas setiap perbuatan mereka ke atas Rasulullah dan setiap umat islam yang diseksa dahulu... Kemaafan yang diberikan oleh Rasulullah pada ketika dan akhlak yang ditunjukkan oleh baginda itu adalah amat tidak dapat mereka sangkakan, oleh kerana itu, turut menjadikan salah satu sebab mengapa  penduduk mekah pada waktu itu berbondong-bondong memeluk islam . Rasulullah megambil kunci kaabah daripada ustman bin Talhah dan memasukinya seterusnya membersihkan kaabah dan solat di dalamnya.  Rasulullah menetap selama 15 hari di kota mekah sebelum berangkat pulang semula ke kota madinah.
subhanaallah
untuk melihat lebih lagi gambaran pembukaan kota mekah ... bolehlah klik di sini )

rasa-rasanya sampai di sini sahajalah entry pada kali ini...jika di izinkan Allah.. saya akan menyambung kisah Rasulullah ini pada entry yang akan datang...
yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buuk itu datang daripada kekurangan diri ini ..
yang baik kita jadikan tauladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan...
semoga bertemu kembali pada entry yang akan datang...
IN SHA ALLAH
(^_^)v














No comments:

Post a Comment

jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...