Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Tuesday, January 22, 2013

Mahabbah Ya Rasulullah :Sirah hidup baginda part 1

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”















Alhamdulillah pada hari ini saya diberikan kesempatan untuk membuat perkongsian dalam entry pada kali ini...
 beberapa hari lagi kita semua umat islam akan menyambut satu hari yangg agung antara hari-hari yang agung dalam islam iaitu hari  peringatan kelahiran Rasul Junjungan besar kita  iaitu Nabi Muhammad s.a.w..
sungguhpun baginda telah pergi meninggalkan kita yakni umatnya sejak beratus-ratus tahun dahulu namun,,, aura baginda masih lagi kekal sehingga ke hari ini...segala ajaran yang baginda tinggalkan untuk umatnya masih lagi terus kekal dan tersebar ke seluruh pelosok alam  ini....
 apabila kita membicarakan mengenai sejarah hidup baginda...sudah pastinya begitu banyak pengajaran dan tauladan yang dapat kita semua perolehi melalui sejarah hidup baginda...
baginda Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan agung yang diutuskan oleh Allah kepada seluruh umat manusia yang mana perutusan baginda  merupakan perutusan yang khas daripada Allah kepada seluruh umat manusia di dunia berbeza dengan perutusan-perutusan para rasul yang lain yang mana perutusan mereka hanya khas untuk kaum-kaum yang tertentu seperti Nabi Musa untuk bangsa bani israil....
 Sejarah agung kelahiran insan agung  iaitu Nabi Muhammad s.a.w ke dunia bermula pada hari kelahiran baginda iaitu pada hari isnin , 12 rabi'ul awal dalam tahun gajah di kota suci umat islam iaitu kota mekah al mukarramah..
nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib ..sementara nama ibu baginda pula ialah Aminah binti Wahab..
baginda berasal daripada keturunan  yang paling dihormati di mekah iaitu daripada bani Hasyim.. orang pertama yang menyusukan baginda setelah ibunya ialah Tsuaibah dan seterusnya diserahkan pula kepada Halimah binti Dzu'aib as-sa'diyah sehingga umur baginda 2 tahun..iaitu 4 tahun dalam jagaan halimah
pada saat-saat kelahiran , baginda telahpun kehilangan ayahanda baginda iaitu Abdullah bin Abdul Mutalib dan baginda juga turut kehilangan bonda baginda iaitu Aminah binti Wahab yang mana  meninggal dunia pada usia baginda 6 tahun ketika selesai ziarah makam ayanda baginda di yathrib ( nama sekarang ditukar kepada kota madinah)
jenazah  bonda baginda dimakamkan di abwa'..baginda dibawa pulang ke kota mekah  bersama-sama dengan pengasuhnya Ummu Aiman..
 setibanya di kota mekah..baginda diserahkan di bawah penjagaan datuknya iaitu Abdul Mutalib..
namun pada usia baginda 8 tahun.. datuknya pula meninggal dunia dan baginda akhirnya diserahkan kepada Abu Talib iaitu bapa saudara baginda sendiri..
 bermulalah kehidupan baginda dibawah asuhan keluarga Abu Talib..
  Baginda Rasulullah telahpun didedahkan dengan dunia perniagaan dan perdagangan sejak usia baginda masih kecil yang mana dapat dilihat  pada usia baginda 12 tahun baginda telah dibawa oleh bapa saudara baginda ke syam. Dalam pertengahan jalan, iaitu setibanya di basrah, mereka telah bertemu dengan seorang pendeta nasrani yang bernama Bahira (Bukhira) yang mana  telah melihat tanda-tanda kenabian pada diri baginda pada ketika itu..atas nasihat pendeta  tersebut dan khuatir dengan keselamatan  baginda, Abu Talib telah  membuat keputusan untuk menghantar baginda kembali ke mekah.
pada usia 25 tahun.. dengan takdir Allah baginda telah  berkahwin dengan  seorang  wanita bangsawan  quraisy  iaitu  Siti Khadijah binti Khuwalid yang terkenal sebagai seorang wanita yang kaya raya dan mempunyai sifat-sifat terpuji..yang mana pada ketika itu  Siti Khadijah  berusia  40 tahun
Siti khadijah tertarik dengan sifat-sifat mulia yang terdapat pada diri baginda terutama sekali  dalam urusan perniagaan yang diamanahkan oleh Siti Khadijah kepada  Baginda untuk diperdagangkan.
Hasil daripada perkahwinan tersebut, baginda telah dikurniakan 2 orang putera dan 4 orang puteri..
dua orang putera baginda iaitu al-Qasim dan Abdullah meninggal dunia sewaktu kecil manakala puteri-puteri baginda Zainab, Ruqayyah dan Ummu Khaltum meninggal dunia masa zaman hidup dalam baginda masih hidup  dan yang terakhir sekali puteri baginda Fatimah meninggal dunia tidak beberapa lama selepas kewafatan nabi..
Rasulullah s.a.w mendapat wahyu yang pertama di Gua Hira'  pada usia 40 tahun yang dibawa oleh malaikat jibril yang mana pada ketika itu baginda sedang beruzlah yakni mengasingkan diri untuk memohon petunjuk kepada Allah..
wahyu pertama tersebut adalah  surah al -alaq ayat 1 - 5 .
setelah  menerima wahyu pertama tersebut, baginda terus pulang ke rumah dengan perasaan gementar lalu bersabda kepada isterinya , Siti Khadijah agar selimutkan baginda. Siti Khadijah kemudiannya membawa  baginda berjumpa dengan bapa saudaranya iaitu Waraqah bin Naufal yang mana menyatakan bahawa yang menemui baginda adalah malaikat jibril.


Rasulullah  setelah menerima wahyu  telah menjalankan aktiviti dakwah secara dua peringkat  iaitu peringkat  dakwah secara sembunyi-sembunyi  dan peringkat dakwah secara terang-terangan.

peringkat dakwah secara sembunyi-sembunyi ini dijalankan selama 3 tahun kerana pada awal kedatangan islam berada dalam keadaan asing , oleh itu baginda menjalankan dakwah  di kalangan ahli keluarga yang terdekat dan orang-orang yang rapat dengan baginda  sahaja seperti Siti khadijah, Ali bin Abu Talib , Abu Bakar as- Siddiq dan zaid bin Harithah yang mana kesemua mereka digelar sebagai as-Saabiqun al-Awwalun. hal ini untuk mengelakkan tentangan yang kuat daripada penduduk musyrikin mekah pada ketika itu.

 Namun setelah turunnya wahyu surah al-Hijr ayat 94, baginda diperintahkan oleh Allah agar berdakwah kepada kepada kesemua umat manusia dan pada waktu itu bermulalah peringkat dakwah secara terang-terangan di kota mekah. tindakan pertama Rasulullah  dalam peringkat ini adalah dengan berdakwah kepada kesemua masyarakat mekah di bukit safa namun  dalam peristiwa tersebut baginda telah ditentang oleh kebanyakan  penduduk musyrikin mekah terutama sekali oleh bapa saudara baginda iaitu Abu Lahab.


Setelah dakwah secara terang-terangan ini dilakukan, banyak tentangan yang diterima oleh baginda dan para sahabat yg memeluk islam pada ketika itu antaranya seperti  Bilal bin Rabah yang diseksa oleh majikannya Umaiyah bin Khalaf  dengan menghempapkan batu besar di atas badan bilal yang sedang dibaringkan serta diikat di atas padang pasir yang panas terik dan seperti yang dihadapi oleh keluarga yasir yang mana mereka telah diseksa sehingga syahid kecuali anak mereka Ammar bin Yasir  kerana terpaksa mengucapkan kekufuran dalam keadaan terpaksa .


tentangan ke atas umat islam menjadi semakin deras setelah kematian dua orang insan yang sering melindungi Nabi daripada  perbuatan keji musyrikin mekah iaitu  Siti Khadijah  isteri baginda dan Abu Talib , Bapa saudara baginda.  kematian kedua-dua insan tersebut membuatkan baginda merasa sedih sehingga tahun tersebut digelar sebgaai tahun dukacita. Untuk mengubati kesedihan tersebut maka Allah telah mengaturkan sebuah perjalanan yang paling agung yang tidak pernah ditempuhi oleh seorang pun manusia sebelum baginda dan tidak akan dirasai oleh seorang pun manusia sesudah baginda iaitu  isra' dak mikraj.


isra' mikraj adalah sebuah peristiwa yang mana melaluinya dapat menguji keutuhan dan keteguhan keimanan yang dimiliki oleh umat islam pada ketika itu. untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peristiwa isra' mikraj boleh lah menekan link  ( klik di sini )

Tentangan yang diterima oleh kaum musimin pada ketika itu masih lagi diteruskan oleh penduduk musyrikin mekah, lalu baginda telah membuat keputusan agar menyuruh umat islam pada ketika itu berhijrah ke habsyah hal ini kerana negeri tersebut diperintah oleh seorang raja yang adil dan menganut agama samawi iaitu agama nasrani.


terdapat juga usaha baginda untuk berdakwah kepada penduduk di sekitar kota mekah sepeti di Taif namun gagal malah baginda telah diusir dengan kejam oleh penduduk Taif sehingga mengalir darah dari tubuh baginda setelah dibaling dengan batu untuk mengusir baginda.

 kejadian itu dilihat oleh malaikat sehingga malaikat menawarkan untuk menimpakan gunung Taif itu ke atas penduduk taif atas perbuatan mereka terhadap baginda namun baginda melarang  malah baginda yakin bahawa akan lahir keturunan yang berpegang teguh dengan islam dari penduduk taif tersebut..

pada tahun 12 kerasulan, datang sekumpulan penduduk yathrib seramai 12 orang yang terdiri daropada suku Aus dan suku Khazraj yang mana mereka telah didedahkan dengan kisah-kisah kenabian dan agama samawi oleh  orang yahudi di yathrib.oleh itu setelah mendengar tentang berita mengenai seseorang di kota mekah mengakui sebagai rasul maka mereka membuat keputusan datang menemui baginda dan membuat perjanjian dengan baginda yang mana perjanjian tersebut dikenali sebagai perjanjian Aqbah pertama. dalam perjanjian tersebut , mereka diseru agar taat kepada Allah dan Rasul. Setelah itu mereka pun kembali ke kota yathrib dengan disertai oleh mushab bin Umair sebagai utusan dan guru yang dilantik oleh Rasulullah untuk membimbing penduduk yang memeluk islam di yathrib seterusnya untuk menyebarkan dakwah di situ.


pada tahun seterusnya,  satu kumpulan yang lebih besar dari yahtrib datang menemui Rasulullah  dan seterusnya lahirnya peristiwa perjanjian aqabah kedua yang mana dalam perjumpaan tersebut  adalah untuk mengundang Rasulullah  ke kota yahtrib serta berjanji akan menolong dan  melindungi baginda sebaik yang mungkin .

sambutan tersebut disambut baik oleh  baginda dan dengan itu baginda telah menyurh  kesemua umat islam agar berhijrah ke yathrib .
kesemua umat islam  mekah pada ketika itu berhijrah secara sembunyi-sembunyi  kerana khuatir akan dihalang oleh penduduk musyrikin mekah. Setelah kesemuanya habis berhijrah maka barulah baginda dan sahabat baginda Abu Bakar as- Siddiq berhijrah ke kota madinah.
tambahan pula setelah terbongkarnya komplot untuk membunuh baginda pada malam baginda berhijrah oleh Allah melalui wahyu  kepada baginda. baginda keluar dari rumah baginda sambil membacakan Yasin dan menaburkan pasir di atas kepala para pembunuh upahan yang diupah untuk membunuh baginda sehingga membuatkan mereka tertidur tanpa menyedari pemergian Rasulullah dari rumah baginda menuju ke rumah Abu Bakar seterusnya meninggalkan kota mekah pada malam itu juga. tempat tidur nabi digunakan oleh Saidina Ali bin Abu Talib pada malam itu untuk mengelirukan  pembunuh-pembunuh upahan tersebut.

maka selamatlah Rasulullah dan sahabat baginda , Abu Bakar as- Siddiq dari komplot pembunuhan tersebut. 


akhirnya  tibanya baginda ke  yahtrib setelah mengharungi pelbagai rintangan dan disambut oleh penduduk yahtrib dengan meriah .




rasanya sampai disini sahaja entry pada kali ini in sha Allah saya akan menyambungnya pada entry yang seterusnya...jika ada kekurangan harap ditegurkan jika ada idea yang menarik harap diluahkan..

 yang baik datang daripada Allah yang buruk datang daripada kekurangan diri ini..
yang baik kita jadikan tauladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan....
selamat beramal


(^_^)V














No comments:

Post a Comment

jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...