Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Wednesday, January 25, 2012

>>>>>>Penyakit VS Penawar...

Assalamualaikum to all readers...
alhamdulillah..akhirnya penulis berpeluang sekali lagi untuk membuat perkongsian ilmu dengan readers semua..
hmm...
entry pada kali ini adalah mengenai penyakit dan juga penawar..
kita semua sudah sedia maklum bahawa setiap penyakit dalam dunia ini ada penawarnya..
cuma tugas kita sebagai pesakit atau pengubat adalah untuk mencari penawar tersebut
adakalanya...penawar tersebut ada cuma kita lambat untuk menemukannya...
sebab itu ada yang mengatakan penyakit ini tiada penawarnya....penyakit itu tiada penawarnya..
hmm
sebenarnya entry yang akan penulis ulaskan ini bukan mengenai penyakit kanser, jantung dan sebagainya
tapi mengenai penyakit yang berkait rapat dengan jiwa kita...dengan kerohanian kita...
readers semua mesti hendak tahu kan apa dia penyakit tersebut dan apa dia penawar bagi penyakit tersebut...he3... ok..
tanpa membuang masa..
jom kita selusuri entry pada kali ini...
yang bertajuk...
penyakit VS penawar
selamat membaca

~~~~~~~~~
Bismillahhirrahmannirahim.....


Dunia itu penyakit...
penawarnya adalah Zuhud...

Tahun itu penyakit.....
Penawarnya adalah Bulan Ramadhan...

Harta itu penyakit...
Penawarnya ialah Zakat...

Perkataan itu penyakit....
Penawarnya adalah Zikir...

Seluruh Umur itu adalah penyakit...
penawarnya ialah Taat...

Dendam itu penyakit....
penawarnya adalah Redha....

Dengki itu adalah penyakit....
penawarnya adalah Ikhlas...

Kufur itu penyakit...
penawarnya ialah Bersyukur...

Marah itu penyakit...
penawarnya adalah Sabar...

kesimpulan daripada penulis mudah sahaja...
setiap yang berpenyakit ada penawarnya
he3..
oklah para readers semua..
sampai di sini sahaja entry pada kali ini...
semoga kita bertemu pada entry yang akan datang..
akhirul kalam...
yang baik itu datang daripada Allah...
manakala
yang bruk itu datang daripada diri penulis yang penuh khilaf ini
yang baik kita jadikan tauladan...
yang buruk kita jadikan sempadan dan benteng daripada kesilapan dalam menempuh kehidupan ini...
selamat beramal
(^_^)V















Tuesday, January 24, 2012

Huru Hara Kiamat>>>>>>18 keadaan....18 penyelamat....

Assalamualaikum to all readers...
alhamdulillah.. kali ini penulis berkesempatan untuk membuat perkongsian dengan para readers semua yang masih lagi setia dengan blog ni...
pada kali ini penulis ingin membuat satu lagi perkongsian ilmu dengan antum semua...
entry pada kali ini adalah mengenai perkara-perkara yang akan menjadi penyelamat kita semua di akhirat kelak...
hmm
mesti antum semua sudah tidak sabar untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang akan menjadi penyelamat itu kan..
oleh itu ...
jom kita selusuri  entry ini..
selamat membaca...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dari Abdurrahman bin Samurah ra. bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW menemui dia dan para sahabat yang lain di masjid Madinah.
Baginda berkata :"tadi malam aku bermimpi yang menghairankan .

Kulihat seorang lelaki dari umatku didatangi malaikat maut yang hendak mencabut nyawa nyawanya.Tiba-tiba datang kebaktian kepada kedua orang tuanya lalu menolak malaikat itu darinya.

Kulihat juga seorang lelaki daripada dari umatku yang telah disiapkan seksa kubur baginya.Namun, Wudhuknya datang menyelamatkan dari seksa itu.

Kulihat seorang lelaki daripada umatku telah dikepung oleh syaitan.Kemudian datang zikrullah kepadanya ,lalu menyelamatkannya daripada ancaman mereka.

Kulihat seorang lelaki daripada umatku telah dikepung oleh malaikat penyeksa. Namun , solatnya datang menyelamatkannya .

Kulihat seorang lelaki daripada umatku termengah-mengah  kehausan.Setiap kali ia mendatangi telaga untuk minum,ia dihalangi .Namun datang puasanya ,lalu memberinya minum sampai puas

Kulihat seorang lelaki dari umatku dan nabi-nabi duduk dalam lingkaran-lingkaran.Setiap kali mendekati suatu lingkaran,mereka mengusirnya . Kemudian datang mandi janabahnya lalu memegang tangannya dan mendudukkannya di sampingku.

Kulihat seorang lelaki yang di depannya , di belakangnya , di sebelah kanannya , dari atasnya ,dan di bawahnya ada kegelapan.ia bingung dalam kegelapan.Kemudian datang Haji dan Umrahnya lalu mengeluarkannya daripada kegelapan dan memasukkannya ke dalam cahaya.

Kulihat  seorang lelaki daripada umatku berbicara kepada orang-orang mukmin, namun mereka tidak menghiraukannya .Kemudian datang silaturahim kepadanya dan berkata:"Hai kaum mukmin,berbicaralah kepadanya"

Kulihat seorang lelaki daripada umatku menghalau bunga api daripada mukanya .Kemudian datang sedekahnya , lalu menjadi perisai mukanya dan menjadi payung kepalanya.

Kulihat seorang lelaki daripada umatku telah diambil oleh zabaniyah dari setiap tempat . Kemudian datang amal makruf nahi mungkar yang pernah dilakukannya ,lalu menyelamatkannya daripada tangan mereka dan memasukkannya bersama malaikat rahmat.

Kulihat seorang daripada umatku berlutut dan terdapat tabir antara ia dengan Allah . Kemudian datang akhlaknya yang baik ,lalu memengang tangannya dan menghadapkannya kepada Allah.

Kulihat seorang lelaki daripada umatku telah jatuh lembaran catatannya daripada tangan kirinya .Kemudian datang rasa takutnya kepada Allah Taala ,lalu mengambil lembaran catatannya dan meletakkannya di tangan kanannya .

Kulihat seorang lelaki daripada umatku telah ringan timbangannya. Kemudian datang anak-anaknya yang telah mendahuluinya , lalu memberatkan timbangannya.

Kulihat seorang lelaki dari umat ku berdiri di tepi jahanam .Kemudian datang rasa takutnya kepada Allah lalu menyelamatkannya dari tempat itu.

Kulihat seorang lelaki dari umatku terjatuh kedalam neraka.Kemudian datang air matanya yang ia cucurkan kerana takut kepada Allah di dunia,lalu mengeluarkannya dari neraka.

Kulihat seorang lelaki dari umatku berdiri di atas shirat gementar seperti daun yang bergoyang . Kemudian datang sangkaan baiknya kepada Allah,hingga ia tenang dan berlalu dari sana.

Kulihat seorang lelaki dari umatku di atas shirat,kadang-kadang ia merangkak.Kemudian datang selawatnya untukku ,lalu memegang tangannya dan menegakkannya , lalu ia berjalan di atas shirat.

Kulihat seorang lelaki daripada umatku berhenti di pintu syurga .Namun pintu itu ditutup.Kemudian datang kepadanya Syahadat Laa ilaha illallah , lalu pintu itu dibuka baginya dan ia pun masuk ke dalam syurga."


Subhanaallah..
Alhamdulillah..
Allah akbar

begitu banyak sekali penyelamat-penyelamat yang Allah sediakan kepada kita semua selaku hamba-hambaNya..
semua perkara itu begitu mudah untuk dilakukan oleh kita semua tetapi..
sayang sekali kerana adakalanya sikap kita sendiri menjadikannya sukar untuk dilaksanakan..
insyaallah..
selepas ini..
kita boleh mula bersama-sama melakukannya  
mulakannya dengan sedikit-sedikit dahulu dan yang paling penting lakukannya dengan penuh istiqamah..
insyaallah kita dapat melakukannya...
penulis rasa sampai di sini sahajalah entry pada kali ini...
semoga kita dapat berjumpa lagi pada entry yang akan datang...

akhiru kalam..
yang baik itu datang daripada Allah
manakala
yang buruk itu datang daripada diri ini selaku hambanya yang penuh khilaf ini..
yang baik kita jadikan sebagai tauladan..
manakala yang buruk kita jadikan sebagai sempadan dari kita melakukan kesilapan dalam kehidupan ini...
selamat beramal dan jumpa lagi
(^_^)V









7 Jawapan Hikmah

Assalamualaikum to all readers...
akhirnya penulis berpeluang lagi untuk membuat perkongsian ilmu dengan readers sekalian..
he3..
hmm..ok..
entry kali ini adalah mengenai  7 jawapan yang penuh dengan hikmah daripada saidina Ali
oleh itu  readers sekalian..tanpa membuang masa.. jom sama2 kita selusuri  7 persoalan yang dijawab oleh saidina Ali dengan penuh hikmah itu....
tafadhol...

7 jawapan penuh hikmah daripada Saidina Ali...
Saidina Ali KarramaAllahu Wajhah menjawab 7 pertanyaan dengan penuh hikmah

1-Apakah yang lebih berat daripada langit?
Saidina Ali menjawab : Tuduhan palsu lebih berat daripada langit

2-Apakah yang lebih luas daripada bumi?
Saidina Ali menjawab : kebenaran lebih luas daripada bumi

3-Apakah yang lebih kaya daripada laut?
Saidina Ali menjawab : hati yang Qanaah lebih kaya daripada batu

4-Apakah yang lebih keras daripada batu?
Saidina Ali menjawab : hati orang munafiq lebih keras daripada batu

5-Apakah yang lebih panas daripada api?
Saidina Ali menjawab : penguasa yang zalim lebih panas daripada api

6-Apakah yang lebih sejuk daripada Zamharir (Neraka yang dingin)?
Saidina Ali menjawab: berhajat kepada orang yang bakhil lebih sejuk / dingin daripada Zamharir

7-Apakah yang lebih pahit daripada racun?
Saidina Ali menjawab: Sabar lebih pahit daripada racun (pada riwayat yang lain) mengadu domba lebih pahit daripada racun.

Alhamdulillah...
Subhanaallah...
Allahu akbar...

begitu berhikmah sekali setiap jawapan yang diberikan oleh Saidina Ali terhadap soalan-soalan yang diajukan kepada beliau..
oleh itu wahai para pembaca sekalian..
harap kita dapat ambil iktibar daripada kisah pada kali ini...
sampai disini sahaja entry pda kali ini..
insyaallah...
kita akan bertemu pada entry yang aka datang..
akhirul kalam
yang baik itu datang daripada Allah
manakala
yang buruk itu datang daripada diri ini selaku hambaNya yang lemah ini
yang baik kita jadikan tauladan
manakala yang buruk kita jadikan sebagai sempadan daripada melakukan kesilapan dalam kehidupan ini
selamat beramal
dan
assalamualaikum
(^_^)V












jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...