Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Friday, December 30, 2011

Pedoman Kehidupan>>>>Kelebihan Ilmu

Assalamualaikum to all readers
Alhamdulillah...
tak kita sangka kan??
pejam celik pejam celik
da hendak berakhirnya khidmat angka 2011 pada tahun ini.. dan..
khidmat angka 2012 pada tahun seterusnya akan digunakan pula...
hmm.
walaubagaimanapun..
harap tidak terlalu awal untuk saya mengucapkan..
selamat menyambut tahun baru 2012 yang akan menjelma tidak lama lagi...
semoga kita da pun bersedia untuk azam baru kita pada tahun depan..
hmm..
ok..
sebenarnya entry pada kali ini rasanya saya tidak berhasrat untuk memberi ucapan tahun baru ini..tapi mana lah tahu kan
takut tak sempat.. he3..
entry pada kali ini saya hendak membicarakan tentang ilmu..
yup..ilmu..
satu perkataan...tapi
mempunyai nilai yag tinggi..tanpanya..
seseorang itu tidak memiliki kehidupan yang sempurna
tanpa ilmu..
manusia itu tidak berguna
dalam islam sendiri..
kita dapat lihat..betapa pentingnya ilmu dalam membimbing manusia untuk menempuh kehidupan ini..
walaubagaimanapun...
ilmu yang ada perlulah dimanfaatkan serta di ajarkan kepada orang lain..
seperti dalam pepatah arab..

'ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah'

yup..
memang relevan untuk kita gunakan pepatah arab itu..

Ilmu yang kita ada perlulah dimanfaatkan dengan menurunkan ilmu yang kita tahu.. kepada orang lain kerana..
ilmu yang kita ajarkan kepada orang lain dianggap sebagai sebuah pelaburan masa panjang dan tidak akan putus pelaburan itu selama mana orang tersebut memanfaatkan ilmu yang dipelajari itu..
hal ini dapat kita perhatikan dalam sebuah  hadis Nabi SAW....

"Apabila mati anak Adam , terputuslah amalnya kecuali tiga keadaan :sedekah  jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya , atau anak soleh yang mendoakannya"
(Muslim)
kadang-kadang tidak salah untuk menuntut ilmu dengan seseorang yang kita anggap dia sebagai musuh
andai ilmu itu nanti boleh membawa manfaat kepada diri kita dan orang lain selagi mana ia tidak melanggar batasan syarak ....
ilmu ini ibarat sebuah senjata yang lebih ampuh dan kuat daripada pedang dan sebagainya...kerana dengan ilmu kita boleh melakukan pelbagai perkara yang mustahil...
kadang-kadang perkara yang mustahil boleh kita laksanakan dengan syarat kita sentiasa ada ilmu..
ilmu..sesuatu yang tidak pernah habis dan kering serta hilang selagi mana kita amalkan dan sebarkan..
dalam satu hadis, Rasulullah pernah bersabda..

"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (HR. Ibn Abdulbari)

dengan ilmu seseorang itu boleh menjadi kuat dan kaya serta mulia
orang yang kaya belum tentu berilmu dan mulia tapi orang yang berilmu sudah pasti akan kaya dan dipandang mulia...
bukan sahaja menjadi perhatian penghuni dunia malah penghuni langit sekali.. 

Rasulullah SAW pernah bersabda...
 "Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hamba dijadikan di memahami perkara agama dan Allah berikan ilham dan kecerdikan kepadanya (petunjuk)

(al-Dailami )

dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Muawiyah

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah mendapat  kebaikan , nescaya dijadikan ia seorang yang beroleh fahaman yang teliti  dalam perkara agama"

(al-Bukhari)

walaubagaimanapun..
sedikit nasihat dan pandangan daripada saya...
kalau hendak menuntut ilmu itu biarlah ilmu itu nanti pada akhirnya akan memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain
janganlah kita gunakan ilmu itu yang pada akhirnya bertujuan untuk kejahatan

kerana lambat laun ilmu itu sendiri akan memakan diri kita balik..
 seperti orang lain biasa cakap dengan kita..

" buat jahat dibalas jahat , buat baik dibalas baik.."


sebagai penutup Entry pada kali ini..ingin saya ucapkan
selamat menyambut tahun baru 2012..
semoga tahun depan lagi baik daripada tahun ini...
bagi kalangan penuntut ilmu atau bahasa mudahnya para pelajar
selamat menyambung kembali sesi pembelajaran anda
semoga beroleh kejayaan dalam setiap peperiksaan terutama bagi mereka yang ambil peperiksaan besar  iaitu UPSR , PMR , SPM ,dan STPM
dan bagi yang bekerja..
selamat menyambung kembali tugas anda...
sedikit renungan...
ilmu..........
sebuah harta yang tidak ternilai...

sekian sahaja entry pada kali ini..
yang baik datang daripada Allah manakala yang buruk datang daripada kekurangan diri ini selaku hambaNya..
yang buruk kita jadikan sempadan...
yang baik kita jadikan tauladan..
semoga berjumpa lagi pada entry akan datang
ma'assalamah wa ilalliqa'
(^_^)V 




 





Tuesday, December 27, 2011

Hikmah Ciptaan Tuhan:Keistimewaan Wanita

Assalamualaikum to all readers....
hmm..
terlebih dahulu aku memohon maaf kepada semuapara pembaca yang masih setia kepada blog ni..sebab da lama aku tak poskan entry yang terbaru..
maklum lah..orang bekerjaya..he3...
walaubagaimana pun..
Alhamdulillah..
kerana pada kali ini..
aku berkesempatan untuk memposkan entry yang mana aku sharing daripada seorang hamba Allah di muka buku a.k.a facebook..
he3..
hmm..
pos yang aku sharing kali ni adalah berkisarkan keistimewaan seorang insan yang mana sudah menjadi sunnatullah untuk menjadi pasangan kepada seoang yang insan yang bernama lelaki.. iaitu..
'WANITA'..

yup..
itulah maudu' atau tajuk utama pada kali ini..
iatu..
'KEISTIMEWAAN WANITA'

tanpa berlengahkan masa lagi..
ayuh..
kita baca apa keistimewaan yang Allah berikan kepada seorang insan yag bergelar wanita...
selamat mebaca..
(^_^)V


KEISTIMEWAAN WANITA :-


1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.


2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.


4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S


5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.


6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.


7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."


8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.


9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).


12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )


15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.


16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT


17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan


18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan


19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

20.Wanita adalah merupakan perhiasan dunia..dan seindah hiasan adalah seoang wanita solehah...

21.Wanita juga merupakan penyambung zuriat bagi umat manusia..kerana tanpa mereka...tidak wujudnya kita

22.Setiap lelaki lelaki di dunia ini..sentiasa memerlukan seorang insan sebagai pasangan di dunia ini..sebagaimana wanita yang sentiasa memerlukan seorang lelaki dalam kehidupan ini...





ok guys..
sampai disini sahajalah post pada kali ini
mengenai kesahihannya...
wallahualam..
keraa aku x dpt nk mengemukakan dalil bagi tiap2 keistimewaan tu... bagi yang sedang baca ni..yang tahu dalil2nya..korang letak lah ea dalilnya....insyaallah..
akan dimanfaatkn...
dan mengenai keistimewaan di atas..aku pasti..ia hanya sedikit sahaja dan aku juga pasti.. banyak lagi keistimewaan yang Allah berikan kepada makhluknya yang bergelar wanita ini
..semoga kita dapat 'bertemu' pada entry yang akan datang...
Yang baik itu datang daripada Allah..
manakala yang buruk itu datang daripada diri ini selaku hambaNya yang lemah..
yang baik kita jadikan tauladan dan ikutan..
yang buruk kita jadikn sempadan dalam menempuh kehidupan
selamat beramal..
b(^_^)d 





Monday, December 5, 2011

Tazkirah Mukmin:5 Waktu Atau Azab Allah

Assalamualaikum to all readers...
entry kali ini saya share dgn anda semua mengenai sebuah kisah yang berlaku pada zaman khalifah Ar Rasyidin yang pertama iaitu
Khalifah Abu Bakar R.A
kisah kali ini berkisarkan  peristiwa yang berlaku ketika  pengkebumian seorang saudara muslim...

tanpa membuang masa jom kita  membaca kisah tersebut..
selamat membaca
(^_^)V






Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
“Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya,

“Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.


eh??
da abis da..he3
itu semua adalah salah satu cebisan azab yang Allah timpakan ke atas hamba-hambaNya yang ingkar...
di bawah ini ada lagi

 yang mana  azab yang Allah sediakan adalah lebih tertumpu kepada mereka yang memandang ringan kewajipan solat..
jom kita baca sambungan seterusnya pula....

.............


6 seksa di dunia

1) Allah mengurangkan berkat umurnya
2) Allah memayahkan rezekinya
3) Allah hilangkan tanda/cahaya soleh dari wajahnya
4) Tidak akan mendapat tempat dalam islam
5) Tidak mendapat pahala atas amal kebajikannya di dunia
6) Allah tidak akan menerima doanya

 3 seksa hadapi maut


1) Mati dalam keadaan amat dahaga
2) Mati dalam keadaan lapar
3) Mati dalam keadaaan hina


3 seksa di dalam kubur


1) Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempit kubur
2) Allah akan menggelapkan kuburnya dengan segelap-gelap kubur
3) Allah akan seksa hingga hari kiamat

3 seksa dipadang mahsyar


1) Pada hari kiamat akan dibelengu oleh malaikat
2) Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan ehsan
3) Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa orang yang meninggalkan sembahyang

4) Allah akan memasukkan mereka yang meninggalkan sembahyang kedalam neraka dengan azab seksaan yang pedih lagi keras


di bawah ini pula...
dosa yang akan di tanggung oleh setiap orang islam bagi mereka yang meninggalkan  solat...

Dosa meninggalkan solat subuh
Akan dimasukkan kedalam neraka selama 30 tahun akhirat bersamaan 60000 tahun dunia
Dosa meninggalkan solat zohor
Sekali meninggalkannya,dosanya seperti membunuh 1000 umat islam
Dosa meninggalkan solat asar
Sekali meninggalkannya,seperti meruntuhkan Baitullah (kaabah di Masjidil Haram)
Dosa meninggalkan solat maghrib
Sekali meninggalkannya seperti berzina dengan ibu sendiri
Dosa meninggalkan solat isyak
Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal dibumi dan berbumbungkan langit serta Allah tidak reda makan dan minuman yang ada dibumi dan langit.Ampunilah kami Ya Allah...


ok sampai di sini sahaja tazkirah kita pada hari ini..
semoga kita dapat berjumpa pada entry akan datang..

yang baik itu datang daripada Allah..
yang buruk itu datang daripada diri ini selaku hambaNya yang lemah..

yang baik kita jadikan tauladan...
yang buruk kita jadikan sempadan....

selamat beramal
(^_^)V



Friday, December 2, 2011

Muhasabah diri>>> Tinta Buat Remaja


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Assalamualaikum to all readers..
Alhamdulillah...
hari ini dapat juga saya berkongsi dengan para pembaca sekalian mengenai satu artikel yang saya baca di salah satu group di facebook. Mungkin ada dari kalangan anda semua yang sudah pun membacanya tapi bagi yang belum insyaallah boleh kita membacanya sama-sama he3...
Artikel ini di postkan oleh seorang hamba Allah di facebook
semoga Allah merahmati hidupnya
..amin..
ok..
tanpa membuang masa jom kita baca entry kali ini
selamat membaca..
(^_^)V

Buat remaja yang bakal menjadi seorang yang berjaya pada suatu hari kelak..
*Jika kau bakal menjadi seorang doktor kelak , maka rawatlah hati insan yang terpesong jauh daripada agama islam ini.

*Jika kau seorang Arkitek kelak, maka lakarlah sinar islam yang mampu menyinari kehidupan setiap muslim. 

*Jika kau bakal menjadi seorang jurutera kelak, maka binalah satu binaan ukhuwah yang kukuh antara umat islam itu .

*Jika kau bakal menjadi seorang Peguam kelak , maka pertahankanlah islam di mata dunia dengan hujah yang bernas dan bijaksana itu.

*jika kau bakal menjadi seorang Juruterbang kelak , maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhaiNya.

*Jika kau bakal seorang Polis kelak , maka awasilah Umat islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Esa

*Jika kau bakal seorang Pensyarah kelak, maka didiklah bangsa untuk menjadi muslim yang berjaya

*jika kau bakal menjadi seorang akauntan kelak , maka sedarkanlah manusia bahawa pahala Allah itu lebih bernilai dari segala-galanya

*jika kau seorang Hakim kelak, maka adililah umat islam dengan hukum hakam serta dengan syariat islam

*jika kau seorang pemimpin kelak , maka pimpinlah umat-umat islam ke arah jalan yang diredhai Allah

*Jika kau bakal menjadi seorang guru kelak , maka bentukkanlah acuanyang sempurna dalam sanubari anak didik agar kelak mereka boleh menjadi seperti golongan-golongan di atas


~~~~~~~~~~~~tamat~~~~~~~~~~~~~~

ok para pembaca sekalian ....
sampai situ sahajalah yang dapat saya share dengan anda semua
namun dalam entry kali ini saya ada membuat sedikit modification
serta penambahan idea sedikit yang muncul dalam pemikiran ini ketika menaip entry pada kali ini...
saya harap para pembaca sekalian bergembira dengan entry pada kali ini dan harap anda semua tidak merasa yang entry ini di copy paste secara seratus peratus 
he3

Yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu datang daripada diri yang lemah ini
Yang baik kita jadikan tauladan dalam kehidupan ini manakal yang buruk kita jadikan sempadan dari kita melakukan maksiat...
selamat beramal 
dan..
semoga berjumpa lagi...
(^_^)V






Tuesday, November 29, 2011

~~~~Allah Sayangkan Kita~~~~

Assalamualaikum to All readers....
wah da lama yup aku tidak post entry yang terbaru...
Alhamdulillah..
Entry kali ini bertajuk

'Allah sayangkan kita'..

 Allah maha mengetahui lagi Maha Bijaksana terhadap hamba-hambaNya...Dia tahu apa yang terbaik dan apa yang tidak baik untuk hamba-hambaNya..
  Allah sayangkan kita sebab itu Dia memerintahkan yng mana yang baik yang mana yang buruk untuk hambaNya lakukan..
antaranya.........

Allah sayangkan kita...
Allah mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W kepada umat manusia...
agar
 dapat menyampaikan khabar gembira kepada orang-orang yang bertakwa dan beriman kepada Allah dan juga sebagai pemberi peringatan terhadap azab yang disediakan kepada mereka-mereka yang selalu melakukan maksiat dan yang tidak mengakui keesaan Allah...
Firman Allah...
Dan tidak Kami utuskan engkau (Muhammad) melainkan sebagai rahmat untuk alam sejagat” (Al-Anbiya’:21)

Allah sayangkan kita..
Allah  memberikan umat islam sebuah kitab yang diturunkan kepada Rasulullah melalui perantaraan malaikat Jibril yakni al-Quran
agar
dapat dijadikan sebagai panduan dan rujukan kepada umat manusia dalam menjalani kehidupan
Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Maidah ayat 15-16 :
"Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab yang memberi penerangan. Dengan kitab itu Allah menunjuk orang-orang yang mengikuti keredaanNya ke jalan keselamatan dan dengan kitab itu pula Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya terang benderang dengan keizinanNya dan menunjuk mereka ke jalan yang lurus".


Allah sayangkan kita..
Allah melarang Umat manusia melakukan zina  dan menggalakan pernikahan
agar
 nasab sesebuah keturunan  dapat terjaga dengan baik dan dapat  menjalinkn hubungan silaturahim antara sesama manusia...
Firman Allah
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan.” (Surah Al-Israa’: 32)

Allah sayangkan kita...
Allah melarang umat manusia daripada melakukan perhubungan sesama jenis dan menghalalkan perhubungan yang berlainan jantina yakni antara lelaki dan perempuan dengan akad nikah yang sah...
agar
umat manusia tidak lari daripada fitrah yang sebenar dan juga untuk mengembangkan zuriat anak Adam di atas muka bumi ni dan juga untuk mengelakkan daripada tersebarnya penyakit-penyakit kelamin


Allah sayangkan kita...
Allah memerintahkan  kaum perempuan supaya sentiasa menutup aurat
agar
 dapat menjauhkan mereka daripada menjadi mangsa nafsu lelaki...
Firman Allah
“Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman: ’Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan khumur (Ind: jilbab)nya ke dadanya…’” (Annur:31)


Allah sayangkan kita... 
Allah melarang kita daripada mengumpat,mencela,memberi gelaran yang buruk, berperangsangka buruk dan membuka aib orang lain
agar
hubungan ukhuwah silaturahim antara sesama manusia sentiasa terjalin dan hidup aman  harmoni...
Firman Allah“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) nencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.  Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”
(Al-Hujuraat ayat 11 hingga 12 )
Allah sayangkan kita
Allah memerintahkan kita agar sentiasa mendirikan solat
agar 
dapat  menguatkan fizikal dan rohani umat manusia...
Firman Allah 
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al Baqarah ayat 43)

Allah sayangkan kita...
Allah mmerintahkn umat islam agar mengeluarkan zakat...
agar...
dapat mendidik sifat saling memberi dan bersyukur dalam hati manusia...
Firman Allah
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” (Surah al Baqarah ayat 43)


Allah sayangkan kita..
Allah melarang kita daripada menyebarkan  fitnah dan mengadu domba..
agar
 dapat menjauhkan pertelingkahan dan perpecahan dalam kalangan manusia..
Firman Allah
“Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduhan yang buruk dalam kalangan orang yang beriman, mereka akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat, dan ingatlah! Allah mengetahui segala perkara, sedangkan kamu tidak mengetahui yang demikian”.(surah An-Nur ayat 19)


Allah sayangkan kita...
Allah memberikan kita ujian dan dugaan kepada umat islam berdasarkan kemampuan manusia itu sendiri
agar..
dapat menentukan sama ada kita dalam golongan orang-orang yang bertakwa dan beriman kepada Allah serta melatih sifat sabar dan ketabahan dalam diri umat manusia...
Firman Allah
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan "kami telah beriman " sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya kai telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang berdusta" (surah al-Ankabut, ayat 2-3)

firman Allah lagi
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
( surah al-Baqarah, ayat 286)



Allah sayangkan kita...
Allah mewajibkan kita berpuasa dalam bulan Ramadhan
agar..
dapat mendidik umat manusia untuk menundukkan hawa nafsu
firman Allah
"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."
(surah al-Baqarah ayat 183)

Allah sayangkan kita...
kadang-kadang Allah tidak memberi atau memakbulka doa  hamba-hambaNya yang menginginkan sesuatu
kerana..
Allah tahu apa yang terbaik untuk umat manusia ni dan juga dalam masa yang sama Allah telah meyediakan sesuatu yang lagi baik dari yang kita mohonkan itu...
Firman Allah
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahalia amat baik bagi kamu, dan boleh jadipula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagi mu.Allah mengtahui sedangkan kamu tidak mengetahui."
(surah al-Baqarah ,ayat 216)



sebenarnya para pembaca sekalian.....
 banyak lagi tanda bahawa Allah sayangkan kita ni..
perkara yang saya ungkapkan di aas cuma sedikit sahaja sedangkan tanda Allah sayangkan kita ni banyak lagi yang tidak dpt hendak diungkapkan...dan jika nak diungkapkan di sini memang tidak terperi banyaknya.....
terlalu banyak nikmat yang Allah sediakan kepada umat manusia ni cuma kita sering kali alpa apabila telah mendapat nikmat tersebut...
tanpa kita sedari..kita sering kali terlupa kepada nikmat Allah tetapi Allah sahaja yang tidak pernah melupakan hambaya...
oleh itu sentiasalah bersyukur kepada nikmat yang Allah berikan kepada kita




sampai disini sahajalah entry saya  padakali ini..
insyaallah..
kita akan bertemu pada entry yang akan datag..
Akhiru kalam...
yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu datang daripada diriku ni yang serba kekurangan...
yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sebagai sempadan...
selamat beramal...
(^_^)V






















Thursday, November 3, 2011

Tazkirah Jumaat:7 Ayat-Ayat Cinta Orang Mukmin b(^_^)d

Assalamualaikum to all readers..
entry kali ini aku hendak share mengenai aya-ayat cinta kita kepada pencipta kita..
dengan ayat ini menunjukkan kita selalu mengingati-Nya dalam kehidupan seharian kita 
Insyallah..

1.بسم الله الرحمن الرحيم
amalkanlah pada tiap-tiap kali kita hendak melakukan sesuatu...kalau boleh kita mulakan pagi kita dengan kalimah tersebut insyallah..

2.الحمد لله
ucapkanlah pada tiap-tiap kali kita hendak mengakhiri sesuatu pekerjaan dalam kehidupan kita..

3.أستغفر الله
jika tersilap dalam melakukan sesuatu atau mengatakan sesuatu yang buruk

4.إن شاء الله
jika ingin melakukan sesuatu perkara atau pekerjaan pada masa akan datang


5.لا حول ولا قوة إلا بالله
bila tidak dapat melakukan sesuatu yang berat atau melihat sesuatu yang buruk


6.انا لله وانا اليه راجعون
jika menghadapi musibah atau melihat kematian


7.لا إله إلا الله
Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya.Amalkanlah selalu semoga kita tergolong dalam golongan yang diredhai Allah


Hadis Nabi S.A.W
Rasulullah bersabda:"Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan para malaikat dan akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan"


(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


hmm..
ok r korang sampai sini sahaja entry pada kali ini..semoga kita dapat amalkan dan ambil iktibar terhadap semua ini..


Yang baik itu datang daripada Allah 
manakala...
Yang buruk itu datang dari diri yang serba kekurangan ini
yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk kita jadikan sempadan...
selamat beramal..
wasalam(^_^)V













Wednesday, November 2, 2011

Kegelapan Hari Ini Tidak Bermakna Tiada Kecerahan Pada Hari Esok

Assalamualaikum to all readers...

Bagi setiap individu ada hari yang gembira dan ada juga hari yang sedih...
dan dalam masa yang sama ada juga insan yang mempunyai masa silam yang boleh kita katakan tidak bernasib baik atau malang atau apa-apa istilah yang korang semua hendak gunakan.,.
dan aku percaya bahawa hampir setiap orang akan mengalami perkara ini..
kita sering kali mendengar statement ni..

'KEHIDUPAN INI IBARAT RODA..ADA KETIKA  BERADA DI ATAS ,ADA WAKTU BERADA DI BAWAH'

hmm...yup..
aq pun memang setuju jugak dengan statement ni..
  kita hendaklah selalu beringat bahawa tidak selama-lamanya kita akan berada di puncak kejayaan dan kegemilangan kita kerana akan ada satu masa nanti kita akan berada dibawah..
x kisahlah jika kita ada dibawah tu disebabkan  orang mengkhianati kita atau pun disebabkan kesilapan kita sendiri...
hal ini kerana untuk mengajar manusia sifat merendah diri dan juga menjauhkan sifat riak,takbur dan ujub.
selain itu jugak tanDa bahawa Allah masih sayangkan kita dan tidak melupakan kita..
Dia mengingati kita dengan memberikan kita pelbagai ujian sesuai dengan tahap kemampuan manusia tu sendiri..

'SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENIMPAKAN SESUATU UJIAN MELEBIHI KEMAMPUAN PARA HAMBA-NYA'

hmm..
tapi..
kadang-kadang ada juga insan yang apabila telah berada di puncak kegemilangannya kembali telah lupa kesusahan yang menimpa diri mereka dahulu..
adakalanya..
apabila kita da berjaya..kita lupa untuk merenung kembali setiap kesusahan yang kita lalui dalam perjalanan 

'SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA'

itu yang kita sering dengar tapi kita sering lupa apabila kita dalam kesusahan dan pada masa itu kita selalu menyalahkan takdir dan yang lebih teruk kita selalu menyalahkan Allah mengapa kita mendapat nasib sebegini..
ingat!!!
seseorang itu tidak akan mendapat kebahagiaan pada ketika ini jika dia tidak mengalami kesusahan  atau ujian yang menimpa dirinya dahulu...

'TIADA YANG PERCUMA DALAM KEHIDUPAN INI'

dan...

'SETIAP KEJAYAAN YANG KITA PEROLEHI PASTI AKAN DIDAHULUKAN DENGAN BAYARAN YANG TINGGI SESUAI DENGAN KEJAYAAN TERSEBUT'


kadangkala perkara ini da jadi macam salah satu bentuk perniagaan pula..
jika seseorang itu hendak berjaya dalam peperiksaan....maka dia perlu membeli kejayaan dalam peperiksaan tersebut dengan usaha dia melalui membaca buku or berlatih sebagai bayarannya
jika orang itu hendak menjadi kaya..maka dia kena beli kekayaan itu dengan bekerja keras sebagai bayaran nya

hmm..
korang renung-renungkanlah..

'ALLAH HENDAK MEMBERIKAN REZEKI  DAN NIKMAT KEBAHAGIAAN KEPADA PARA HAMBA-NYA  DENGAN PELBAGAI CARA'

kadangkala cara tersebut sehingga tidak terfikir langsung dalam akal fikiran manusia..
jika hari ini dia menjalani kehidupan sebagai PENGEMIS..
siapa sangka...
pada hari esok dia akan menjadi seorang JUTAWAN...

 jika pada hari ini seseorang itu DICERCA dan DIHINA..
siapa sangka..
pada hari esok dia akan menjadi seseorang yang DIHORMATI dan DISEGANI dalam kalangan masyarakat


oleh itu..
apabila kita telah memperolehi kebahagian dan kesenangan..
maka janganlah kita sombong dan bongkak serta lupa kepada Allah..
kerana...

'ALLAH KALAU HENDAK TARIK BALIK NIKMAT-NYA ITU SEKELIP MATA JE'

hmm..
ok r sampai sini sahajalah coretan aku pada kali ini..


sesungguhnya yag baik itu datang daripada ALLAH..
manakala yang buruk itu datang dari kekurangan diri ini sebagai hamba-NYA..
yang baik kita jadikan tauladan serta amalan..
yang buruk itu kita jadikan sebagai sempadan...
semoga berjumpa lagi dan selamat beramal
~~~~~wasalam~~~~~
(^_^)V 



selalulah berdoa dan bermohon kepada Allah agar kita sentiasa berada dalam keredhaan-NYA serta sentiasa  dilimpahkan rezeki dari-NYA..




jadikan al-Quran dan assunah sebagai panduan hidup kita



jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...