Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Wednesday, November 2, 2011

Kegelapan Hari Ini Tidak Bermakna Tiada Kecerahan Pada Hari Esok

Assalamualaikum to all readers...

Bagi setiap individu ada hari yang gembira dan ada juga hari yang sedih...
dan dalam masa yang sama ada juga insan yang mempunyai masa silam yang boleh kita katakan tidak bernasib baik atau malang atau apa-apa istilah yang korang semua hendak gunakan.,.
dan aku percaya bahawa hampir setiap orang akan mengalami perkara ini..
kita sering kali mendengar statement ni..

'KEHIDUPAN INI IBARAT RODA..ADA KETIKA  BERADA DI ATAS ,ADA WAKTU BERADA DI BAWAH'

hmm...yup..
aq pun memang setuju jugak dengan statement ni..
  kita hendaklah selalu beringat bahawa tidak selama-lamanya kita akan berada di puncak kejayaan dan kegemilangan kita kerana akan ada satu masa nanti kita akan berada dibawah..
x kisahlah jika kita ada dibawah tu disebabkan  orang mengkhianati kita atau pun disebabkan kesilapan kita sendiri...
hal ini kerana untuk mengajar manusia sifat merendah diri dan juga menjauhkan sifat riak,takbur dan ujub.
selain itu jugak tanDa bahawa Allah masih sayangkan kita dan tidak melupakan kita..
Dia mengingati kita dengan memberikan kita pelbagai ujian sesuai dengan tahap kemampuan manusia tu sendiri..

'SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK AKAN MENIMPAKAN SESUATU UJIAN MELEBIHI KEMAMPUAN PARA HAMBA-NYA'

hmm..
tapi..
kadang-kadang ada juga insan yang apabila telah berada di puncak kegemilangannya kembali telah lupa kesusahan yang menimpa diri mereka dahulu..
adakalanya..
apabila kita da berjaya..kita lupa untuk merenung kembali setiap kesusahan yang kita lalui dalam perjalanan 

'SETIAP YANG BERLAKU ADA HIKMAHNYA'

itu yang kita sering dengar tapi kita sering lupa apabila kita dalam kesusahan dan pada masa itu kita selalu menyalahkan takdir dan yang lebih teruk kita selalu menyalahkan Allah mengapa kita mendapat nasib sebegini..
ingat!!!
seseorang itu tidak akan mendapat kebahagiaan pada ketika ini jika dia tidak mengalami kesusahan  atau ujian yang menimpa dirinya dahulu...

'TIADA YANG PERCUMA DALAM KEHIDUPAN INI'

dan...

'SETIAP KEJAYAAN YANG KITA PEROLEHI PASTI AKAN DIDAHULUKAN DENGAN BAYARAN YANG TINGGI SESUAI DENGAN KEJAYAAN TERSEBUT'


kadangkala perkara ini da jadi macam salah satu bentuk perniagaan pula..
jika seseorang itu hendak berjaya dalam peperiksaan....maka dia perlu membeli kejayaan dalam peperiksaan tersebut dengan usaha dia melalui membaca buku or berlatih sebagai bayarannya
jika orang itu hendak menjadi kaya..maka dia kena beli kekayaan itu dengan bekerja keras sebagai bayaran nya

hmm..
korang renung-renungkanlah..

'ALLAH HENDAK MEMBERIKAN REZEKI  DAN NIKMAT KEBAHAGIAAN KEPADA PARA HAMBA-NYA  DENGAN PELBAGAI CARA'

kadangkala cara tersebut sehingga tidak terfikir langsung dalam akal fikiran manusia..
jika hari ini dia menjalani kehidupan sebagai PENGEMIS..
siapa sangka...
pada hari esok dia akan menjadi seorang JUTAWAN...

 jika pada hari ini seseorang itu DICERCA dan DIHINA..
siapa sangka..
pada hari esok dia akan menjadi seseorang yang DIHORMATI dan DISEGANI dalam kalangan masyarakat


oleh itu..
apabila kita telah memperolehi kebahagian dan kesenangan..
maka janganlah kita sombong dan bongkak serta lupa kepada Allah..
kerana...

'ALLAH KALAU HENDAK TARIK BALIK NIKMAT-NYA ITU SEKELIP MATA JE'

hmm..
ok r sampai sini sahajalah coretan aku pada kali ini..


sesungguhnya yag baik itu datang daripada ALLAH..
manakala yang buruk itu datang dari kekurangan diri ini sebagai hamba-NYA..
yang baik kita jadikan tauladan serta amalan..
yang buruk itu kita jadikan sebagai sempadan...
semoga berjumpa lagi dan selamat beramal
~~~~~wasalam~~~~~
(^_^)V 



selalulah berdoa dan bermohon kepada Allah agar kita sentiasa berada dalam keredhaan-NYA serta sentiasa  dilimpahkan rezeki dari-NYA..




jadikan al-Quran dan assunah sebagai panduan hidup kita



1 comment:

jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...