Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Saturday, January 4, 2014

Renungan>>> pakaian zaman moden = pakaian zaman purba ???

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”





Alhamdulillah..
 dengan izinNya saya diberi peluang untuk terus membuat perkongsian dalam blog ini dan ini adalah entry yang pertama untuk tahun ini...
Wanita itu diibaratkan  sebagai salah satu perhiasan dunia dan sebaik-baik atau seindah-indah hiasan adalah wanita solehah.Jikalau kita lihat pada zaman jahiliah , mereka diperlakukan  dengan sewenang-wenangnya sehingga hak mereka dinafikan dalam  hak harta pusaka malah ada juga turut dibunuh kerana beranggapan mereka dilahirkan  akan membawa sial dalam keluarga.. namun setelah kedatangan islam, Allah mengangkat darjat wanita ke satu tahap sehingga mereka wajib ditaati iaitu ketaatan seorang anak kepada ibunya. Allah menjaga mereka dari pandangan yang berniat jahat dan nafsu dengan menyuruh wanita menutup aurat mereka dengan sempurna.

Jika dilihat pada zaman dahulu aurat mereka tidak dijaga malah mereka hanya turut berperanan sebagai wanita simpanan atau dalam kata kasarnya sebagai pelacur sehingga tidak diberikan peluang untuk menuntut ilmu kerana masyarakat mengangap mereka tidak layak namun setelah islam datang mereka diberi peluang untuk menuntut ilmu sehingga mereka dilayan seperti puteri raja kerana hanya segelintir orang sahaja yang boleh melihat mahupun menyentuh aurat mereka. sesungguhya kedatangan islam telah berjaya mengangkat martabat  wanita ke satu tahap yang terbaik .

Namun pada masa kini , setelah zaman semakin maju dari segi peradaban kemajuannya, wanita seolah-olah  telah kembali seperti zaman jahiliah   di mana aurat mereka tidak dijaga  dan lebih memalukan mereka menggelar ini adalah apa yang dituntut oleh kemodenan sekarang. Kemodenan apakah ini apabila taraf mereka dijatuhkan sehingga aurat mereka menjadi tontonan umum dan boleh juga dikatakan sebagai untuk dijadikan sebagai alat pemuas hawa nafsu oleh lelaki. Islam tidak menghalang umatnya untuk kelihatan cantik namun apakah gunanya jika kelihatan cantik  sehingga maruah digadaikan??cantikkanlah diri kamu berlandaskan syariat islam kerana ia mencerminkan bagaiamana akal kamu berfikir dengan sebaik-baiknya

mereka beranggapan  lelaki pada zaman sekarang tertarik kepada wanita yang seksi  . ya, mungkin ada benarnya tapi mereka terlupa bahawa lelaki itu tertarik untuk mendampingi sahaja tapi tidak  tertarik untuk memiliki mereka. percayalah seburuk-buruk lelaki mereka sekalipun, mereka tetap  akan ingin memiliki seorang wanita yang menjaga maruah dan auratnya dan juga hatinya( budi pekerti) . Hal ini boleh diibaratkan seperti nasib dua biji gula-gula di atas lantai yang mana satunya masih sempurna dibalut dengan pembalut manakala yang satu laginya tidak langsung dibalut dengan pembalut atau dengan kata lainnya terdedah dengan habuk , debu dan juga kotoran. jika diberi pilihan, yang mana akan  kamu pilih?? yang dilindungi dengan pembalutnya ataupun yang dah terdedah dengan kotoran? sudah pastinya yang dibalutkan?? sebab fitrah manusia akan pilih yang bersih dan juga suci....
tidak dinamakan kemajuan  jika manusia masih lagi berpakaian seperti manusia zaman purba... tidak dinamakan kemajuan jika maruah manusia seperti maruah manusia zaman jahiliah,mudah dilihat dan disentuh auratnya.

dalam masa kini, sesetengah  manusia beranggapan wanita yang menutup aurat seperti manusia yang ketinggalan zaman dan tidak bertaraf seperti  taraf antarabangsa, sehingga apabila untuk membuka peluang pekerjaan syaratnya mestila tidak memakai tudung. anggapan seperti ini tidak wajar melekat di dalam akal yang bijak yang dikurniakan oleh Allah. Adakah mereka tidak sedar bahawa kebanyakan wanita yang berjaya adalah mereka yang menutup aurat mereka dan  kesempurnaan mereka menjaga aurat mereka tidak menghalang mereka untuk mengecap kejayaan di dunia malah mereka dihormati di mata manusia sekeliling   malah di luar negara, mereka yang menjaga auratnya tidak mendapat sebarang masalah untuk meneruskan kehidupan mereka tidak seperti yang berlaku di negara ini.. .

renung-renungkanlah kembali pada zaman awal manusia memakai pakaian seperti bertelanjang namun setelah zaman semakin maju dan manusia semakin bijak berfikir mereka mula mencipta pakaian yang sempurna dan boleh menutup aurat mereka, oleh itu sedarlah bahawa hijab yang anda pakai pada ketika ini adalah kemuncak kepada kemajuan pemikiran yang dicapai oleh  manusia dan ia bukanlah satu kemunduran.
jika anda mengangkat orang-orang yang mendedah aurat mereka ataupun dalam kata lainnya berpakaian tetapi bertelanjang sebagai simbol kemodenan ataupun kemajuan sesungguhnya anda silap kerana itu adalah simbol kepada kemunduran manusia....

jika dikatakan hati anda masih lagi belum menerima hidayah atau belum sampai seru lagi.. maaf anda sebenarnya berbohong pada diri anda kerana hidayah dan seru telah lama disampaikan kepada umat manusia cuma diri anda sendiri yang menolak hidayah dan seruan yang telah disampaikan kepada anda...

saya tidak mengatakan orang yang menjaga auratnya itulah orang yang terbaik akhlaknya sebab hati masing-masing kita tidak dapat jangka. namun mereka telah berjaya menyelamatkan diri mereka daripada pandangan jahat lelaki dan semestinya dari azab Allah. jika anda berbangga anda membuka aurat ada dan beranggap ianya adalah tuntutan kemodenan, maaf anda silap kerana anda sebenarnya telah membuatkan diri anda kembali seperti peradaban manusia zaman purba.. jika anda mengatakan anda selesa membuka aurat kerana pasangan anda sukakannya maaf anda silap, kerana anda sebenarnya telah meletakkan diri anda sebagai alat pencuci mata pasangan anda sahaja, jika jadi begitu dalam perhubungan anda..sila #mohon clash  kepada pasangan anda itu. Pasangan yang baik mereka sentiasa mahukan yang terbaik pada pilihan hatinya antaranya dihormati oleh orang lain....

renug-renungkanlah firman Allah ini



“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An Nur:31)


sampai di sini sahajalah entry pada kali ini semoga diizinkan untuk menulis pada masa akan datang.
Yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu datang dari kelemahan diri ini sebagai hambaNya yang alpa.
Yang baik kita jadikan tauladan manakala yang buruk itu dijadikan sebagai sempadan.









jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...