Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Friday, December 31, 2010

catatan memori budak sultan muhammad part 3(the last chapter)

Alhamdulillah...ni adalah the last chapter yang aku akan kongsikan sepanjang aku study d sekolah menengah...
hmmmm......
masa aku da lepas exam pmr..pihak kaunseling school aku pun buat program untuk mengisi masa lapang
budak2 pmr...diorang pelan macam-macam program dan pertandingan..hmm..
salah satu pertandingan yang memang menarik perhatian aku adalah pertandingan reka cipta tapi satu aje yang aku memang x suka ialah pertandingan ni mesti dilakukan dengn kerjasama kumpulan dan pada masa yang sama...aku ni memang x beberapa gemarkan aktiviti yang memerlukan kerjasama kumpulan sebab aq rasa 'tersisih'
ha3...
hmm...
pada tahun tersebut tema rekacipta ialah kenderaan air so,group aku pun create la 'motor bot'
ha3..
tapi akhirnya aku menang..alhamdulillah..
apabila aku sambung balik masa aku study kat sana di tingkatan empat,aku akhirnya ambik aliran sains tapi sains kelas kedua la...sebab tu la kelas aku dipanggil tingkatan 4 sains 2...hmm..
pada tahun tu ramai member2 aku yang pindah ke skul lain,sedih tu memangla sedih tapi apa boleh buat...diorang pun ada cita2 diorang sendiri....
aku pun ada dengar budak2 yang pindah tu smue da berjaya..
ada jadi president school a.k.a. ketua umum,ada jadi wakil sekolah dn macam2 lagilah...
hmm...kadang-kadang aku ada jugak terfikir member2 aku yang pindah keluar daripada sekolah diorang ibarat macam menjadi rama2 yang baru keluar dari kepompongnye..
hahahahaha...
korang fikirla sendiri sama ada perumpamaan tu sesuai ke tidak..
lagi satu perangai member3 classmate aku ni suka wat perkara yang mmg wat org angin kalau kena ke atas batang hidung sendiri..
diorang ni suka sangat buat aktiviti me'lauk'kan pelajar...
hahahaha..
bagi aku dengan classsmate2 aku yg lain memang la syok kalau tengok orang lain kena tapi kalau kena kat diri sendiri..
korang fikirlah sendiri...
tapi tu la aku rasa yang merapatkan hubungan silaturrahim dlam kelas kita orang...he3...
pada tahun tu aku rasa tahun yang paling baik la buat aku sebab aku dapat pengang jawatan yang boleh tahan la dalam aktiviti kokurikulum kecuali bahagian sukan dan permainan..
kat sekolah aku masuk kelab catur.. hmm..aku masuk kelab tu xde stu pun pencapaian yang aku dapat dalam kelab tu..tu lah yang buat aku bosan tu..
hmmm...pada tahun tu jugak aku dapat g camping sebanyak dua kali...
he3..
kira aku dapat juga akhirnya merasai pengalaman tidur dalam hutan..bila pergi camping,banyak memberi aku banyuak pangalaman untuk aku berdikari..
kat sana aku dapat memasak sendiri dan aku juga dapat mencuba aktiviti 'flying fox'.
hmm...
sekarang ni aku kat dalam tingkatn 5..
dan tahun ni juga aku akan menempuh peperiksaan dan alhamdulillah aku pun baru habis peperiksaan SPM...hmm...
susah juga aku nk jawab exam tu..hmm..tapi bil akui analisis balikkan percubaan spm dengan 'real ; spm..
aku rasa real punye lagi senang daripada percubaan..
hmm..
pada tahun ni juga aku di'graduasi'kan dalam majlis graduasi..hmm..
best jugak bila aku dpat pakai baju macam orang ambik ijazah ..
ambil pun sijila kat depan orang ramai macam orang kat universiti tu ambik konvokesyen..hmm..
program ni pun kira sebagai satu program tradisi sekolah untuk budak2 tingkatan lima
dan pencapaian nsijil untuk program tu pun berdasarkan kepada result percubaan spm..
kalau ok result memang bangga tapi kalu result k o hmmm...sendiri fikirlah..
sekarang ni aku dah pun habis exam SPM dan aku pulak dapat surat kena pergi plkn...
hmm...
bagi aku nk pergi pun ada , tak nak pergi pun ada...
aku nak pergi sebab nanti aku dapat pengalaman pegang senjata m16 kat sana,dapat kawan baru,pengalaman baru dan sebagainya....
aku tak nak pergi sebab aku plan macam nak kerja lepas spm...
dapat masyuk poket aku hahahaha....
hmm....
sampai sini ajelah aku dapat coretkan sikit pasal kehidupan aku kat sekolah menengah berasrama...
nanti aku balik plkn nnt aku akan tuliskan sepanjang pengalaman aku kat sana
segala yang baik daripada allah segala yang buruk daripada diri aku yang lemah ,yang tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan sebagai seorang hamba allah yang bernama manusia...
selamat menyambut tahun baru masihi 2011(^_^)V








Friday, December 24, 2010

Catatan memori budak sultan muhammad Part 2

Alhamdullilah...akhirnye aku diberi kesempatan untuk menyambung kembali kisah aku di sekolah ....
pada waktu aku form 2...
hmm..
tiada perkara yang menarik yg berlaku dalam hidup aku....
tapi ada satu peristiwa aku tak dapat aku lupekan...hmmmm....
tapi aku rasa tkyah la aku ceritakan kt sini kerana aku rasa hal ini tak sesuai untuk ditulis disini..
pada waktu aku tingkatan tiga..........
fuh... kira tahun peperangan aku yang pertama sepanjang aku menuntut di sekolah menengah kerana tahun tersebut aku terpaksa menempuh ujian yang kedua terpenting selepas UPSR iaitu ujian PMR(Penilaian Menengah Rendah)....
pada tahun tu jugak aku telah bergaduh dengan seorang member ni...
tapi x yah la aku nak ulas tentang hal itu...
kerana segala hal yg da berlaku tu biarlah terkubur aje...
hmm..
sebut pasal ni...
aku pernah dengar satu cerita dua orang pemuda yang bersahabat baik iaitu Ali dan Abu...
dua orang pemuda ni telah mengembara bersama-sama untuk mencari pengalaman..
pada satu hari ketika mereka melalui kawasan di tepi pantai..
Abu telah membuatkan kawan dia,Ali berasa marah... lalu Ali talah memarahi Abu ..
sebelum meneruskan perjalanan...Abu telah mengambil sebatang kayu lalu menulis pada pasir di tepi pantai itu

"pada hari ini ,sahabat baik aku telah memarahi aku"

melihat pada keaadaan itu,Ali pun merasa pelik lalu menanyakan tentang perkara tersebut pada Abu..Walau bagaimanapun...Abu hanya tersenyum dan diam..
Abu pun mengajak Ali meneruskan pengembaraan mereka...pada satu ketika,ketika mereka melalui di satu kawasan hutan,Abu telah pun dipatuk ular tedung...
Ali dgn serta merta terus membunuh ular tersebut lalu berusaha menyelamatkan Abu dengan menyedut keluar bisa racun ular tersebut,dan terus mengeluarkan ubat yang telah disediakan oleh datuk Ali yang merupakan seorang doktor di kampung mereka...
memandangkan Abu telah tercedera dan tidak dapat meneruskan perjalanan... Ali pun bercadang untuk bermalam di dalam hutan tersebut dan meneruskan perjalanan mereka dalam satu atau dua hari lagi sehingga keadaan Abu beransur pulih............
setelah keaadaan Abu telah beransur pulih,mereka berdua pun meneruskan pergembaraan mereka tetapi...
sebelum meneruskan perjalanan mereka..
Abu telah mengambil pisau yang ada dalam beg dia lalu mengukir pada batu besar yang ada berdekatan dengan tempat mereka berehat

"Pada minggu ini ,sahabat baik aku telah berkorban dengan menyelamatkan aku dari maut bisa ular tedung dan merawat aku sehingga sembuh"

Sekali lagi Ali berasa hairan dengan tindakan Abu itu lalu terus bertanyakan kepada Abu mengapa apabila dia memarahi Abu,Abu menulis di Atas pasir dan mengapa apabila dia berbuat baik pada Abu mengukir di atas batu .Abu menjelaskan mengenai tindakan pertama dia menulis perbuatan negatif Ali di atas pasir supaya perkataan di atas pasir tersebut tidak akan kekal dan akan hilang di tiup dek angin dan hilang disapu ombak kerana perkra yang tidak baik dan negatif ni biarlah hilang seperti ayat di atas pasir itu hilang kerana perkara yang negatif ni boleh melahirkn perasaan dendam,marah,dan sebagainya dan sebaiknya biarlah kita tidak mengingatinya dalam kehidupan kita.manakala sebab dia mengukir kebaikan Ali di atas batu supaya tidak hilang dan akan teguh serta kekal di atas batu tersebut kerana kebaikan seseorang itu hendaklah kita ingati sampai bila-bila dan tidak akan kita lupakan sehigga akhir hayat seseorang itu...
Setelah mendengar penjelasan Abu ,Ali berasa terharu dan kagum dengan kebijaksanaan Abu lalu mereka berdua pun meneruskan pengembaraan mereka dan sejak hari itu mereka menjadi sahabat baik yang sangat akrab yang bantu membantu antara stu sama lain apabila salah seorang daripada mereka ditimpa masalah...

Itu sahaja cerita yang aku dengar...
mungkin aku ada tokok tambah sedikit di dalam cerita aku itu tapi yang penting...
mesej yang aku nak sampaikan tu dapat aku sampaikan...
hmm....
berbalik pada cerita masa aku di tingkatan tiga.. budak2 pada waktu memang stuggle
giler belajar untuk PMR...
tapi time tu budak2 ni ada satu habits iaitu suka kumpul lirik lagu.maca2 lagu diorang ni kumpul..
ha3...
aku rasa diorang ni nk mereleasekan tension kot..
sampai aku2 sekali terikut...
ha3...
yang tak bleh aku lupakan sampai aku punye buku yang ada lirik lagu pun cikgu boleh rampas dan kerana hal itu aku bertengkar dengan member aku...
hmm..
tapi akhirnya kita orang berjaya mendapat keputusan yang memuaskan ..aku pula akhirnya mendapat 6A 2B 1C..cikgu aku pun tak sangka aku boleh dapat keputusan macam tu..
walaupun aku tak mendapat straight A's...tapi aku bersyukur apa yang ada
kata orang nk menyesal pun tidak ada gunanya lagi sebab perkara tersebut telah pun berlaku.perkara tersebut kita jadikan persediaan dan sebagai batu lonjakan semangat untuk perkara yang akan kita lalui pada masa hadapan
hmm....
aku rasa aku terpaksa berhanti sampai sini dulu...
insyallah...kalau ada masa terluang nanti aku akan sambung lagi cerita aku ni..
Yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada diri aku yang khilaf ni...















Tuesday, December 21, 2010

catatan memori budak sultan muhammad

Akhirnya..
aku telah pun abis menamatkan alam persekolahanku yang telah aku lalui selama lima tahun.....banyak pengalaman pahit bagaikan ubat dan manis bagaikan madu lebah yang terpahat dalam kotak memori aku ni...
first time aku menjejakkan kaki ke sekolah menengah aku tu...
memang blur giler...
sebab aku x biasa dengan suasana dekat situ...pelajar2 yang ada kat situ kebanyakannya memang aku x kenal..
bapa aku selalu menghantar aku pergi sekolah awal untuk minggu pertama sebab aku tidak dapat tawaran untuk menjadi pelajar asrama...bapa aku kalau boleh sebelum pukul 6 pagi dia nak hantar aku..
ha3....
memang kelakarlah kalau pikir2 balik...
Tingkatan satu...
banyak la jgk kenangan yang aku hmm...
macam mana nk cakap ea...sebab time tu la paling banyak dugaan yang aku terpaksa lalui da la kena ejek...
kalau kena ejek biasa2 kira ok la lagi..
tapi ni satu form ejek aku...da la budak form 2 yang ejek..tapi apa la aku nk takutkan..aku pun lawan la balik dengan memaki balik diorang...
ha3...apa la aku nak takutkan..sebab aku cuma nak menegakkan keadilan ke atas diriku...time tu kalau aku ada kuasa macam watak sasuke dalam cerita naruto tu...
aku rasa nk aje wat teknik bebola api kat diorang biar hangus terbakar...ha3..
tapi tu semua da berlalu...ye la... budak form 1 la katakan senang aje budak senior ni nk mengusik...tapikan...
bila aku pikir2 balik...diorang ni cuma nakal aje... macam budak2 form aku akal masing2 memang gigal...ha3..termasuk aku...tapi aku rasa ni memang di kira sebagai lumrah la kot bagi budak2 asrama..
tiap2 sorang mesti ada aje gelaran yang diorang ni nk bagi kt budak2 lain..
tapi nanti mungkin ada hikmah nye
nnt bila seseorang tu da lama da meninggalkan sekolah...
masing2 da buat hal2 sendiri..mesti perkara2 macam ni la yang akan menjadi kenangan nanti..........
hmm....
sambung balik mengenai perkara tu...
akhirnya masalah tersebut dapat diselesaikan dengan baik dgn kerjasama semua pihak..
dan aku pun da macam lali da dgn gelaran tu....
ha3....
moral off the story...
bab2 memberi gelaran yang buruk dan gelaran yang orang tidak suka adalah salah satu perkara yang zalim ke atas orang tersebut dan berdosa besar...oleh itu kita haruslah mengelakkan dari melakukan perkara tersebut...melainkan orang tersebut boleh menerimanya...kita juga haruslah mengamalkan sifat sabar dalam diri kita kerana sabar tu juga merupakan salah satu senjata dan perisai orang2 mukmin..
dengan bersabar...
seseorang itu dapat mengwal kemarahan diri..
marah itu adalah seperti bara api yang akan melahirkan dendam yang akhirnye akan memudharatkan diri sendiri dan diri orang di sekeliling kita.
tapi yang bagusnye mengenai sekolah aku ni...mesti ada program bemaaf-maafan.
bila time pekse aje...mesti ada program tu
yelah..
nk cari keberkatan la katakan...
diorang harap dgn minx maaf tuhan boleh mempermudahkan semasa menjawab pekse...
yang tu aku memang tak nafikan...bahawa apabila kita meminta maaf dengan seseorang yang kita da wat salah...kita harus meminta maaf dengan orang tersebut..
kerana jika kita buat salah dengan allah..
cuma allah aje yg boleh mengampunkan segala jenis dosa melainkan dosa syirik
aku pun memang sudah sedia maklum bahawa doa orang yang teraniaya ni memang antara jenis2 doa2 yang mustajab dan aku pun memang tak menafikan bahawa bila seseorang yng teraniaya tu marah..
dia akan memaki,mengharapkan kebinasaan ke atas orang2 yang menzalimi diri dia....
kadang2 Allah akan terus memakbulkan doa orang tersebut... kadang2 Allah akan menangguhkan azab dan balasan kepada orang yang zalim...
kerana Allah ingin memberi kesempatan untuk seseorang itu untuk bertaubat..
sesungguhnya Allah maha pengampun dan maha penyayang serta maha penerima taubat hamba2nye...
program tu memang da menjadi amalan ke atas budak2 sekolah aku...
kira macam tradisi la katakan...
benda baik..memang harus dilaksanakan...

sekarang ni...
aku sudah pun habis skolah dan banyak lagi memori yang ingin aku catatkn untuk tatapan bersama..tapi buat masa ni.....ni aje yang mampu aku catatkan jika aku ada masa terluang lagi aku akan catatkan..
segala yang baik daripada Allah dan segala yang buruk daripada kekhilafan diriku ini...segala yang baik kita ambik jadikan sebagai panduan, tauladan dan pedoman hidup serta segala yang buruk kita ambik jadi benteng dan perisai dalam kehidupan kita agar dapat mencegah kita daripada perkara yang buruk
Assalamualaikum....(^_^)V





"Pelajar-pelajar tgh tgk apa tu..he3.."

Saturday, August 28, 2010

Baru-baru ni...aku ada mendengar tentang malaikat turun kat atas kaabah...
tu yang aku dengar dari member2 aku ar kan....lepas tu aku pun pergilah explore kt fb sbb member aku ckp diorang tgk video tu kat facebook...pada mulanya aku pun fikir mana boleh malaikat tu dilihat oleh manusia biasa yang mempunyai banyak kekhilafan dalam kehidupan di dunia ini tanpa izin Allah....
hmmm....
sedang aku explore ....aku pun ada terjumpa ada satu video yang menjelaskan mengenai fenomena itu yang mungkin akan menyesatkan umat islam pada hari ni....
alhamdulillah...
nasib baik ada seorang hamba allah yang ingin menyelamat akidah umat islam dari terus terpesong sekaligus merungkai video fenomena malaikat kat atas kaabah...
hmmm...
aku nak jelaskan pun susah cikit...
jadi korang tengok ajelah video tu

Sunday, July 11, 2010

Menikmati keesaan Allah

assalamualaikum......
berdasarkan video ini... kita dapat menikmati bertapa hebatnya ciptaan Allah dalam menciptakan alam ini....oleh itu...bersama-sama kita menghayati video ini...



Friday, April 30, 2010

Keistimewaan Orang Yang Menuntut Ilmu

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai."

Abu Umamah r.a



Huraian
Pengajaran hadith:
i) Usaha mengajar dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan membawa kebajikan kepada masyarakat adalah amat tinggi nilainya di sisi Islam.
ii) Bagi sesiapa yang melakukannya akan dilimpahkan rahmat oleh Allah S.W.T. Begitu juga dengan para malaikat dan sekalian makhluk di langit dan di bumi, semuanya berdoa untuknya agar Allah memberikan balasan yang sebaik-baiknya

.....................................................................................

Assalamualaikum,

menuntut ilmu adalah perkara yang wajib dilakukan oleh semua umat manusia bahkan ia juga merupakan satu fitrah kepada manusia itu sendiri untuk mencari ilmu yang dapat memberikan faedah kepada diri manusia itu sendiri dalam kehidupan seharian..bagi individu yang bergelar pelajar(orang yang menuntut ilmu),haruslah menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kejayaan di dunia dan keberkatan di akhirat.walaubagaimanapu,dalam proses kita hendak menuntut ilmu...kita haruslah menghormati orang lain sama ada guru,ibu bapa, dan orang sekeliling kita kerana apabila kita menghormati orang lain,secara tidak lansung kita tidak menyinggung perasaan orang lain dan dalam masa yang sama insyallah....kita akan selalu di doakan.
Selain itu...
apabila kita sudah mempunyai ilmu,kata hendaklah tidak mempunyai sifat-sifat sombong dan takbur apabila ada orang lain ingin menuntut ilmu dengan kita..kita hendaklah mengajarnya ilmu dengan hati yang terbuka dan hati yang ikhlas.. insyallah Allah akan memberkati orang-orang yang mengajarkan ilmu kepada orang lain...

akhirukalam....saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari guru kepada semua Guru-guru yang selalu mendidik anak-anak muridnya dengan penuh kesabaran untuk menjadikan anak-anak muridnya berjaya dalam menempuh kehidupan didunia.Semoga semoa guru diberkati oleh Allah di dunia dan di akhirat

.....................................................................................


Saturday, March 20, 2010

Wasiat NABI MUHAMMAD S.A.W. MESTI BACA!!!!!
ni adalah benar... sila baca sehingga habis... dan tlg sebarkan kepada seberapa byk org Islam yg boleh...
Assalamualaikum...... Warahmatullahi Wabarakatuh
ini adalah surat wasiat dari penjaga makam
Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad
Maeine (Saudi Arabia).
pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di
makam Rasulullah SAW.
selepas membaca lalu
hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi
didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada
hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal
dunia di zaman ini tiada seorang pun yang
matinya dalam keadaan beriman.
(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat
kebajikan.
Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu
menyedarkan kepada orang Islam ini supaya
membuat kebajikan, kerana hari
penghabisan(......Qiamat) akan tiba di mana
bintang akan terbit dari langit, sesudah itu
matahari akan turun di atas kepala.
PESANAN HAMBA INI
(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita
Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara
Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyangla......h
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila
berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu
bapa.
UNTUK MAKLUMAN
1.
seorang saudagar dari bombay telah
menerima surat ini dan beliau telah mencatak
sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada
orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah
dengan mendapat keuntungan yang besar
dalam perniagaannya.
2.
seorang hamba Allah telah menerima surat
ini tetapi tidak mengendahkannya...... dan
menganggap wasiat ini palsu, maka selang
beberapa hari kemudian anaknya meninggal
dunia.
3.
Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas
Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini
kemudian mengarahkan setiausahanya
mencetak sebanyak 20 salinan dan
menghantarnya kepada orang lain, maka
selang beberapa hari kemudian dia telah
mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di
malaysia timur.
4.
tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar
perak secara tidak langsung dipecat dari
jawatannya kerana apabila beliau menerima
wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan
untuk disebarkan kepada orang lain tetapi
beliau telah menyedari kesilapannya lalu
beliau mencetak semula wasiat ini dan
mengirimkannya kepada orang lain, beberapa
hari kemudian beliau telah dilantik menteri
Kabinet Perdana Menteri.
5.
Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat
wasiat ini dan tidak percaya akan
kebenarannya juga menganggap palsu lalu
membuangnya ke dalam tong sampah.
seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan
hukuman pancung sampai mati.
6.
di Terengganu, seorang pekerja bengkel
kenderaan telah menerima wasiat ini dari
pengirim yang tidak dikenali yang datangnya
dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20
salinan seperti yang dituntut.
Alhamdulillah dia
dianugerahkan oleh Allah seorang gadis
berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh
Islam.
baginya anugerah ini paling agung dan
tidak ada tandingannya.
7.
Di Terengganu juga, seorang hamba Allah
telah menerima surat ini dari orang yang tidak
dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya
dengan mengatakan ianya bohong belaka dan
sengaja mengada-adakan untuk menakutkan
orang yang membacanya.
Beberapa hari
kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil
dan penderitaanya amat menyedihkan.
setelah
tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital,
penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor.
Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan
mengedarkannya kepada orang lain.
Semingu
kemudian barulah beliau beransur sembuh
sehingga sekarang.
Banyak lagi contoh-contoh orang yang
menerima wasiat ini tetapi tidak
mempercayainya dan tidak mengedarkannya
atau menyampaikan kepada orang lain.
dimana
mereka mendapat malapetaka.
setelah
kejadian yang menggembirakan dan
menyakinkan ini anda jangan lupa
menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa
96 jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu
dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. INSYALLAH.
PERHATIAN
setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.
kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlah hamba mati dalam kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepada orang lain.
insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan berolah kebahagiaan dan ingatlah lakukan ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan
TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM.... SEBAR KAN 20 WASIAT NI KPD UMAT ISLAM.......
(WALLUHUALAM...)

Saturday, March 13, 2010

Mangkuk Cantik,Madu dan Sehelai Rambut

Pada suatu Hari,Rasullah s.a.w bertemu 4 orang sahabat baginda di rumah Saidina Ali.Beliau bersama isterinya menghidangkan rasullah dan para sahabat madu yang diletakkan di dalam mangkuk yang cantik dan ketika madu itu dihidangkan,sehelai rambut tersangkut di dalam mangkuk itu.Rasullah kemudian meminta kesemua sahabat untuk membuat satu perbandingan tarhadap ketiga-tiga benda tersebut.

Abu Bakar r.a berkata,"iman itu lebih baik dari mangkuk yang cantik,orang yang beriman lebih manis dari madu,dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut"

Umar berkata,"kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik,seorang raja itu lebih manis dari madu,dan memerintah dengan adil lebih itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Uthman r.a berkata,"ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik,orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu,dan beramal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Ali r.a berkata,"tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik,menjamu tamu itu lebih manis dari madu,dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut."

Fatimah r.a berkata,"Seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik,wanita yang berpurdah itu lebih manis dari madu,dan mendapatkan wanita yang tidak pernah dilihat orang kecuali mahramnya lebih susah dari meniti sehelai rambut"

Rasullah s.a.w bersabda,"seorang yang mendapat taufiq untuk untuk beramal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik,beramal dengan amal yang baik itu lebih manis dari madu,dan berbuat amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut "

Malaikat Jibril a.s berkata"menengakkan tiang-tiang agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik,menyerah diri,harta,dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu,dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut"

Insaflah wahai semua umat islam....
Syurga Allah itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik...
Nikmat syurga Allah itu lebih manis dari madu....
Dan....
Jalan ke syurga Allah itu adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut......

Saturday, March 6, 2010

Jasa Seorang Ibu.....


Bila seronok,aku cari…..pasanganku
Bila sedih aku cari…..mak
Bila berjaya aku cari……pasanganku
Bila gagal aku ceritakan pada…..mak
Bila bahagia aku peluk erat…..pasanganku
Bila berduka aku peluk erat………. emakku
Bila nak bercuti aku bawa……. Pasanganku
Bila sibuk aku hantar anak ke rumah …..mak
Bila sambut valentine aku bagi hadiah pada…pasanganku
Bila sambut hari ibu..aku Cuma dapat ucapkan”selamat hari ibu”
Selalu aku ….ingat pasanganku
Selalu …mak ingat kat aku
Bila-bila aku akan telefon pasanganku
Entah bila…aku nak telefon mak
Selalu aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila aku nak belikan hadiah untuk mak
RENUNGKAN:
“kalau kau sudah habis belajar dan bekarja…bolehkah kau kirimwang kat emak?mak bukan minta banyak….RM50 sebulan pun cukuplah”

Berderai air mata jika kita mendengarnya…..

Tapi kalau mak sudah tiada….
Makkkk….rindu mak….rindu sangat….

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya…
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya…
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya…
Berapa ramai yang sanggup …membersihkan najis ibunya..
Berapa ramai yang sangup ….membuangkan ulat dan membersihkan kudis ibunya…
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya…
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya…

Jika kamu sayangkan ibumu…FORWARD KANLAH EMAIL NI KEPADA SAHABAT-SAHABAT ANDA……

jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...