Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Sunday, September 16, 2012

>>>Jodoh...insyaallah akan hadir:)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”



Apabila berbicara mengenai soal jodoh,pasti setiap orang menginginkan seorang pasangan yang menepati ciri-ciri yang diidamkannya antaranya yang cantik, kaya, atau yang mempunyai akhlak yang baik.
Majoriti boleh dikatakan memang menginginkan jodoh yang terbaik dan amat-amat mustahil mereka inginkan jodoh yang berlawanan dengan kehendak diri mereka.
jodoh memang amat diakui ia telahpun ditetapkan oleh Allah terhadap setiap hambaNya namun  tidak bermakna jodoh itu tidak dicari...
namun tidak semestinya yang kita cari itu jodoh kita kerana adakalanya seseorang itu akan mendapat jodoh dengan seseorang yang langsung dia tidak sangka ataupun yang dia tidak pernah jumpa.
 Dalam hal ini Allah telahpun menunjukkan bukti kebijaksanaanNya  yang mana lebih baik dan sempurna dari perancangan manusia..
seseorang mukmin pasti akan percaya dan yakin bahawa jodohnya telahpun ditetapkan dan pasti akan hadir pada satu hari nanti untuk melengkapi hidupnya.. amal ibadatnya...
oleh itu ia tidak pernah risau jika ia tidak menjalinkan perhubungan couple dengan mana-mana individu yang akan jadi pasangannya.
kadang-kadang manusia  mencari jodohnya berdasarkan nafsu yang inginkan seseorang untuk membelai dan dibelai... tidak kurang juga yang inginkan seseorang yang kelihatan cantik atau tanpan untuk berada disampingnya.. tapi bagi seorang yang bertakwa dan beriman pasti menginginkan seseorang yang cukup sempurna agamanya.. dan cukuplah sempurna kecantikan yang dimiliki oleh pasangannya itu pada pandangan matanya
walaubagaimanapun...
percayalah setiap orang telahpun ditetapkan jodohnya oleh Allah namun tidak dapat dijangkakan bagaimana jodoh itu hadir sama ada jodoh itu hadir apabila dicari atau hadir dengan sendiri tanpa diduga... 
oleh itu sebagai seseorang lelaki yang beriman dan beramal soleh  bolehlah cuba menyediakan diri dengan ilmu dunia dan akhirat agar ia boleh membimbing pasangannya menjadi yang terbaik untuk dirinya mahupun anak-anaknya 
bagi seorang gadis yang beriman dan beramal soleh pula bolehlah menyediakan diri dengan ilmu dunia dan akhirat agar boleh melengkapi pasangan yang bakal menjadi imam untuk diriNya..
insyaallah..jodoh yang baik pasti akan berkekalan sama ada di dunia mahupun di akhirat yakni di syurga kelak....

renung-renungkanlah hadis Rasulullah s.a.w
"dikahwini seseorang wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya,kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya,maka utamakanlah  yang beragama supaya beruntunglah pula hidup engkau"
(riwayat Bukhari dan Muslim)

Yang baik datang daripada Allah , 
yang buruk datang daripada diri ini yang serba kekurangan ini
yang baik jadikan tauladan 
yang buruk dijadikan sebagai sempadan..
semoga bertemu kembali...
insyaallah...











































Friday, September 14, 2012

>>>Pertemuan dan perpisahan ...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”



setiap manusia pasti akan mengalami sebuah 

pertemuan..

perkenalan...

perpisahan...


pertemuan pasti akan berlaku sama ada pertemuan di alam nyata ataupun pertemuan di alam maya dan pertemuan di alam maya tidak mustahil berlaku pada zaman yang canggih dengan kemajuan teknologi dan internet ini...
daripada pertemuan itu akan melahirkan sebuah perkenalan antara sesama manusia sama ada perkenalan sebagai 

musuh..

sahabat...

kekasih...


apabila perkenalan itu berlaku akan melahirkan perhubungan yang intim antara sesama manusia.. perhuungan yang rapat walaupun pada awal pertemuan itu tidak dimulai dengan sebuah perkara yang baik....
dan....
 tidak semestinya juga setiap pertemuan itu akan kekal kerana akan ada satu saat nanti akan berlakunya perpisahan dan perpisahan yang pasti antara sebuah perhubungan yang sejati ialah mati.. itu sahajalah yang akan memutuskan sebuah perhubungan antara manusia
namun tidak semestinya setiap perpisahan yang berlaku tidak akan digantikan dengan sebuah pertemuan dan pertemuan itu akan berlaku sama ada dengan individu yang sama ataupun dengan individu yang berbeza..
memang diakui kadang-kadang perpisahan itu merupakan suatu yang perit untuk dihadapi oleh seseorang lebih-lebih lagi jika ia membabitkan sebuah pertemuan yang amat berharga dalam kehidupan ini...
namun percayalah...setiap yang berlaku ada hikmahnya.. sebab kadang-kadang perpisahan yang berlaku itu adakalanya untuk mengajar manusia sebuah pengalaman..
iaitu...
menghargai setiap pertemuan yang berlaku
sebab salah satu kesilapan yang manusia sering lakukan adalah mereka akan mula menghargai setiap perkara yang mereka telah hilangkan dalam hidup mereka...
oleh itu..
sedikit pengajaran...hargailah setiap detik yg kita lalui dengan seseorang kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan... kerana mungkin pada masa akan datang kita akan kehilangannya dalam hidup... dan pada waktu itu belum tentu lagi kita akan memilikinya semula....

yang baik datang daripada Allah 
yang buruk datang daripada diri yang serba kekurangan ini...
yang baik dijadikan tauladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan...
 semoga bertemu kembali...
insyaallah






Tuesday, September 11, 2012

>>>Kehidupan ...sebuah ujian dariNya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Dalam hidup ini...setiap manusia memang tidak pernah terlepas daripada setiap ujian dari Allah... dan setiap manusia itu sendiri tidak akan menyangka bentuk-bentuk ujian yang akan diberikan olehNya.
kadang-kadang Allah  timpakan kepada manusia itu ujian dalam bentuk kekayaan, dalam bentuk kemiskinan..malah terdapat juga ujian yang Allah berikan kepada manusia dalam bentuk percintaan.
tapi sebagai hambaNya,ketahuilah bahawa Allah mempunyai banyak sebab untuk berikan ujian kepada kita antaranya sebagai kifarah terhadap dosa-dosa yang manusia itu lakukan dan yang paling utama ialah untuk menguji tahap keimanan hamba-hambaNya.
perkataan "manusia" itu berasal daripada perkataan  arab "نسى" iaitu lupa.Kebanyakan manusia sering melupakan nikmat yang Allah berikan kepadanya. Malah mereka menjadi sombong  setelah dikurniakan nikmat dariNya. Oleh itu, Allah berikan ujian itu  antaranya untuk mengingatkan manusia itu kembali kepadaNya kerana kalau kita sedar,fitrah manusia akan kembali mengingati Allah setelah ditimpakan dengan pelbagai kesusahan.
hanya hamba-hambaNya yang penyabar dan tabah sahaja yang akan dapat mengharungi ujian ini  .
kesilapan utama manusia yang sering dilakukan apabila diuji dengan kesusahan , mereka akan mempersoalkan takdir yang ditimpakan ke atas dirinya, dan perkara sebaliknya yang berlaku apabila manusia itu diuji dengan kesenangan, mereka akan menjadi lupa malah menjadi sombong dan takbur dengan nikmat yang diberikan ke atasnya.
Allah berikan  ujian dalam bentuk kesenangan untuk menguji  adakah hamba-hambaNya itu boleh mensyukuri nikmat yang dianugerahkan kepada dirinya,adakah mereka akan bersikap sombong dengan manusia-manusia lain yang tidak mendapat nikmat  tersebut...dan yang penting sekali adakah mereka akan menunjukkan sikap takbur terhadapNya yang telah memberikan nikmat tersebut?
sesungguhnya  bertuahlah bagi hamba-hambaNya yang bersyukur setelah diuji dengan nikmat kesenangan. dan amat bertuahlah bagi hamba-hambaNya yang mempunyai sikap sabar, tabah dan redha apabila diuji dengan kesusahan.
ingatlah... segala ujian yang diberikan ke atas kita semua yang utama adalah untuk menguji tahap keimanan kepadaNya agar untuk menyediakan kita semua menjadi hamba-hambaNya yang bertakwa,beriman dan beramal soleh..
 dan Dia akan sentiasa melimpahkan nikmat kesenangan kepada hamba-hambaNya yang berjaya mengharungi ujian itu ...terus merahmati dan meredhai kehidupan hamba-hambaNya itu  di dunia dan akhirat kelak....
semua yang berlaku telahpun ditetapkan oleh qada dan qadarNya dan Dia tidak akan mengubah kehidupan seseorang manusia itu melainkan manusia itu sendiri yang mahu mengubahNya...
akhir sekali..setiap yang berlaku  ke atas kehidupan ini adalah sebagai bukti kekuasaanNya dan KebijaksanaanNya

renung-renungkan firmanNya

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.
 [al-Ankabut: 2-3]

yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu datang daripada diri ini yang serba kekurangan .
yang baik jadikan sebagai tauladan..yang buruk kita jadikan sempadan dalam kehidupan ini..
semoga dapat bertemu lagi pada masa yang akan datang selagi diizinkanNya,,,




jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...