Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Tuesday, September 11, 2012

>>>Kehidupan ...sebuah ujian dariNya

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Dalam hidup ini...setiap manusia memang tidak pernah terlepas daripada setiap ujian dari Allah... dan setiap manusia itu sendiri tidak akan menyangka bentuk-bentuk ujian yang akan diberikan olehNya.
kadang-kadang Allah  timpakan kepada manusia itu ujian dalam bentuk kekayaan, dalam bentuk kemiskinan..malah terdapat juga ujian yang Allah berikan kepada manusia dalam bentuk percintaan.
tapi sebagai hambaNya,ketahuilah bahawa Allah mempunyai banyak sebab untuk berikan ujian kepada kita antaranya sebagai kifarah terhadap dosa-dosa yang manusia itu lakukan dan yang paling utama ialah untuk menguji tahap keimanan hamba-hambaNya.
perkataan "manusia" itu berasal daripada perkataan  arab "نسى" iaitu lupa.Kebanyakan manusia sering melupakan nikmat yang Allah berikan kepadanya. Malah mereka menjadi sombong  setelah dikurniakan nikmat dariNya. Oleh itu, Allah berikan ujian itu  antaranya untuk mengingatkan manusia itu kembali kepadaNya kerana kalau kita sedar,fitrah manusia akan kembali mengingati Allah setelah ditimpakan dengan pelbagai kesusahan.
hanya hamba-hambaNya yang penyabar dan tabah sahaja yang akan dapat mengharungi ujian ini  .
kesilapan utama manusia yang sering dilakukan apabila diuji dengan kesusahan , mereka akan mempersoalkan takdir yang ditimpakan ke atas dirinya, dan perkara sebaliknya yang berlaku apabila manusia itu diuji dengan kesenangan, mereka akan menjadi lupa malah menjadi sombong dan takbur dengan nikmat yang diberikan ke atasnya.
Allah berikan  ujian dalam bentuk kesenangan untuk menguji  adakah hamba-hambaNya itu boleh mensyukuri nikmat yang dianugerahkan kepada dirinya,adakah mereka akan bersikap sombong dengan manusia-manusia lain yang tidak mendapat nikmat  tersebut...dan yang penting sekali adakah mereka akan menunjukkan sikap takbur terhadapNya yang telah memberikan nikmat tersebut?
sesungguhnya  bertuahlah bagi hamba-hambaNya yang bersyukur setelah diuji dengan nikmat kesenangan. dan amat bertuahlah bagi hamba-hambaNya yang mempunyai sikap sabar, tabah dan redha apabila diuji dengan kesusahan.
ingatlah... segala ujian yang diberikan ke atas kita semua yang utama adalah untuk menguji tahap keimanan kepadaNya agar untuk menyediakan kita semua menjadi hamba-hambaNya yang bertakwa,beriman dan beramal soleh..
 dan Dia akan sentiasa melimpahkan nikmat kesenangan kepada hamba-hambaNya yang berjaya mengharungi ujian itu ...terus merahmati dan meredhai kehidupan hamba-hambaNya itu  di dunia dan akhirat kelak....
semua yang berlaku telahpun ditetapkan oleh qada dan qadarNya dan Dia tidak akan mengubah kehidupan seseorang manusia itu melainkan manusia itu sendiri yang mahu mengubahNya...
akhir sekali..setiap yang berlaku  ke atas kehidupan ini adalah sebagai bukti kekuasaanNya dan KebijaksanaanNya

renung-renungkan firmanNya

أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون. ولقد فتنا الذين من قبلهم فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.
 [al-Ankabut: 2-3]

yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu datang daripada diri ini yang serba kekurangan .
yang baik jadikan sebagai tauladan..yang buruk kita jadikan sempadan dalam kehidupan ini..
semoga dapat bertemu lagi pada masa yang akan datang selagi diizinkanNya,,,




No comments:

Post a Comment

jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...