Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Saturday, March 17, 2012

Rezeki???? Jangan Risau....Ia Ada Dimana-mana :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”



Assalamualaikum to all readers...
Alhamdulillah ...
subhanallah..
Allahuakbar..
syukur ke hadrat Ilahi kerana saya berkesempatan untuk membuat sedikit coretan pada hari ini..
coretan pada kali ini adalah mengenai rezeki...
yup..
rezeki merupakan antara topik yang ingin saya kupas pada kali ini..
rezeki itu adalah nikmat yang Allah berikan kepada tiap-tiap hambaNya di atas muka bumi ini..
setiap apa yang kita lakukan adalah rezeki...
setiap apa yang kita lihat adalah rezeki dan kekadang setiap apa yang kita ucapkan adalah rezeki...
senang kata setiap apa yang Allah berikan kepada kita ini adalah rezeki..
yup..
kita memang sedia maklum bahawa setiap apa yang Allah berikan adalah rezeki..
tetapi ia tidak bermakna yang rezeki itu akan datang kepada kita secara bergolek-golek...
ada sesetengah rezeki kita akan memperolehinya secara sengaja dan tidak disangka-sangka manakala ada sesetengah rezeki kita perlu mencarinya dengan cara yang tersendiri...
wahai readers sekalian...
kita hendaklah selalu mencari rezeki dalam kehidupan ini supaya kehidupan kita akan menjadi lebih bermakna dan sempurna
kita dalam usaha mencari rezeki boleh diperolehi melalui dua cara iaitu secara halal atau pun haram
dan setelah kita memperolehi rezeki tersebut pun ada dua cara untuk kita bermanfaatkannya iaitu kita gunakan pada jalan yang baik yakni yang berfaedah atau dituntut oleh syarak atau ke arah jalan yang memudaratkan atau ditegah oleh syarak
jika kita pilih cara yang betul , kehidupan kita akan diredhai oleh Allah manakala jika kita pilih cara yang salah... kemungkaran dan azab daripada Allah telah disediakan untuk kita
ingatlah wahai para pembaca sekalian...
rezeki yang halal akan menjamin kesudahan yang baik manakala rezeki yang haram akan menjamin kesudahan yang buruk..
walau sebaik mana pun niat kita untuk memperolehi rezeki tetapi jika cara yang dipilih adalah salah sama sekali...ia tetap menjadi haram...


"niat tidak menghalalkan cara"


oleh itu para pembaca sekalian... berusaha dengan cara yang halal dan diredhai Allah... janganlah kita mencari rezeki dengan berlandaskan nafsu semata-semata...
    janganlah kita menjadikan sesuatu yang kita kejar dalam hidup ini sebagai matlamat tapi jadikanlah ia sebagai alat untuk menyempurnakan kehidupan ini...
jika rezeki kita jadikan sebagai matlamat...
mungkin ia akan membinasakan kita...
kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa..
sebagaimana firman Allah..


"Dan barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Ia akan mengadakan baginya jalan keluar daripada  (dari kesulitan ) dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga."
(Surah at Talaq ayat 2-3)





akhir sekali...sama-samalah kita membaca hadis Rasulullah ini..


Tsauban r.a. meriwayatkan , Nabi saw bersabda , " tidak ada yang dapat menambah umur kecuali kebaktian (al-birr) dan tidak ada yang dapat menolak takdir (al-Qadr) kecuali doa. seseorang itu benar-benar terhalang daripada rezeki kerana dosa yang ia perbuat."
(Hadis riwayat Ibn Majah  dan al-Hakim , al-Hakim berkata :sanadnya sahih)




ingat mengenai sesuatu perkara ....
rahmat Allah...
tidak akan dapat dihitungkan sekalipun dipertaruhkan seluruh harta yang berada di dunia ini...
oleh itu...sentiasalah kita bersyukur  sekalipun rezeki yang kita dapat pada saat ini adalah sedikit...
wallahualam


 sampai di sini sahaja coretan pada kali ini..
Yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu datang daripada kekurangan diri ini
 yang baik kita jadikan pengajaran manakala yang buruk kita jadikan sebagai sempadan...
selamat beramal
(^_^)V









Monday, March 12, 2012

>>>>Dunia , Iblis , Wanita , manusia , dan Nafsu...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Assalamualaikum to all readers
alhamdulillah kerana saya diberi peluang sekali lagi untuk  membuat coretan di blog ini..
hmm..
coretan pada kali ini adalah mengenai penghalang kita untuk mengabdikan diri pada Yang Maha Esa..
coretan pada kali ini sebenarnya di ilhamkan daripada satu majalah islamik yang paling saya minati iaitu solusi.. he3 sempat pula promote he3..
k3..
terus pada topik pada kali ini..
penghalang  kita untuk mengabdikan diri pada Yang Maha Esa..
terdapat 5 perkara yang memainkan peranan sebagai penghalang dalam  objektif kita pada Allah..
Dunia , Iblis , manusia , wanita , Nafsu

pertama sekali.. 
Dunia
Dunia ni boleh sahaja jadi penghalang apabila manusia ni menjadikan dunia sebagai matlamat dalam kehidupannya
kadang-kadang manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan dunia...
sehingga sanggup mempertaruhkan kehidupan 
senang kata apabila dunia kita jadikan sebagai matlamat ..
sehingga menggabaikan segala perintah Allah seperti tidak menunaikan solat, tidak mengeluarkan zakat , dan sebagainya...
 inilah yang dinamakan cinta dunia
cinta untuk mengumpulkan segala kekayaan , dan meninggikan darjat dalam kalangan manusia di dunia
ingatlah wahai saudara mukminin dan saudari mukminat sekalian...
dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin tapi syurga buat orang kafir dan para pencintanya...
jadikanlah dunia ini sebagai jambatan ke akhirat dengan melakukan amal soleh  yakni membuat amar ma'ruf  dan nahi mungkar
insyaallah... kita akan sampai ke destinasi kita di akhirat kelak yakni syurga...

kedua...
Iblis
yup.... makhluk yang dihina dan dilaknat oleh Allah..
dan makhluk yang bercita-cita dan bersumpah untuk menyesatkan seramai mungkin anak adam (manusia ) untuk menjadi ahli neraka
mereka yang beriman dan yang diberi hidayah oleh Allah sahaja yang akan terselamat dari penghalang ini...

ketiga...
manusia
kadang-kadang manusia ini juga boleh menjadi penghalang terhadap manusia yang lain..
 seperti sahabat , keluarga , dan orang-orang yang kita sayang..
setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang itu pasti akan diperlekehkan...
yup... mungkin kita boleh mengangap ia sebagai gurauan..
tapi ia mungkin dapat menghalang niat seseorang itu untuk mengabdikan diri kepada Allah
kadang-kadang ada yang akan mengatakan

"ko solat tu komfem ke masuk syurga????"

 hahahha kadang-kadang memang lawak tapi apa kata kalau kita lak jawab sekurang-kurangnya kita tidak terang-terang menempah tiket ke neraka
;)
tapi kita kena ingat... tidak semuanye akan menjadi penghalang..tapi kadang-kadang keluarga , sahabat handai , dan orang yang kita sayang pun boleh menjadi pendekat diri kita kepada Allah..
bergantung pada siapa kita bergaul ...
 pergaulan dengan orang yang baik... selamat iman...
jika pergaulan dengan orang jahat..
sebaliknya yang akan berlaku..

keempat,
wanita,kenapa yup??
wanita mempunyai daya penarikan yang kuat terhadap seseorang insan yang bergelar lelaki..
tanpa wanita dalam hidup seseorang lelaki..
kehidupan lelaki tersebut akan menjadi sunyi..
senang kata ia merupakan peneman dan pelengkap terhadap lelaki dalam meniti kehidupan di dunia ini..
 terciptanya Hawa di syurga.. adalah sebagai peneman kepada Adam..
dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana...
Dia maha mengetahui tentang perasaan Adam di dalam syurga pada waktu itu..
apatah lagi kita sebagai hambaNya yang lemah ini... 
namun.. kerana Hawa juga Adam dikeluarkan daripada syurga.. 
akibat hasutan iblis terhadap Hawa agar mendekati pohon khuldi , Adam dikeluarkan daripada syurga..
wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok..
luruskanlah ia dengan keimanan dan kelembutan...bukan dengan pujian mahupun harta..kerana kelak ia binasa
wanita
merupakan  makhluk ciptaan Allah yang paling indah buat insan yang bernama lelaki..
wanita merupakan hiasan dunia dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..

kelima,
nafsu,
nafsu manusia merupakan penghalang yang terbesar dalam kehidupan seseorang itu untuk mengabdikan diri kepada Allah.
kenapa pula boleh terjadi begini????
kerana nafsu lah yang akan menyebabkan wujudnya penghalang-penghalang di atas kecuali iblis..
iblis meghasut manusia melalui nafsu manusia itu sendiri...
sekiranya kita gagal mengawal nafsu...
binasalah kita...
nafsu terbahagi kepada 3.. 
nafsu amarah  (nafsu yang mendorong kita membuat perkara yang jahat ) 
nafsu lawamah (nafsu yang membuatkan iman kita ni turun naik ,sekejap menjadi baik sekejap menjadi jahat )
 nafsu mutmainnah
(nafsu yang mendorong manusia ke arah perkara yang baik... )
tanya pada diri kita...
sekarang kita ni dalam mode nafsu apa????
nafsu amarah , ?? nafsu lawamah ?? atau nafsu mutmainnah??
 jadikanlah kita ni tuan kepada nafsu kita...jangan menjadikan nafsu itu tuan kepada kita
insyaallah...

 sampai di sini sahajalah coretan pada kali ini..
semoga kita dapat bertemu lagi pada entry akan datang...
insyaallah
sebelum saya mengakhiri entry pada kali ini marilah kita renug-renugkan firman Allah ini...


فَلاَتُعْجِبْكَأَمْوَالُهُمْوَلاَ أَوْلاَدُهُمْإِنَّمَايُرِيدُاللّهُ لِيُعَذِّبَهُمبِهَا فِيالْحَيَاةِالدُّنْيَاوَتَزْهَقَأَنفُسُهُمْوَهُمْ كَافِرُونَ
"Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. sesungguhnya Allah menghendaki dengan (memberi) harta benda dan anak-anak itu untuk menyiksa mereka dalam kehidupan dunia dan kelak akan melayang nyawa mereka sedang mereka dalam keadaan kafir
(Surah at Taubah ayat 55)"

FirmanNya lagi 
 "ketahuilah  bahawa sesungguhnya  kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan  bermengah-mengah di antara kamu serta berbangga-banggaan  tentang banyaknya harta dan anak seperti hujan yang tanaman-tanamanya mengangumkan para petani kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur dan di akhirat ( nanti) ada azab yang keras ( berat)  dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya .Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu"
(Surah al Hadid ayat 20)



yang baik itu datang daripada Allah...
manakala yang buruk itu datang daripada kekurangan dalam diri ini..
yang baik kita jadikan tauladan... manakala yang buruk kita jadikan ia sebagai sempadan dalam kehidupan ini...
selamat beramal
(^_^)V









Sunday, March 11, 2012

>>>>>Manusia = Haiwan ATAU Manusia ≠ Haiwan??????

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum to all readers..
alhamdulillah kerana saya diberi kesempatan  lagi untuk membuat sedikit coretan dalam blog ini..
coretan pada kali ini adalah mengenai Manusia dan Haiwan...
kalau hendak diikutkan memang ada sedikit perbezaan dan persamaan antara manusia dan haiwan..
tapi Allah S.W.T telah menciptakan manusia sebagai sebaik-baik kejadian dan sebagai khalifah di atas muka bumi ini... dan kurniaan Allah yang paling istimewa  kepada manusia adalah akal dan ia jugalah yang membezakan manusia daripada haiwan dan 
tanpa akal manusia seolah-olah lebih hina dan teruk daripada haiwan.
Kalau kita lihat dunia pada hari ini, manusia sudah banyak yang bersifat seperti haiwan malahan lebih teruk lagi..
sebagai contoh isu pembuangan bayi.bayi-bayi yang terhasil daripada hubungan luar nikah dibunuh , dibuang dengan tanpa belas kasihan dan tindakan tersebut menggambarkan seolah-olah mereka lebih hina dari binatang kerana binatang pun menyayangi anak-anaknya dengan penuh kasih sayang
kalau kita lihat  pada keadaan yang berlaku adalah disebabkan manusia sudah hilang sifat berperikemanusiaan dan hilang pengaruh akal dalam menundukkan nafsu dalam diri..
kadang-kadang manusia boleh menjadi semulia-mulia daripada malaikat dan kadang-kadang manusia boleh menjadi sehina-hina binatang..
Allah S.W.T  telah mencela hamba-hambaNya dalam kalangan manusia yang lalai    di dalam al-Quran   sebagai contoh dalam surah al A'raaf ayat 179  maksudnya:

"Dan sesungguhnya (Kami ) Allah akan isikan dalam neraka jahanam itu sebahagian daripada golongan jin dan manusia , mereka itu mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat Allah , Mereka mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat tanda-tanda kekuasaan Allah . Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar mendengar nasihat dan ayat-ayat Allah.Mereka tidak ubah seperti binatang ternakan .Bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lalai."

dalam komunikasi kita dengan orang disekeliling kita... kadang-kadang kita sering mengabaikan nada suara dalam percakapan kita....
dalam perkara ini... Allah s.w.t telah menegur perbuatan tersebut dalam surah Luqman ayat 19 maksudnya 

"Dan sederhana dalam kamu berjalan , dan rendahkanlah suara kamu . sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."

dan akhir sekali terhadap perbuatan manusia yang mendustakan ayat-ayat Allah (termasuk hukum-hukum   yang telah ditetapkannya di dalam al Quran ). Allah berfirman dalam surah al A'raaf  ayat 176

"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu
 Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing,  jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. "

berdasarkan sebahagian daripada ayat- ayat di atas...banyak sekali sebenarnya yang Allah tegur mengenai sikap perbuatan manusia  yang sering alpa terhadap tujuan mereka hidup di atas muka bumi ini...
ingatlah wahai saudara muslimin dan saudari muslimat sekalian...
tujuan manusia di atas muka bumi adalah untuk beribadat kepada Allah di samping sebagai khalifah dalam mentadbir bumi ini...

jika kita perhatikan juga dalam peribahasa peribahasa melayu .. 
begitu banyak sekali  orang-orang tua zaman dahulu mengkiaskan perbuatan manusia ni dengan binatang..
sebagai contoh..

 ibarat itik pulang petang...
seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung...
seperti kupu-kupu malam..
seperti haruan makan anak..
kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan...
dan sebagainya...

rasanya sampai di sini sahajalah coretan pada kali ini...
semoga entry pada kali ini dapat memberikan iktibar dalam kehidupan kita 
segala kekurangan dan kesilapan harap dimaafi...
yang baik itu datang daripada Allah 
 manakala yang buruk itu datang daripada diri ini yang serba kekurangan ini...
yang baik kita jadikan tauladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan...
selamat beramal
(^_^)V











sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah ...
kadang-kadang lebih mulia daripada malaikat dan kadang-kadang lebih hina daripada binatang....
subhanaallah...
alhamdulillah...
Allahuakbar...
semoga Allah selalu memelihara kehidupan kita ni daripada perbuatan yang menyebabkan kita menjadi hina seperti haiwan... 
insyallah...










jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...