Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Sunday, March 11, 2012

>>>>>Manusia = Haiwan ATAU Manusia ≠ Haiwan??????

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Assalamualaikum to all readers..
alhamdulillah kerana saya diberi kesempatan  lagi untuk membuat sedikit coretan dalam blog ini..
coretan pada kali ini adalah mengenai Manusia dan Haiwan...
kalau hendak diikutkan memang ada sedikit perbezaan dan persamaan antara manusia dan haiwan..
tapi Allah S.W.T telah menciptakan manusia sebagai sebaik-baik kejadian dan sebagai khalifah di atas muka bumi ini... dan kurniaan Allah yang paling istimewa  kepada manusia adalah akal dan ia jugalah yang membezakan manusia daripada haiwan dan 
tanpa akal manusia seolah-olah lebih hina dan teruk daripada haiwan.
Kalau kita lihat dunia pada hari ini, manusia sudah banyak yang bersifat seperti haiwan malahan lebih teruk lagi..
sebagai contoh isu pembuangan bayi.bayi-bayi yang terhasil daripada hubungan luar nikah dibunuh , dibuang dengan tanpa belas kasihan dan tindakan tersebut menggambarkan seolah-olah mereka lebih hina dari binatang kerana binatang pun menyayangi anak-anaknya dengan penuh kasih sayang
kalau kita lihat  pada keadaan yang berlaku adalah disebabkan manusia sudah hilang sifat berperikemanusiaan dan hilang pengaruh akal dalam menundukkan nafsu dalam diri..
kadang-kadang manusia boleh menjadi semulia-mulia daripada malaikat dan kadang-kadang manusia boleh menjadi sehina-hina binatang..
Allah S.W.T  telah mencela hamba-hambaNya dalam kalangan manusia yang lalai    di dalam al-Quran   sebagai contoh dalam surah al A'raaf ayat 179  maksudnya:

"Dan sesungguhnya (Kami ) Allah akan isikan dalam neraka jahanam itu sebahagian daripada golongan jin dan manusia , mereka itu mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat Allah , Mereka mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat tanda-tanda kekuasaan Allah . Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar mendengar nasihat dan ayat-ayat Allah.Mereka tidak ubah seperti binatang ternakan .Bahkan lebih sesat lagi.Mereka itulah orang-orang yang lalai."

dalam komunikasi kita dengan orang disekeliling kita... kadang-kadang kita sering mengabaikan nada suara dalam percakapan kita....
dalam perkara ini... Allah s.w.t telah menegur perbuatan tersebut dalam surah Luqman ayat 19 maksudnya 

"Dan sederhana dalam kamu berjalan , dan rendahkanlah suara kamu . sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai."

dan akhir sekali terhadap perbuatan manusia yang mendustakan ayat-ayat Allah (termasuk hukum-hukum   yang telah ditetapkannya di dalam al Quran ). Allah berfirman dalam surah al A'raaf  ayat 176

"Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu
 Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing,  jika engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. "

berdasarkan sebahagian daripada ayat- ayat di atas...banyak sekali sebenarnya yang Allah tegur mengenai sikap perbuatan manusia  yang sering alpa terhadap tujuan mereka hidup di atas muka bumi ini...
ingatlah wahai saudara muslimin dan saudari muslimat sekalian...
tujuan manusia di atas muka bumi adalah untuk beribadat kepada Allah di samping sebagai khalifah dalam mentadbir bumi ini...

jika kita perhatikan juga dalam peribahasa peribahasa melayu .. 
begitu banyak sekali  orang-orang tua zaman dahulu mengkiaskan perbuatan manusia ni dengan binatang..
sebagai contoh..

 ibarat itik pulang petang...
seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung...
seperti kupu-kupu malam..
seperti haruan makan anak..
kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan...
dan sebagainya...

rasanya sampai di sini sahajalah coretan pada kali ini...
semoga entry pada kali ini dapat memberikan iktibar dalam kehidupan kita 
segala kekurangan dan kesilapan harap dimaafi...
yang baik itu datang daripada Allah 
 manakala yang buruk itu datang daripada diri ini yang serba kekurangan ini...
yang baik kita jadikan tauladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan...
selamat beramal
(^_^)V











sesungguhnya manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah ...
kadang-kadang lebih mulia daripada malaikat dan kadang-kadang lebih hina daripada binatang....
subhanaallah...
alhamdulillah...
Allahuakbar...
semoga Allah selalu memelihara kehidupan kita ni daripada perbuatan yang menyebabkan kita menjadi hina seperti haiwan... 
insyallah...










No comments:

Post a Comment

jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...