Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Wednesday, August 31, 2011

Pendedahan Esklusif:Awas!!!!! Rokok...Senjata Yahudi Yang Paling Berjaya

Assalamualaikum to all readers..
pada kali ini aku nk share dgn korang mengenai satu perkara mengenai rokok...
iaitu sejarah nye.....
aku tw ramai antara korang yang telah pun terlibat dengan perkara ini...
so aku harap korang berhentilah..
aku harap korang membacanya yup..
selamat membaca...
(^_^)V


SEJARAH TERCIPTANYA ROKOK!!!
Rasulullah SAW pernah bersabda (maksudnya) : “Kelak... akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka”
Abu Hurairah R.A yang mendengar sabda tersebut... bertanya: “Bagaimana sejar
ah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?”
Sabda Rasulullah SAW : “ Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.”
Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji”

(Saya petik keseluruhan maksud hadis ini dari buku ‘HARAM MEROKOK’ oleh Adil Akhyar muka surat 12)


satu fakta lagi kalau korang hendak tahu...rokok ini merupakan salah satu senjata yahudi yang paling berjaya..
kerana...


Mana ada org hisap rokok bermula dgn BISMILLAH..
Mana ada slps abis merokok ucap ALHAMDULILLAH..


......- Menyalakan api adalah kesukaan syaitan.
-
Meletakkan jari di mulut adalah amalan Yahudi.
-
Mengepit 2 jari pd rokok adalah perlambangansa
lib.

lagi satu...duit yang kita beli rokok itu ibarat kita menyumbang pada ekonomi  orang yahudi 
dan dalam masa yang sama kita telah melemahkan kekuatan umat islam..
kerana...
rokok merupakan salah satu medium yang paling banyak menyumbang kepada penyakit berbahaya seperti:

-Pelbagai barah seperti paru-paru, rongga mulut, esofagus, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

-Penyakit saluran pernafasan kronik seperti bronkitis kronik, emfisima, asma bronkial dan bronkiektasis.

-Tekanan darah tinggi, serangan sakit jantung dan angin ahmar.

-Mudah terkena batuk kering, Hepatitis B, radang paru-paru.

-Ulser peptik dan gastritis.

-Penyakit kulit seperti ekszema.

-Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.

-Penyakit tulang.

-Rambut cepat beruban.

-Kulit cepat berkedut.

-Luka lambat sembuh.

-Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.

-Kesuburan berkurangan.

-Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.

-Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.

-Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.


so...
sape yang nk mati cepat tu amalkan lah tabiat merokok ni...
Renungkanlah...

sudah jelas kenapa ulama mengeluarkan fatwa bahawa rokok ini haram...
harap korang renung-renungkanlah..
ingatlah orng yang tersayang di sekeliling anda kerana asap rokok yang anda hembus itu akan disedut masuk dalam badan orang di sekeliling anda tanpa mereka sedari..
janganlah kita menjadi pembunuh dalam diam terhadap orang lain...

sesungguhnya yang baik itu datang daripada ALLAH manakala yang buruk itu datang dari dalam diri ku yang serba kekurangan ini...
yang baik kita jadikan tauladan 
manakala yang buruk kita jadikan sempadan..
selamat beramal...
(^_^)V





Sayangilah orang disekeliling anda..kerana setiap hembusan asap rokok yang anda hembus pasti akan memudaratkan mereka..ingatlah orang yang tersayang





sesungguhnya kalau anda menghisap rokok ibarat memasukkan racun dan segala benda yang menjijikkan ke dalam badan anda..lihatlah berbagai benda yang tidak patut yang terdapat dalam rokok tersebut...
Ingatlah orang yang tersayang












Sunday, August 28, 2011

Salam Lebaran Blogger(^_^)V



Assalamualaikum to all readers..
pada kesempatan yang ada ini aku cuma hendak postkan sebuah ucapan salam lebaran dari aku ini...
mungkin aku leh sharekan dgn korang sedikit tips dan  faedah yang korang boleh amalkan dalam menyambut perayaan aidilfitri ini dengan lebih bermakna..

Sebelum itu..
kita seharusnya rasa bersyukur kerana kita telah pun berjaya dalam menunaikan ibadah puasa selama setahun..
dan..
bagi seseorang yang berpuasa penuh dalam bulan ramadhan..mungkin akan merasa betapa nikmatnya apabila menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan syawal ini..
hal ini kerana..
Hari Raya Aidilfitri ini merupakan hari kemenangan umat islam dalam perlawanan mereka menundukkan hawa nafsu selama sebulan dalam bulan Ramadhan..
Apabila kita telah berjaya dalam perjuangan menundukkan hawa nafsu selama sebulan dalam bulan Ramadhan..
maka..
Allah Subhanahu wa Ta'ala telah membalasnya dengan satu hari yang dinamakan 'Idulfitri atau dalam erti kata lainnye..
Hari Raya Fitrah...
pada hari itu ..
Allah menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari itu...
so..
aku harap korang wahai para pembaca sekalian..
jangan terlampau ghairah dalam menyambut Hari Raya sehingga menggabaikan dan melanggar segala ketetapan yang ditetapkan oleh Syarak..
seperti melakukan perkara-perkara maksiat...
kalau korang hendak tahu..
sesungguhnya pada malam Hari Raya juga merupakan antara waktu yang mudah diperkenankan doa atau dalam makna lainnya..waktu yang bermustajab untuk berdoa..

Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban.
selain itu ...
saat yang paling buat kita teruja untuk raya ialah apabila laungan takbir ray bergema..
pada saat itu segala bagai perasaan datang menerpa seperti gembira,syahdu,dan sebagainya...
di bawah ini aku hendak share dengan korang antara amalan yang boleh kita lakukan pada satu syawal nanti..
(^_^)V

Antara perkara sunat yang boleh korang lakukan pada hari raya ialah..

  •  Mandi sunat Hari raya
diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.
  • Memakai pakaian yang bagus(lawa dan kemas),memakai wangi-wangian
Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:
Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya."
(Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi)
  • Disunatkan supaya makan dan minum dulu sebelum pergi menunaikan solat sunat Hari Raya
diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
Maksudnya: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil."
(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)
  • Disunatkan sesama muslim mengucapkan tahniah antara satu sama lain..


Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi‘en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:
Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak."

Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari‘atkan di dalam Islam.
Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang dii‘timadkan.(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)  

  • Digalakkan supaya ziarah-menziarahi sesama masyarakat terutama kaum keluarga dan sahabat handai
Akhir sekali sebelum aku mengakhiri entry aku pada kali ini..
dengan kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin...
Semoga berhati-hati dijalan raya dan ingatlah orang yang tersayang...(^_^)V

Yang baik datang dari Allah manakala yang buruk datang dari dalam diriku yang serba kekurangan ini..
yang baik kita jadikan tauladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan...
selamat beramal
(^_^)V


























Monday, August 22, 2011

Entry Pilihan:Dialog Penduduk SYURGA dan Penduduk Neraka


Assalamualaikum to all readers..
kita bertemu sekali lagi pada hari ini..
alhamdulillah..(^_^)
pada hari ini aku nk share dengan korang mengenai satu entry yang aku copy dari blog kawan baik aku ...
iaitu...

he3..blog dy mmg menarik..so aku harap korang leh jgk lawat n try baca isi kandungan blog dy..he3..hmm..
lw korang nk lawat korang klik aje nama dy...komfem terus terbuka portal ke blog dy he3...

hmm..
nk ckp bnyk nnt bosan lak korang..so aku nk share satu entry yang aku share dari blog dy iaitu perbualan antara penduduk syurga n neraka..
...korang kena r baca lw nk tw apa dy isi perbualan itu..so dipersilakan membaca..
(^_^)V
.............................................................................................................................
Sewaktu orang yang beriman mengerjakan amal soleh melihat syurga yang penuh dengan keindahan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka , mereka segera mahu memasukinya ! Malaikat menyambut kedatangan mereka dengan mengucapkan " Salaamun 'alaikum " yang bermaksud mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan ke atas kamu.
Para penduduk syurga mengucapkan rasa syukur sebagaimana diceritakan dalam surah al-'Araf , ayat 43.


________________________________________________________________________
" Segala puji bagi Allah yang memberi petunjuk bagi mendapatkan nikmat-nikmat ini , padahal kami tidak sekali-kali akan memeperoleh petunjuk sekiranya Allah tidak memimpin kami. " 
________________________________________________________________________


 Selepas memasuki syurga , para penghuninya mahu melihat keadaan orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka. Apabila kita pada zaman moden ini dapat berkomunikasi menggunakan telefon selular  , apalagi di syurga ! Tidak ada halangan sama sekali untuk penghuni syurga bagi melihat keadaan di neraka. Keadaan ini digambarkan di dalam surah al-'Araf , ayat 44.


________________________________________________________________________



" Berseru ahli syurga kepada ahli syurga kepada ahli neraka : Kami mendapat apa yang dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami , semuanya betul. Adakah kamu juga mendapat apa yang dijanjikan oleh Tuhan kamu semuanya betul ? Mereka mehawab : Benar ada ! Kemudian berseru Malikat kepada kedua-dua puak itu dan menyatakan : Siksaan Allah tertimpa ke atas orang yang zalim. "
 _______________________________________________________________________


Penduduk syurga dan neraka dapat berdialog antara satu sama lain di atas 'Araf  iaitu tempat yang tetinggal di antara syurga dan neraka. Apabila penduduk syurga melihat ke arah neraka , mereka berkata ;


________________________________________________________________________
 " .... Ya Tuhan kami ! Jangan Engkau jadikan kami bersama orang yang zalim. "
 Surah al-A'raf , ayat 48 
________________________________________________________________________


Apabila penduduk syurga melihat orang-orang kafir yang mereka kenali di dunia dahulu , meraka berkata ;


________________________________________________________________________
" Nampaknya kumpulan kamu yang ramai dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu tidak dapat menolong kamu. "
Surah al-A'raf , ayat 48 
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
 " Ahli neraka menyeru ahli syurga : Berikan kepada kami sedikit air ataupun dari rezeki yang dikurniakan Allah kepada kamu. Ahli syurga menjawab : Allah mengharamkan kedua-duanya ke atas orang kafir. Orang yang menjadikan agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan , dan orang yang terpedaya dengan kehidupan dunia."
Surah al-A'raf , ayat 50 - 51
 _______________________________________________________________________


Orang kafir di neraka itu tidak dapat melakukan apa-apa. Mereka menyesal sambil berkata ;


________________________________________________________________________
  " Para nabi  dan rasul datang kepada kami dengan membawa kebenaran , adakah untuk kami pemberi syafaat supya mereka memberi syafaat bagi kami atau kami dikembalikan supaya kami dapat beramal , lain daripada apa yang diamalkan ? Mereka merugikan diri mereka sendiri , dan lenyap daripada mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu.
Surah al-A'raf , ayat  53
________________________________________________________________________
Ada juga penduduk syurga yang berdialog dengan penduduk neraka Saqar dengan bertanya ;


________________________________________________________________________
 " Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka Saqar ? Orang yang bersalah  itu menjawab : Kami tidak termasuk dalam orang yang tidak mengerjakan sembahyang. Kami pernah tidak memberi makan orang miskin. Kami dahulu memperkatakan perkara yang salah , bersama-sama orang yang memperkatakannya. Kami sentiasa mendustakan hari pembalasan. Sehinnga kami di datangi oleh perkara yang tetap diyakini."
Surah al-Mudassir , ayat 42 - 47
________________________________________________________________________


Bagi orang-orang seperti itu , Allah menegaskan dalam surah al-Mudassir , ayat 48 :
" Tidak berguna kepada mereka sebarang syafaat pertolongan sekiranya ditakdirkan  ada yang dapat memberi syafaat itu."
Ada juga di kalangan penduduk syurga yang teringat kepada temannya sewaktu hidup di dunia yang pernah berkata ;


________________________________________________________________________
" .....Adakah engkau juga salah seorang daripada golongan yang mengakui benarnya kebangkitan orang-orang mati dan menjadi tanah dan tulang , adakah kita akan di hidupkan semula serta dibalas apa yang kita lakukan ? "
Surah as-Saffat , ayat 52 - 53
________________________________________________________________________
 Di sebabkan beliau mahu meengetahui nasib temannya itu , beliau meninijau-ninjau neraka bagi mencari temannya itu.


________________________________________________________________________
 " Beliau memandang ke arah neraka , lalu dilihatnya rakannya itu berada di tengah-tengah Neraka yang apinya menjulang-julang. Beliau berkata : Demi Allah ! Nyaris-nyaris engkau menceburkan daku dalam kebinasaan. Sekiranya tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku dengan hidayah petunjuk , nescaya aku menjadi orang yang dibawa bagi menerima azab."

Surah as-Saffat , ayat 55 - 57

__________________________________________________________________

 so itu aje r yg aku leh konsikan dengan korang semua para pembaca yang aku sayangi n kasihi sekalian..
hmm..
rupa2nya semuanye da termaktub dalam al quran..
sesungguhnya Allah maha bijaksana.....
kalau korang berminat korang lawat r blog member aku tu..


Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk n serba kekurangan datang dari diriku ini..
yang baik kita jadikan tauladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan..
selamat beramal
(^_^)V
sesungguhnya di dalam al Quran...telah menjadi bukti kebijaksanaan Allah terhadap perbuatan dan pembalasan yang diberikan kepada hamba-hambanya.. 
berdoalah agar kita tergolong  dalam golongan para penghuni syurga...



 






Saturday, August 20, 2011

Pendedahan Ekslusif: Penghinaan Terhadap Azan dan Zikir...

Assalamualaikum to all readers..
pada kali ini aku nk wt cikit pendedahan pasal penghinaan yang dilakukan terhadap agama kita iaitu agama islam..subhanaallah..
penghinaan ini memang melampau..
pertama sekali ialah penghinaan terhadap laungan azan...


korang tengok r sendiri apa yang kafir ni buat..
mereka menghina seruan suci kita..
ada ke patut..?
sambil2 tu leh lak memperlekehkan cara umat islam melakukan solat..
memang teruk..!!!
menurut sumber aku perkara ini terjadi di area sabah n sarawak...
hmm..
mereka(penganut kristian) sering berdebat supaya dibenarkan menggunakan perkataan 'ALLAH' dalam agama mereka?tapi hakikatnya mereka sendiri tidak menghormati Allah itu sendiri..
mereka memang tidak layak...ni r golongan yang memang pasti mengisytiharkan api kemarahan dalam diri umat islam....


selain itu..terdapat jugak mereka yang mempermainkan zikir..


malahan yang menyedihkan lagi yang melakukan ni adalah mereka yang memakai tudung dan ini jelas menunjukkan agama islam sebagai agama mereka..
tapi apa tujuan mereka buat benda ni???
sekadar hendak suka-suka atau hendak menjadi sasaran maki n laknat orang....
hhmmmm..sempat lak diorang ni nk berdikir barat..ni nk dikir ke nk berzikir...
kepala hot tol r hamba allah ni...
memalukan pertubuhan dikir barat malaysia aje..
mana ada orang wt macam ni..
kalau tengok dari segi pakaian mereka mungkin orang yang terpelajar..mungkin sekali budak universiti..
tapi logik ke bagi seseorang yang bergelar mahasiswa or mahasiswi melakukan perkara ini dengan alasan mereka tidak tahu hukum dorang wat tu salah n berdosa besar..kalau tanya budak umur 10 tahun  pun diorang pasti kata berdosa besar r..
so cuba r malu sikit law budak bawah umur pun leh faham benda ni salah
xkan r mereka yang berada dalam video ni yang da besar yang da layak untuk kahwin or maybe yang da jadi ibu  itu pun x tw da salah kot benda ni..
insaf r!!
ni yang wat orang kafir pun x menghormati agama kita..
malahan mereka(orang bukan islam) mungkin tengah gelak guling-guling kat luar sana apabila benda ni mereka lihat..
masakan tidak....orang islam sendiri memperlekehkan agama mereka..so mesti r diorang pun nk wt benda yang sama...seperti yang para kafir tu buat terhadap laungan azan kita kat gereja mereka?..
perbuatan ini memang sukar untuk dimaafkan..
kalau ini dibiarkan..mereka yang terlibat dalam video zikir tu boleh terkeluar dari lafaz syahadah mereka,,,
atau...
dalam bahasa kasar boleh membawa kepada murtad


hmm..
itu aje r yang aku nk sharing dgn korang pasal entry kali ini..
kepada pihak yang berkenaan harap insaf r..JANGAN memalukan diri sendiri n agama islam ini..
mungkin mereka ni sekadar hendak bersuka ria sahaja
tapi hakikatnya ..
mereka telah membuka ruang n alasan untuk orang kafir menghina agama islam ini...
jangan tanya aku kenapa boleh membuka ruang lak ..
korang fikir2kanlah..
jangan lak nanti ada yang mengatakan aku ni menyibuk aje..siap nanti ada yang kata..

"kubur lain-lain so xyah handak sibuk2 lak.."

yup..

kubur memang lain2 tapi kalau kubur tu da sebelah menyebelah aje..
kan nanti ganggu aje penghuni kubur yang lain nak berehat.. bising dengar yang diorang kena seksa...
hahaha..

hmmm..
sori kalau ada yang terasa hati..
sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH..
manakala yang buruk itu datang dari dalam diriku yang penuh khilaf ini..
yang baik kita jadikan tauladan n amalan..
manakala...
yang buruk kita jadikan sempadan..
selamat beramal....(^_^)V






janganlah kita memperlekehkan laungan azan...
sesungguhnya azan merupakan satu perkara yang ajaib n bukti kekuasaan dan kebijaksanaan Allah kerana azan tidak pernah berhenti berkumandang di seluruh dunia...sentiasa bersahutan dan bersambung dari satu tempat ke satu tempat yang lain...



kubur memang lain-lain tapi kalau da sebelah menyebelah tak ke nanti menyusahkan penhuni kubur yang lain...????


berdoalah supaya Allah selalu memelihata diri n agama kita ni dari musuh-musuh islam sama ada yang nyata atau yang tersembunyi..







jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...