Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Sunday, August 28, 2011

Salam Lebaran Blogger(^_^)V



Assalamualaikum to all readers..
pada kesempatan yang ada ini aku cuma hendak postkan sebuah ucapan salam lebaran dari aku ini...
mungkin aku leh sharekan dgn korang sedikit tips dan  faedah yang korang boleh amalkan dalam menyambut perayaan aidilfitri ini dengan lebih bermakna..

Sebelum itu..
kita seharusnya rasa bersyukur kerana kita telah pun berjaya dalam menunaikan ibadah puasa selama setahun..
dan..
bagi seseorang yang berpuasa penuh dalam bulan ramadhan..mungkin akan merasa betapa nikmatnya apabila menyambut Hari Raya Aidilfitri pada bulan syawal ini..
hal ini kerana..
Hari Raya Aidilfitri ini merupakan hari kemenangan umat islam dalam perlawanan mereka menundukkan hawa nafsu selama sebulan dalam bulan Ramadhan..
Apabila kita telah berjaya dalam perjuangan menundukkan hawa nafsu selama sebulan dalam bulan Ramadhan..
maka..
Allah Subhanahu wa Ta'ala telah membalasnya dengan satu hari yang dinamakan 'Idulfitri atau dalam erti kata lainnye..
Hari Raya Fitrah...
pada hari itu ..
Allah menghalalkan mereka berbuka puasa dan mengharamkan berpuasa pada hari itu...
so..
aku harap korang wahai para pembaca sekalian..
jangan terlampau ghairah dalam menyambut Hari Raya sehingga menggabaikan dan melanggar segala ketetapan yang ditetapkan oleh Syarak..
seperti melakukan perkara-perkara maksiat...
kalau korang hendak tahu..
sesungguhnya pada malam Hari Raya juga merupakan antara waktu yang mudah diperkenankan doa atau dalam makna lainnya..waktu yang bermustajab untuk berdoa..

Al-Imam Al-Syafie Rahimahullahu Ta‘ala telah menegaskan bahawa malam Hari Raya itu adalah di antara malam-malam yang mudah diperkenankan doa, sebagaimana beliau berkata di dalam kitabnya Al-Umm: "Telah sampai kepada kami bahawasanya pernah dikatakan, sesungguhnya doa itu sungguh mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya Fitrah, awal malam Rajab dan malam Nisfu Sya‘ban.
selain itu ...
saat yang paling buat kita teruja untuk raya ialah apabila laungan takbir ray bergema..
pada saat itu segala bagai perasaan datang menerpa seperti gembira,syahdu,dan sebagainya...
di bawah ini aku hendak share dengan korang antara amalan yang boleh kita lakukan pada satu syawal nanti..
(^_^)V

Antara perkara sunat yang boleh korang lakukan pada hari raya ialah..

  •  Mandi sunat Hari raya
diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas dan Al-Fakih bin Sa‘d Radhiallahu ‘anhum bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adha. Hadits ini dikeluarkan oleh Ibnu Majah.
  • Memakai pakaian yang bagus(lawa dan kemas),memakai wangi-wangian
Diriwayatkan daripada Ja‘far bin Muhammad daripada bapanya daripada datuknya:
Maksudnya: "Bahawasanya Shallallahu ‘alaihi wasallam memakai kain yang bergaris-garis (untuk diperselimutkan pada badan) pada setiap kali Hari Raya."
(Hadits riwayat Al-Syafi‘e dan Al-Baghawi)
  • Disunatkan supaya makan dan minum dulu sebelum pergi menunaikan solat sunat Hari Raya
diriwayatkan daripada Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:
Maksudnya: "Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam tidak keluar pada waktu pagi Hari Raya Fitrah sehingga Baginda makan (terlebih dahulu) beberapa biji tamar dan Baginda memakannya dalam bilangan ganjil."
(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Ahmad)
  • Disunatkan sesama muslim mengucapkan tahniah antara satu sama lain..


Daripada Jubair bin Nufair, di mana beliau merupakan salah seorang Tabi‘en (orang-orang yang datang setelah Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam) telah berkata (maksudnya): "Sahabat- sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mereka berjumpa di Hari Raya, setengahnya mengucapkan kepada setengah yang lain:
Ertinya: "Semoga Allah menerima daripada kami dan menerimaNya daripada awak."

Menurut pandangan jumhur ulama bahawa mengucapkan tahniah di Hari Raya merupakan sesuatu perkara yang disyari‘atkan di dalam Islam.
Al-Imam Al-Qalyubi menaqalkan daripada Al-Imam Ibnu Hajar bahawa memberi atau mengucapkan tahniah pada hari-hari raya, bulan-bulan dan tahun- tahun (kerana ketibaannya) merupakan perkara yang disunatkan. Al-Imam Al-Baijuri mengatakan: Inilah yang yang dii‘timadkan.(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyyah, Juz 14, m.s. 100)  

  • Digalakkan supaya ziarah-menziarahi sesama masyarakat terutama kaum keluarga dan sahabat handai
Akhir sekali sebelum aku mengakhiri entry aku pada kali ini..
dengan kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin...
Semoga berhati-hati dijalan raya dan ingatlah orang yang tersayang...(^_^)V

Yang baik datang dari Allah manakala yang buruk datang dari dalam diriku yang serba kekurangan ini..
yang baik kita jadikan tauladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan...
selamat beramal
(^_^)V


























No comments:

Post a Comment

jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...