Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Tuesday, June 28, 2011

renungan:Kisah Bayi Terbuang

Asslamualaikum to all readers..
semasa aku tengah jelajah group di facebook tadi aku telah tertarik dengan satu kisah yang di postkan oleh seorang member aku ini..
so aku decided hendak share r dengan korang pembaca sekalian agar kita dapat manfaat bersama..
..........................................................................................................................................................

kisah bayi terbuang...(cube bace ye kekwn sekalian)
dalam banyak-banyak sperma yang berebut masuk dalam ibu saya, saya telah terpilih untuk di berikan nyawa.

sungguh tiada perkataan lain yang mampu saya ungkap melainkan, "saya sungguh gembira..."

9 bulan lagi saya akan dapat melihat dunia.

oh, dari kata-kata yang kedengaran, dunia itu indah, dunia itu cantik, dunia itu sungguh meriah dengan sorak-sorak manusia.

sungguh 9 bulan amat lah lama bagi saya.

tapi takper la penantian yang panjang bakal memberi kan saya satu kenikmatan kelak.

saya percaya itu.



hari nih saya rasa ibu baru perasan saya telah wujud dalam perotnya.

saya dengar doktor bagi tahu ibu tadi.

semalam ibu sakit perot.

ingin sekali saya jeritkan pada ibu, "maaf ibu, sebab saya ibu terpaksa sakit perot segala..."

tapi apa kan daya mulut saya belom terbentuk sempurna.

tapi kan saya sungguh pelik.

kenapa bila ibu keluar dari bilik doktor wajah ibu murung?

tadi saya lihat ada ibu lain yang masuk, saya lihat dia tersenyum gembira bila tau dia punya bayi dalam perut.

oh saya faham, mungkin ibu masih sakit perot agaknya...



malam nih ibu tidor lewat.

ibu tunggu ayah barangkali.

mesti ibu nak bagi tau ayah pasal saya kan?

sebab ibu duduk di taman permainan berhampiran rumah kita di waktu malam.

ibu..... saya sejuklah.

tapi saya tau sebentar lagi saya bakal di cium oleh ayah.

takper, saya rela bersejuk.



sampai pukul 2 pagi baru ayah datang.

dah banyak kali ibu kena ngorat dengan mat-mat rempit.

kelakar lah dorang nih, ibu saya dah kawin la weh, dah ada saya dah dalam perot, mana boleh ngorat.

tapi saya paham, ibu saya kan cantik, macam saya jugak lah.

bila ayah sampai, muka ibu cuak-cuak, tapi saya tau ibu saja berlakon muka cuak, ibu kan nak buat seprise.

romantiknya ibu ayah saya!!

mesti saya akan di sayangi bila keluar nanti.



tapi tadi saya terberangan, saya tak dengar apa ibu dengan ayah sembang.

cuma tiba-tiba saya rasa ayah tepuk perot ibu.

bergegar saya dalam perot ibu.

apa nih ayah, saya sakit lah.

belai lah saya, saya teringin di cium oleh ayah.

saya dengar ibu dan ayah bercakap kuat.

tapi laju sangat butir bicara nya, macam mana saya nak paham....

then tiba-tiba saya rasa ibu jatuh terbaring.

ayah tolak.

aik takkan dorang nak beromantik kat sini kot?

ganasnya ibu ayah saya.

tiba-tiba ayah pijak perot ibu.

adoi sakitnya saya!

ayah pijak kuat, ayah tendang-tendang, saya dengar ibu menangis dan cakap, "baby, sayang bayi nih abang, jangan buat macam nih. jom lah kita kawin..."

ayah tendang dan teros tendang, sampai saya rasa dunia saya gelap.

yer la saya pening di sepak terajang.

tapi kenapa ayah buat saya macam nih?

kenapa ibu dengan ayah belom kawin lagik?

kenapa...................



lepas dari hari tuh saya tak penah jumpa ayah lagi.

ibu pulak dah tak duduk dengan atok dan nenek.

ibu duduk dengan kawan dia.

aunty mira kot nama dia.

saya tak suka lah aunty tuh, hari-hari suruh ibu minum air nenas.

saya sakit tau bila ibu minum air nenas?

tapi... ibu sayang saya.

jarang sangat lah ibu minum selalu dia buang dalam sinki bila aunty tuh dah pergi kerja.

tapi saya pelik lah, ibu hari-hari menangis.

pegang fon, tekan-tekan, sms kot, then menangis.

saya tak paham lah kenapa.

kenapa yer korang?



makin lama, saya makin besar.

ibu dah tak penah keluar rumah.

yer la saya kan berat, kesian ibu angkat saya berat-berat.

jadi ibu hanya duduk dalam rumah, masak sikit-sikit, tengok tv, menangis dan tidor.

saya pelik lah dengan ibu tak penah berenti menangis.

mungkin saya berat sangat kot, maaf ibu!

nanti saya dah besar saya jaga ibu balik, saya janji ibu..



oh saya terlupa nak cerita, hari tuh ayah saya datang.

dia tengok ibu.

dia cakap nanti dah bersalin bagi tau dia.

ohh rupanya ayah sayang saya, tapi mesti ayah kerja jauh.

mungkin hari tuh ayah penat lalu tersepak ibu.

sukanya saya.

saya ingat ayah benci saya tadi.

ayah nih pandai bergurau lah.

tapi ayah tak duduk lama pun.

ayah cuma masuk, minum air oren ibu bagi, dan pergi.

ayah tak pegang pon saya.

mungkin ayah nak pegang saya secara life kot.

tak seronok lah pegang beralas perot. hehehe.



dan akhirnya, satu hari tuh saya dah tak sabar sangat.

saya rasa saya dah cukup lama duduk dalam perot ibu.

saya rasa saya nak keluar.

saya dah hint ibu banyak kali dah.

saya tolak-tolak ibu, tapi kenapa ibu masih baring atas katil?

kenapa ibu tak pergi hospital pon?

IBU, SAYA NAK KELUAR NIH.....



ibu mengerang dan meneran kuat.

saya nampak aunty mira duduk tepi katil dan biar ibu teros meneran dan keluarkan saya.

aunty mira kol ayah kot, sebab saya dengar, "lekas lah datang, awek kau dah bersalin nih..."

dan perlahan-lahan saya pon terkeluar.

kesian ibu, banyak nya darah keluar, mesti ibu sakit kan?

maaf ibu terlahir saja saya, saya dah banyak susah kan ibu.

saya janji ibu lepas nih saya akan jadi anak yang baik.

itu janji saya pada ibu.... dan ayah.



aunty mira letakkan saya dalam kain batik.

ape la aunty nih mandi kan la saya.

tak seronok lah ada darah-darah nih.

karang ayah nak datang, nak pelok, nak cium saya.

ibu dah la tengah terbaring sakit.

wah indah nya dunia.

ada kipas, ada lampu, ada langsir bunga-bunga.

akhirnya saya terkeluar juga.

nanti saya dah pandai jalan saya nak terokai dunia, saya nak tengok puas-puas.



tiba-tiba ayah datang.

ibu cakap, "abang, itu anak kita abang..."

ibu tersenyum dalam sakit.

ayah angkat saya laju-laju.

rakusnya ayah nih, tau lah tak penah jumpa saya. hehehe.

ayah bawak saya keluar rumah.

ayah bawak saya naik motor, letak saya dalam raga, lajunya ayah bawak.

AYAH SAYA SEJUKLAH! PAKAI KAN LAH SAYA BAJU.

dan dalam pekat malam, saya nampak lampu-lampu dunia, saya nampak kereta, motor.

tapi ruang yang terbuka cuma kecil.

ayah tutup saya dengan beg kerjanya.

sayang jugak ayah pada saya, mungkin takot saya kesejukan.

saya kira ayah rushing-rushing nih mesti nak bawak saya jumpa atok.

tak sabarnya di pelok, di cium....



dan ayah berenti di satu rumah flat.

mungkin nenek dan atok saya duduk sini.

ayah bawak saya naik atas, guna tangga.

kenapa tak guna lif ayah? saya kan berat kesian ayah.

nanti saya balas jasa ayah yer.

sampai tingkat atas sekali, ayah berdiri tepi tangga.

sunyi tempat tu.

mungkin ayah nak azan kan saya, romantik lah azan pon tempat sunyi.

ayah ni kan......



ayah balut saya betol-betol guna kain batik aunty mira tadi.

ayah ikat semua sekali.

sampai saya tak punya ruang bernafas.

AYAH, BERI SAYA RUANG UDARA, NANTI SAYA MATI LAH AYAH.

SAYA BELOM BALAS JASA IBU DAN AYAH LAGI.

SAYA BELOM UCAP TERIMA KASIH PADA IBU LAGI.

SAYA BELOM JUMPA ATOK NENEK SAYA LAGI.

SAYA BELOM PUAS LIHAT DUNIA LAGI.

AYAH...................



dan saya rasa saya tercampak jauh.

berlegar-legar sebentar sebelum teros jatuh mencium tanah.

sempat saya lihat kereta, anjing, tong sampah, motor, lampu oren, pokok.

dan sampai ke tanah.............

mungkin saya di takdirkan untuk hidop hanya setakat ini.

tepat jam 3 pagi saya menghembuskan nafas terakhir saya, di tepi tong sampah, dihurung anjing.

kepala saya pecah, badan saya juga hampir lunyai.

OH AYAH KU.......



TAPI.............

APA SALAH SAYA?

KENAPA INI NASIB SAYA?

AYAH TAU BUKAN BERTAPA TERINGIN SAYA HIODP MELIHAT DUNIA?

BERTAPA INGIN SAYA HIDOP MEMBALAS JASA?

BERTAPA TERINGIN SAYA BERLARI KE PELOSOK DUNIA?

BERTAPA TERINGIN SAYA PANDANG WAJAH IBU, AYAH, DAN RAKAN-RAKAN SAMBIL HIDOP BAHAGIA?

AYAH....... SUNGGUH KALAU SAYA TAHU INI NASIB SAYA, SEDARI DALAM PEROT SAYA TELAN RACUN!

SEKURANG-KURANGNYA SAYA TAK MATI DI SISI ANJING.

SAYA TAK SAKIT DI BALING SEPERTI SAMPAH.

SAYA TAK JIJIK DAN HINA SEPRTI SAYA KETIKA INI.

MUNGKIN, TANGGAPAN SAYA TERHADAP DUNIA SALAH SAMA SEKALI.

JIKA DI BERI RUANG UNTUK HIDOP SEKALI LAGI, TIDAK MUNGKIN SAYA KEMBALI.

AYAH............. IBU........... SEMOGA KALIAN INSAFLAH DI DUNIA SANA.

KITA KINI DI DUNIA BERBEZA...


Perkara ini sering kita dengar dalam media massa tetapi masih lagi terjadi perkara seperti ini..
harap korang renung-renungkanlah kisah yang aku share ini.mungkin korang menganggapnya sebagai sebuah kisah yang biasa tapi fikir-fikirkanlah sejenak jika perkara ini berlaku kepada orang-orang yang korang kenali dan rapat  dengan korang semua dan cuba renungkan juga jika watak 'saya' dalam kisah di atas merupakan diri korang sendiri.........
yang baik dijadikan teladan manakala yang buruk dijadikan sempadan dalam kehidupan kita..

 yang baik datang daripada Allah S.W.T manakala yang buruk datang dari dalam diriku sebagai hambanya yang lemah ini..







*gambar hiasan
sesungguhnya bayi yang baru dilahirkan umpama sehelai kertas putih yang bersih daripada kotoran..ibubapalah yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya sama ada ke arah corak yang menarik atau corak yang sebaliknya


*gambar hiasan
sesungguhnya anak-anak adalah merupakan rezeki yang paling ternilai yang Allah S.W.T kurniakan kepada sepasang pasangan yang bergelar ibu bapa..


Monday, June 27, 2011

Post Menarik Minggu Ini:Rahsia tipu muslihat Iblis...




   Assalammuailaikum to all readers..
Pada minggu  ini aku ingin post kan kisah yang aku share dari blog kawan aku ..kisah ini memang menarik dan kesahihannye aku rasa memang betul sebab sudah banyak kali aku dengar kisah ini ...
so korang bacalah ia..
enjoy you reading..(^_^)V  




Allah swt telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia. Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras.

Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw. Maka sembah Iblis(alaihi laknat),"Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?" Maka jawab Nabi dengah marah "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau. Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?" Sembah Iblis,"Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman. Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan." Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu"
Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.

Soalan Nabi (1) – "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"
Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini" Maka Nabi pun memandang muka Iblis,dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan. Sambung Iblis,"Ya Khatamul Anbiya! Adapun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba" 
Soalan Nabi ke 2 – "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah"
Jawab Iblis - "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda drp emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan kejalan haram. Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datang lah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."

Soalan Nabi ke 3 –
"Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"


Jawab Iblis - "Sekelian itu adalah anugerah drp Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yg tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar. Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yg menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dgn berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut. Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah drp api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."

Soalan Nabi ke 4 –
"Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"

Jawab Iblis - "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya, imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"

Soalan Nabi ke 5 –
"Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"


Jawab Iblis - "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang brcakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kepada kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman"

Soalan Nabi ke 6 –
"Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"

Jawab Iblis - "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."

Soalan Nabi ke 7 –
"Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"
Jawab Iblis - "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya"

Soalan Nabi ke 8 –
"Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Soalan Nabi ke 9 –
"Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"

Jawab Iblis - "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar-besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk." Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan.
Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apatah lagi tuan telah mengatakan, "Jikalau adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku" kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'.
Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan,"Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid"
Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya". Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya.

Soalan Nabi ke 10 –
"Bagaimana tipudaya engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis - "Umat tuan itu ada tiga macam.
Yang pertama seperti bersambung hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat"
Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.
Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk kedalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat perjudian dan perempuan pelacur"

Soalan Nabi ke 11 -
"Siapa yang serupa dengan engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam"

Soalan Nabi ke 12 -
"Siapa yang mencahayakan muka engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji"

Soalan Nabi ke 13 -
"Apakah rahsia engkau kepada umatku?"


Jawab Iblis - Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari"

Soalan Nabi ke 14 –
"Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal
engkau?"

Jawab Iblis - "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."

Soalan Nabi ke 15 –
"Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"

Jawab Iblis - "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."

Soalan Nabi ke 16 -
"Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"

Jawab Iblis - "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu"

Soalan Nabi ke 17 -
"Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"


Jawab Iblis - "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat"

Soalan Nabi ke 18 -
"Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam"

Soalan Nabi ke 19 -
"Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"

Soalan Nabi ke 20 -
"Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan-pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda, 'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu' "

Soalan Nabi ke 21 -
"Hai Iblis! Apakah yang merantai engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang berjual beli dengan betul timbangan, sukatan, ukuran dan tukarannya"

Soalan Nabi ke 22 -
"Hai Iblis! Apabila umatku memberi salam antara satu sama lain, betapa hal engkau?"


Jawab Iblis - "Apabila bertemu dua Islam di tengah perjalanan memberi salam serta dijawab oleh yang lain, maka rasa pecah dada hamba dan hamba pun meratap kerana keduanya mendapat ampun sehingga keduanya berpisah"

Soalan Nabi ke 23 -
"Hai Iblis! Siapa pula yang hampir kepada engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang meminum arak, tuak, penghisap candu, ganja kerana bahaya zahirnya membawa kepada pecah-belah, perkelahian, penceraian dan pembunuhan"

Soalan Nabi ke 24 –
"Siapa pula yang sekutu dan sekedudukan dengan engkau?"


Jawab Iblis - "Apabila bertemu lelaki dengan perempuan-perempuan muda, hamba akan duduk pada leher perempuan itu, hamba hiaskan mukanya dengan jeling dan senyum yang menarik. Apabila dipandang dari belakang nampak lehernya yang halus, pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang mana membangkitkan nafsu. Dari hadapan pula hamba hiaskan dadanya dengan buah dada yang melekap. Lalu hamba panah pada jantung hati salah seorang atau keduanya hingga bergerak nafsu syahwatnya. Orang yang tidak memelihara hatinya tidaklah terpelihara farajnya atau kemaluannya. Oleh itu tidaklah terpelihara imannya."

Soalan Nabi ke 25 –
"Hai Iblis! Di mana engkau diam?"

Jawab Iblis - "Pada rumah berhala dan pada mana-mana batu, kayu, tembaga dan sebagainya. Apabila mereka menyembah, hamba cenderungkan hatinya supaya bertambah yakin pada kerja syiriknya itu. Sudah banyak umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu walaupun sekadar melawat, menunjukkan sangat tipis imannya"

Soalan Nabi ke 26 -
"Hai Iblis! Di mana tempat perhimpunan engkau?"

Jawab Iblis - "Setiap rumah wayang, tempat joget dan seumpamanya yang bercampur pemuda dan pemudi"

Soalan Nabi ke 27 –
"Hai Iblis! Aku lihat engkau mengintai di dalam masjid. Apa yg engkau hendak buat?"

Jawab Iblis - "Hamba hendak mengacau dan merosakkan sembahyang orang di situ, tetapi hamba takutkan seorang yang tidur di situ" Nabi bertanya, "Mengapa engkau tidak takut kepada orang yang sembahyang itu, padahal dia bermunajat kepada Allah. Kenapa pula engkau takut pada orang yang tidur itu padahal dia lalai dan tidak memandang satu apa pun?" Jawab Iblis, "Orang yg sembahyang itu jahil dan amat mudah hamba goda, tetapi orang yang tidur itu alim. Jika hamba goda juga, hamba takut orang yang tidur itu bangun lalu menegur dan membetulkan sembahyang si jahil itu"

Soalan Nabi ke 28 -
"Hai Iblis! Apakah puji-pujian engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang menyanyi, berpantun, berpantun-seloka dan sebagainya kecuali orang yang bernazam, berlagu-lagu, bernasyid memuji Allah serta selawatkan Nabi"

Soalan Nabi ke 29 -
"Hai Iblis! Siapa yang sekaum dengan engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang menipu harta orang, memakan harta anak yatim dan memakan riba' "

Soalan Nabi ke 30 -
"Hai Iblis! Engkau gelapkan hati manusia kerana apa?"

Jawab Iblis - "Sebab mereka makan minum pencarian haram kerana mereka sudah gelap mata untuk mencari rezeki yang halal. Juga mereka yang tidur meninggi hari hingga tertinggal sembahyang subuh serta memenuhkan perut sekenyang-kenyangnya"

Soalan Nabi ke 31 -
"Hai Iblis! Siapa yang menyukakan hati engkau?"

Jawab Iblis - "Orang kaya yang bakhil; tidak mengeluarkan zakat pada hamba Allah yang daif. Zakatnya dihantar pada orang lain, padahal kaumnya miskin. Bahawasanya orang bakhil itu seteru Allah dan yang tak berzakat itu akan masuk ke dalam neraka bersama hamba"

Soalan Nabi ke 32 -
"Hai Iblis! Siapa yang menyuburkan badan engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang hasad dengki, orang yang tak belajar peraturan agama Islam dan semua perempuan jahat, perempuan yang mencabul dirinya sendiri dan menjual maruah"

Soalan Nabi ke 33 -
"Hai Iblis! Jika mati seorang ulama, bagaimana hal engkau?"


Jawab Iblis - "Bertambah subur dan bertunaslah kerja hasutan hamba, Maka kata Nabi, "Sesiapa berdukacita atas kematian seorang ulama, maka dituliskan Allah pahala baginya seperti seribu alim dan seribu syahid." Tambah Nabi, Akan datang umatku akan lari daripada ulama. Setiap orang yang bencikan orang yang mengajar agama itu akan diturunkan oleh Allah dengan 3 bala:
1) Diangkatkan berkat daripada pencariannya.
2) Allah akan mendatangkan raja atau ketua yang zalim.
3) Mereka dikeluarkan daripada dunia dengan tidak beriman.

Soalan Nabi ke 34 -
"Hai Iblis! Jika umatku sembahyang berjemaah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis - "Sesungguhnya mereka telah menghuraikan simpulan tipudaya hamba"

Soalan Nabi ke 35 -
"Hai Iblis! Jika umatku membaca selawat keatas ku, betapa hal engkau?"

Jawab Iblis - "Mereka telah membelah muka hamba kerana sangat ingat akan tuan."

Soalan Nabi ke 36 –
"Jika umatku sembahyang Hari Raya, betapa hal engkau? Kerana Allah Maha Besar telah berfirman demikian: "Hai sekelian Malaikat! Saksikan oleh kamu bahawa sesungguhnya Aku telah ampunkan sekelian dosa Nabi Muhammad; lelaki dan perempuan" Apabila telah selesai sembahyang dan kuthbah pula, firman Allah : "Hai umat Muhammad! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing. Sesungguhnya Aku telah ampunkan dosa kamu yang terdahulu dan Aku gantikan dosa kamu dengan kebajikan."


Jawab Iblis - "Ya Rasulullah! Apabila umat tuan pergi sembahyang Hari Raya, maka hamba sangat menanggung dukacita dan menyesal. Maka hamba pun bertempik dan datanglah sekelian tentera hamba dan bertanya,"Hai Raja kami! Siapa tuan murkakan? Adakah ia dari langit atau dari bumi? Titahkan kami sekelian untuk membinasakan yang di langit atau di bumi itu!" Maka kata hamba, "Hai bala tenteraku! Apa yg menyebabkan hamba menanggung dukacita ialah kerana Allah Taala telah mengampuni umat Muhammad pada Hari Raya ini. Tidakkah kamu ketahui bahawa Allah telah mengkabulkan puasa mereka? Tuhan sangat sayang akan mereka dan dikasihankan dengan rahmat, diperkenankan doa akan apa yang dipinta dan diampunkan segala kesalahan mereka. Hai tenteraku! Goda mereka supaya malas beramal ibadat, bersuka-suka, bermain-main, memuaskan hawa nafsu dengan pelbagai maksiat; agar datang kemurkaan Tuhan kepada mereka dan kelak diturunkan bala. Kerana itu kemudian akan menyenangkan hatiku." Maka pergilah sekelian iblis dan syaitan mengacau umat Muhammad"

Soalan Nabi ke 37 -
"Jika umatku membaca doa akhir tahun (Hijrah), betapa hal engkau?"

Jawab Iblis - "Telah bersusah payah hamba menggoda mereka sepanjang tahun; tiba-tiba mereka membaca doa dalam masa yang sedikit. Maka lemahlah hamba, lalu hamba sapu muka dengan tanah. Hai celaka malang diriku dengan kerugian, maka hamba pun berpaling pergi."

Soalan Nabi ke 38 -
"Hai Iblis! Jika umatku membaca doa awal tahun (Hijrah), betapa hal engkau?"


Jawab Iblis - "Ya Nabi Allah! Putuslah harapan hamba, kerana sesiapa membaca doa awal tahun ini, Allah akan memerintahkan dua Malaikat supaya dibakar buku kesalahannya dan ditulis kebajikan di dalamnya kerana membaca doa ini."

Soalan Nabi ke 39 –
"Hai Iblis! Siapakah yang menyokong engkau?"

Jawab Iblis - "Orang yang tidak bertaubat dari dosanya dan suka ketawa ketika berbuat dosa. Ya Nabi Allah! Bahawa telah hamba binasakan sekelian manusia dengan pelbagai dosa maksiat maka sukalah hamba. Tiba-tiba mereka mengucap kalimah Lailahaillallah dan beristighafar, maka binasalah hamba kerana ucapannya itu. Lagi satu keuntungan besar hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul-siul. Mereka itu adalah anak buah hamba. Kerana pada masa hamba dibuang ke dunia ini dahulu, hamba mengembara dan berjalan dengan bersiul-siul. Orang yang bersiul-siul itu adalah penghibur Iblis dan syaitan, tetapi orang yang bang (azan) itu penghambat Iblis dan syaitan kerana Malaikat-Malaikat akan hadir sembahyang bersama-sama mereka."

Soalan Nabi ke 40 –
"Hai Iblis! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar engkau kerana aku telah dibangkitkan oleh Tuhan ke alam dunia ini bagi menyelamatkan sekelian Bani Adam daripada kafir kepada beriman, daripada gelap-gelita kepada terang benderang"


Maka Iblis pun mengangkat kepalanya ke Hadrat Allah dan berkata: "Ya Rabbi! Demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba akan berusaha bersungguh untuk menarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat selama nyawa ada di dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda pemudi bercampur dan berkenalan supaya senang hamba mencelah di antara mereka."

Tiba-tiba datang firman Allah s.w.t : "Hai Mala'un! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu, bahawa Aku sentiasa sedia mengampuni akan dosa umat Muhammad, selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu"     
Maka kata Nabi, "Hai Iblis! Apa lagi yang engkau musykilkan?"



Maka Iblis berkata, "Ya Rasulullah! Bahawa hamba sangat ajaib melihat dua perkara sekelian hamba Allah. Yang pertama mereka mengaku kasih akan Allah padahal pula mereka taat akan hamba dengan berbuat maksiat. Yang kedua mereka sangat marah akan hamba tetapi mereka menurut juga hasutan hamba."    
Maka datang lagi firman Allah s.w.t : "Hai Mala'un! Demi kemuliaan dan kebesaranKu, aku anugerahkan umat Muhammad dua kebahagian iaitu

(1) kasih mereka itu akan Daku iaitu Aku jadikan kaparah(penebus dosa) bagi maksiat mereka itu kerana perdayaan engkau.

(2) mereka itu marah kepada engkau (juga) Aku jadikan kaparah(penebus dosa) bagi mereka itu (yang telah) berbuat maksiat kepadaKu".

Maka Iblis pun tercengang-cengang kerana umat Muhammad sangat dikasihi oleh Allah Al-Ghafurur Rahim….


*kalau korang nk tahu lagi sape empunya blog yang aku copy post dy .. korang boleh melawatnye hanya dengan klik di sini kalau korang berminat.. korang jugak dialu-alukan menjadi follower dy...he3


Sesungguhnya yang baik datang dari Allah manakala yang buruk datang dari diriku sebagai hambaNYA yang lemah ini..




Saturday, June 25, 2011

Muslihat Sebenar Di sebalik Lirik-lirik Lagu Lady Gaga..

Assalamualaikum to all readers...
entry aku pda kali ini ialah mengenai kisah sebenar di sebalik lirik lagu Lady Gaga..
kalau korang yang minat gila dengan lagu-lagu lady gaga,aku nasihatkan korang selidik lah lirik sebelum korang mendendangkan lagu tersebut..
he3..
tapi ii kira hakikat lah jugak sebab masyarakat pada zaman ini esspecially generasi muda a.k.a budak remaja suka serta minat terhadap lagu2 inggeris dan nyanyikan lagu tersebut tanpa mengetahui maksud lirik tersebut..
oppss...
sory lah banyak2 kalau post aku pada kali ini agak terbakar mata korang membacanye *bagi peminat-peminat lagu inggeris esspecially peminat  fanatik lady gaga..
tapi sebagai peringatan aje kan..?he3.. 
aku tak kata semua lagu-lagu inggeris teruk n boleh dikatakan sebagai memesongkan akidah sebab aku pun ada jugak  minat certain-certain lagu inggeris yang lain
so..
aku harap korang janganlah katakan aku ni buat dikriminasi kaum lak..he3..
pasal lady gaga ni da banyak da aku dengar...
harap korang renung-renungkanlah
seterusnya..

ini lagunye..korang perhatikan lirik-liriknye n renungkanlah...
harap korang baca....
Kisah sebenar mengenai lagu terbaru lady gaga..(JUDAS)

Dalam
Islam, Judas Iscariot (Yudas pengkhianat) telah dianggap sebagai
pengkhianat kepada Nabi Allah Isa a.s. (Jesus Christ). Hal ini kerana
atas tingkah lakunya yang telah melakukan khianat kepada Nabi Isa dan
pengikutnya. Islam juga menegaskan bahawa Yudas yang sebenarnya disalib
dan bukannya Nabi Isa.

Kisah pengkhianatan Yudas dalam Islam
adalah digambarkan bermula dari sifat Yudas yang mudah tertarik kepada
tawaran royalti sebanyak 30 keping perak sekiranya dapat memberitahu
tempat persembunyian Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun (12 sahabat
Rasullullah Nabi Isa) kepada imam-imam kepala Yahudi.

Pada malam
selepas Nabi Isa dan kaum Al-Hawariyun menjamah hidangan moreh terakhir
dalam peristiwa Santapan Terakhir. Baginda (Nabi Isa) telah membawa
kaum Al-Hawariyun untuk bertahannuth, bertaqarrub dan bertasbih kepada
Allah SWT di Taman Gethsamani, Baitumuqaddis.

Tidak beberapa lama
kemudian, Nabi Isa telah menerima kedatangan Judas Iscariot bersama
dengan bala tentera Rom yang berada di luar taman, Yudas yang masuk
kedalam taman lalu segera datang menghampiri Nabi Isa dan membisikkan
sesuatu kepada Nabi Isa (diriwayatkan dalam bisikan itu Yudas mengatakan
kepada Nabi Isa dengan perkataan "Salam sejahtera wahai Rasullullah"
dalam bahasa Ibrani).

Sejurus selepas itu Allah Yang Maha Agung
lagi Maha Bijaksana telah menukarkan raut wajah Yudas agar seiras dengan
wajah Nabi Isa sekaligus mengangkat Nabi Allah Isa ke langit. Yudas
yang tidak tahu mengena tentang perihal itu telah keluar daripada taman
lalu terus ditangkap oleh bala tentera Rom yang menunggu di luar taman.

Dalam
kejadian itu Yudas mengatakan yang dia bukan Nabi Isa yang dimaksudkan
tetapi pernyataannya itu langsung tidak dihiraukan. Anggota Al-Hawariyun
yang melihat peristiwa itu bertempiaran lari membawa diri sendiri.

Selepas
kejadian itu, Yudas telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan,
namun dia tetap berkeras yang mengatakan yang dia bukannya Nabi Isa yang
dimaksudkan. Bangsa Israel, imam-imam kepala Yahudi, dan anggota
kesatria Rom telah menolak pernyataan Yudas dan menetapkan agar Yudas
disalibkan.

Pada hari penyaliban, Yudas telah didera, dicemuh
dan dihina oleh kaum Israel, keadaan dia menjadi gila dan dia tidak
siuman lagi. Sehinggalah dia telah disalibkan di kayu salib lalu dia
berkata "Eli-Eli Lammasabacthtani" maksudnya Allah Allah mengapa Kau
tinggalkan aku". Sesungguhnya Allah tidak akan meninggalkan hambanya itu
sesuka hati tetapi hanya sebagai balasan kepada perbuatan buruk orang
yang mengkhianat RasulNya.

Al-Quran ada menerangkan dalam surat
An Nisaa':157 bahawa Nabi Isa tidaklah dibunuh mahupun disalib oleh
orang-orang Kafir. Adapun yang mereka salib adalah orang yang bentuk dan
rupanya diserupakan oleh Allah SWT seperti Nabi Isa as.(sebahagian
ulama berpendapat orang yang diserupakan adalah muridnya yang
mengkhianatinya yang bernama Yudas Iskariot, tetapi nama sebenar murid
tersebut tidak dinyatakan dalam Al-Quran) "dan kerana ucapan mereka:
"Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putera Maryam, Rasul
Allah", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya,
tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi
mereka.

Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang
(pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh
itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu,
kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa
yang mereka bunuh itu adalah Isa". (An Nisaa' : 157)

Ha, Tahukan
anda bukan sekadar lagu judas jer syirik. Tapi juga lagu alejandro.
Lirik lagu alejandro menganggap tuhan aka Allah sebagai penghalang untuk
dia bercinta. MasyaAllah. Ingat la para pembaca sekalian tiada Allah tiada segala
percintaan ok.
jika kita mencintai seseorang maka sedarlah orang dicintai tu tidak semestinya kekal bersama kita sehingga ke akhir hayat kita..tpi jika kita mencintai Allah maka sedarlah Dialah Rabb yang kekal abadi ...
 Lady gaga adalah Dajal sebenar yang kita tunggu.
Sanggupkan korang membiarkan anak-anak & kaum keluarga terutamanya umat islam pada hari ini hanyut dengan
lirik-lirik lagu yang banyak menghina Islam & Allah?? Budak-budak
sekarang pandai nyanyi jerk. Tapi maksud lirik mereka tidak paham sama
sekali. Pandai yahudi serang kita guna lagu-lagu pulak..
 Antara lagu
lagu yang syirik : - Judas - Lady gaga Born this way - Lady gaga
Alenjandro - Lady gaga London brige - Fergie ( Mengisahkan
pelacur-pelacur di london )

Sharing is caring.. (^_^)V

Temasya Sukan Sekolah ku Pada Tahun 2011

Assalamualaikum to all readers..
pada post kali ini aq nk share pasal event temasya sukan di sekolah aku yang diadakan pada hari kahmis lalu..
Aku percaya setiap orang mesti ada pengalaman sendiri kan bila menyambut temasya sukan di sekolah masing-masing...
Ada yang jadi peserta dan ada juga yang tak kurangnye menjadi pasukan sorak or  cheer leader*tol ke aq eja..?hahaha..
begitu juga dengan aku..cuma pada tahun ini aku jadi pegawai aje..ha3 sebab pada tahun ini aku merupakan pelajar tingkatan enam atau dengan nama lain merupakan pelajar pra Universiti so cikgu-cikgu bagi tugas pegawai untuk membantu guru menguruskan acara pada hari itu....tapi tu pun aku lari dari buat tugas tu...*malas siot aku*kalau boleh jangan diamalkan langsung sebab kita harus lah sentiasa amanah terhadap tugas yg diberikan kepada kita harap korang jgn ikut perangai aku ni*..ha3...tapi..aku lari pun sebab sibuk nk snap gmbar time event pada hari tu..he3..
Pada tahun ini  aku tercampak kt rumah biru..hmm sedih siot  tapi xpe r..sekurang-kurangnye dpt tukar angin lak n nasib baik rumah aku x berada dalam tempat yang terakhir...kalau tidak koyak beb.
he3..pada tahun ini budak2 sekolah aku pakat ramai2 nk pulaukan rumah merah *pemulauan ini kalau leh jangan di adakan sangat sebab berdosa n menjatuhkan maruah seseorang tapi boleh dilakukan kepada orang2 yang zalim serta orang yang membuat maksiat.. harap korang faham*..he3...macam siot aje..tapi adat r..untuk  suka-suka  dan sebagai untuk memeriahkan acara pada hari tersebut..he3..aku pada mulanye cuak jugak nk tayangkan nset aku nk snap gambar tu tapi aku pakai redah aje sebab aku x ada kamera so terpaksaa bergantung pada kemera nset..he3..terima kasih kepada nset aku.. r..he3..
acara dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku n perbarisan lintasan hormat oleh wakil-wakil rumah sukan serta badan-badan uniform..
tapi satu aje yang aku kagum cikit kat persauan pbsm kerana mereka berjaya mendapatkan tempat ke lima 
KERANA..
mereka cuma dilatih oleh pelajar2 tingkatan tiga aje n budak2 tingkatan 1 aje yg masuk perbarisan....caya lah PBSM..
kalau ikut adat diorang akan di latih oleh pelajar tinkatan lima atau empat tapi pada tahun ini budak tingkatan tiga yang melatih diorang..
lagi satu kalau ikut adat r mesti budak2 tingkatan 1 n 2 yang masuk kawad perbarisan tapi pada tahun ini pelajar tingkatan 1 aje yg masuk..he3..
PBSM  TERBAIKK!!!
acara yang akhir sekali adalah acara tarik tali 
pehhh!!
memang gempak sikit r tahun ini sebab sengit sikit persaingan antara rumah sukan terutama sekali perlawanan  antara rumah kuning  dan hijau..
tapi keputusan kemenangan di pihak rumah hijau
ada kes sabotaj ckit apabila cikgu ter perasan seorang ahli rumah merah membantu peserta rumah hijau ketika pertandingan dijalankan*kes sabotaj ni kalau boleh harap korang jauhkan dan jangan diamalkan langsung  sebab boleh memudharatkan dan mendatangkan masalah kepada seseorang kecuali korang lakukan  kepada orang2 zalim agar mereka tidak dapat meneruskan kezaliman mereka lagi* ...kesimpulannye..rumah hijau sepatutnye relax r x yh r nk gelabah sebab diorang tetap menang jugak he3..
ok3..

hmm..rumah yang berjaya menjadi johan pada tahun ini ialah rumah kuning 
diikuti pula rumah hijau yang berada di tangga naib johan
rumah biru pulak(rumah aku )berada pada tempat ketiga..
n akhir sekali ialah rumah merah yang berada pada tempat yang terakhir..(harap tabah ea rumah merah,tahun depan masih ada he3....)

aku rasa ini ajelah yang aku dapat share dengan korang
.nnt ada event yg best aku share dengan korang pembaca sekalian..


member2 aku,,,he3...steady r bro


ahli pasukan rumah kuning 


Para pelajar sedang menunggu pengumuman keputusan sape yang menang pada tahun ini..




Acara yang paling warga sekolah nanti-nantikan..acara tarik tali..*guru-guru pun sibuk beri semangat kat pasukan rumah masing2


gambar aku posing..he3..saje2 je.he3..


gambar aku..he3..penat guys


Para peserta rumah merah sedang membuat persiapan sebelum acara perbarisan


panji-panji rumah merah

 caya r PBSM...budak2 setahun jagung aje yg masuk tapi berjaya dpt tempt kelima..

Friday, June 24, 2011

Israk Mikraj:kelebihan,hikmah dan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalamnya...

Assalamualaikum to all readers...
Sempena 27 rejab yang bakal tiba tidak lama lagi maka post kali ini aku hendak post kan mengenai peristiwa israk mikraj.Seperti yang kita sedia maklum,peristiwa israk mikraj ni berlaku pada bulan rejab iaitu pada 27 rejab.Peristiwa ini berlaku selepas tahun dukacita di mana pada tahun tersebut Rasulullah telah kehilangan dua orang yang baginda kasihi iaitu isteri baginda,Sadaitina Khadijah binti Khuwalid dan bapa saudara baginda,Abu Talib.Lalu Allah S.W.T telah menjemput Nabi S.A.W. ke sebuah perjalanan yang luar biasa dan teragung yang cuma Baginda sahaja yang dapat keistimewaan ini iaitu ISRAK MIKRAJ sebagai mengembirakan hati baginda.Dalam peristiwa israk mikraj ini Allah S.W.T telah menganugerahkan kepada Nabi Muhammad dan umatnya solat fardu lima waktu.

Israk pada definisinya ialah perjalanan nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki Burak bermula dari masji al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis.

Definisi Mikraj pula ialah naiknya nabi s.a.w ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha

Para ulama' hadis, ulama' feqah dan ulama' tafsir secara umum menegaskan bahawa perisitiwa isra' dan mikraj di mana kedua-duanya berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda s.a.w sedar.Sesuai dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al Isra' ayat 1 yang bermaksud

"Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

Dalam peristiwa ini banyak hikmat dan tauladan yang dapat umat islam perolehi kerana dalam peristiwa ini lah juga telah menguji keimanan umat islam pada masa itu sama ada mempercayai peristiwa yang berlaku pada rasulullah atau tidak.pada masa itu,setelah baginda menceritakan peristiwa tersebut pada masyarakat mekah,baginda telah di ejek oleh orang kafir quraisy mekah dan yang lagi menyedihkan umat islam yang telah memeluk islam pada ketika itu yang iman mereka masih lagi lemah ada yang kembali murtad kerana tidak dapat menerima kesahihan berita yang telah nabi sampaikan pada waktu itu.Keimanan umat islam pada waktu itu telah di uji oleh Allah S.W.T sama ada mereka benar-benar beriman atau tidak.Manakala bagi mereka yang benar-benar beriman dan mempercayai Nabi Muhammad tetap utuh dan semakin mantap keimanan mereka seperti yang terjadi pada Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar setelah mengetahui peristiwa tersebut telah mengatakan dengan tegas;

" Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda s.a.w mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya "

Inilah keimanan yang tidak berbelah bagi yang terdapat dalam diri Saidina Abu Bakar dan sesuai dengan gelaran As-Siddiq iaitu membawa maksud pembenar.Beliau sentiasa membenarkan kata-kata Rasulullah.

Ada lagi satu lagi info menarik bahawa ketika Baginda S.A.W hendak di kongsikan mengenai isra' mikraj ini...
pada ketika Rasulullah hendak di mikraj kan,ada seketul batu pun hendak mengikut baginda juga tapi telah ditahan oleh malaikat jibril dan tergantung di bumi dan kekal sehingga ke hari ini wallahualam...

Seterusnya adalah rentetan peristiwa yang berlaku dalam Isra' mikraj.....

*kronologi isra' mikraj ini aku ambik dari group islam sanubariku yang di post kan oleh Luqman Hakim
1. Sebelum Israk dan Mikraj



Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.



2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):



Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:



i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);



Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :



§-)) Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.



§-)) Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).



§-)) Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).



§-)) Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.



§-)) Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.



§-)) Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§-)) Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.



§-)) Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.



§-)) Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.



§-)) Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.



§-)) Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.



§-)) Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.



§-)) Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.



Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.



Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.



3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):



Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).



. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.



i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.



ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.



v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.



vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).



vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.



viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.



ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:



Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


semoga korang yakni pembaca sekalian harap dapat ambil iktibar dari peristiwa ini.Pada 27 rejab ini juga korang di disunatkan untuk berpuasa sunat .Semoga aq dan korang semua dapat berpuasa pada 27 rejab ini....


Jika ada yang kurang dalam post aku kali ini hjarap korang boleh bagi kritikan dan pendapat yang berguna untuk aku perbetul serta perbaiki lagi....

Yang baik datang dari Allah S.W.T manakala yang buruk datang dari diri aku sebagai hambaNYA yang lemah ini....


*gambar hiasan



*gambar hiasan
Tempat terletaknya batu yang dikatakan ingin mengikut Rasulullah dalam peristiwa mikraj


*gambar hiasan



*Gambar hiasan
masjidil aqsa


*gambar hiasan
gambar masjidil haram dari atas..


*gambar hiasan
gambar masjidil haram




jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...