Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Wednesday, April 20, 2011

Pasangan Pilihan >>>> Cinta couple Or Cinta sejati

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Assalamualaikum kepada pembaca sekalian..
Hari ni saya rasa mcam nak kupas sikit pasal cinta couple ni. Saya tahu banyak juga yang terlibat dalam couple-couple ni.Boleh dikatakan hampir kesemuanye terlibat.Setiap dalam dunia ni mesti hendak memerlukan pasangan dalam kehidupan diorang cuma kita ni tidak tahu betul ke dia ni jodoh yang terbaik buat diri masing-masing.Kadang-kadang saya pun sama hendak juga ada pasangan mcm ni bila ada sesetengah member-member  yang lain ni ada couple masing-masing tapi bila  fikir-fikir balik buat apa la nk terlibat dalam benda ni,leceh jgk nanti.Ada jugak yang mengatakan tidak payah ada pasangan pun boleh hidup juga atau pun baru-baru ni masa  di plkn ,ada member  seorang ni selalu cakap

'NO WOMEN NO CRY.NO SMOKE CAN DIE'

HAHAHA...
macam-macam ragam masyarakat hari ni....

Ada juga yang couple ni buat suka-suka je dan itulah yang bahayanya tu.selalunya perkara-perkara macam ni lah yang banyak menyumbang kepada kelahiran 'cucu2 adam 'tanpa niat ke alam dunia ni atau dalam bahasa kasar(bagi saya kot) ANAK LUAR NIKAH.kalau antum tengok dalam media massa baru-baru ni sama ada surat khabar,tv,dan sebagainye banyak yang melaporkan mengenai kes pembuangan bayi,Itulah nk buat senang, tidak fikir dulu kesannya. Bila sudah jadi barulah mereka yang terlibat mengelabah tidak tentu pasal sampai sanggup buang bayi yang tidak berdosa tu.Ada tu sanggup tanam aje...

kesian......


Perkara ni mungkin terjadi sebab terikut dengan kata-kata pasangan masing-masing dan tidak lupa jugak untuk membuktikan keaslian cinta diorang atau bahasa muda cinta sejati.ada YANG PERNAH CAKAP,

"Nak uji cinta sejati ni tidak payah wat benda-benda ni,nikah aje hah kan senang"

kadang-kadang  terasa betul jugak dan bagi saya pula nak dapatkan cinta sejati ni,saling memahami antara pasangan masing-masing dan tidak semestinya sampai hendak kena mengorbankan harga diri (buat kaum hawa)
merupakan ramuan yang penting dalam hendak mendapatkan cinta sejati ni serta tidak lupe pulak yang paling utama ialah mesti ada perasaan takut dan taat kepada perintah allah dan menjauhi laranganNya.Apabila ada perkara ni semua insyaalah..Allah akan makbulkan pasangan kita tu sebagai jodoh kita.
Hmm....bagi sesetengah pasangan couple lak ,apabila bercouple semuanye indah-indah belaka rasa dunia macam ana yang punye..
tapi bila clash mula la cakap ;

"ala lelaki semua sama aje.tidak boleh harap serta tidak  boleh percaya langsung "

ada tu sampai sanggup jadi anti dengan lelaki.Saya tidak nafikan ada antara cinta couple ni boleh berjaya sehingga ke upacara ijab kabul(pernikahan) seterusnya hingga ke akhir hayat diorang tapi diorang bercouple ada cara-cara tersendiri sehingga berjaya macam tu dan maybe tu da jodoh diorang.diorang juga mungkin mengamalkan tip-tip cinta sejati dengan pasangan diorang.
hehehehe...
da macam penceramah lak saya ni..tapi tu cuma adalah hasil dari pandangan saya sahaja.Bagi pulak nk bercouple ni maybew boleh TAPI!!!!
mestilah ada batas-batasnya dan yang penting perkara yang perlu kita kawal ialah nafsu kita dengan pasangan kita..insyaallah jika boleh kawal semuanya akan ada kesudahan yang gembira atau dalam bahasa lainnya

'HAPPY ENDING'


(saya tidak mengatakan couple ni halal di sisi syarak dan kalau ikut dari segi hukum couple ni memang haram sebab menghampirkan kita kepada zina.)

Sesungguhnya Allah S.W.T telah berfirman dalam Al Quran

Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik' (surah an nur ayat 26)..

Allah juga berfirman;


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ 
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

saya rasa majoriti semua pembaca kerap kali mendengar mengenai ayat dari surah an nur ini..saya harap anda boleh la memahami ayat tersebut dan berharap kita semua tergolong dalam orang yang mendapat jodoh yang baik-baik. Anda renung-renungkanlah kata-kata ini

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA. SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI ORANG YANG KITA CINTAI, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, KITA AKAN TURUT MENCINTAI ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.


kita sering kali mencari kesempurnaan untuk diri kita tapi sukar untuk mencarinya.Oleh itu baik lah kita beri kesempurnaan yang ada pada diri kita untuk menyempurnakan hidup orang lain. 
Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya. 
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya. 
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati. Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya. Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya, Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya , Melainkan dari sisinya untuk dilindunginya, dan, dekat di hati untuk dicintainya....... 


Yang baik datang dari Allah manakala yang buruk adalah berpunca dari kekhilafan diri saya ini...
yang baik kita jadikan sebagai panduan dalam kehidupan ini manakala yang buruk kita jadikan sebagai sempadan dari melakukan maksiat
wasallam....







gambar hiasan..




gambar hiasan..


gambar hiasan...



gambar hiasan...


*sumber rujukan dari i luv islam dan kawan-kawan serta di 'upgrade'kan oleh saya sendiri

8 comments:

  1. gudd~! tapi ade je pompuan yg baek dpt laki yg kejam~!

    ReplyDelete
  2. tu la aq kata..da jodoh...tu semua da takdir...

    ReplyDelete
  3. persevere..stiap yg b'lku ada hkmahnya. Hnya Allah yg tahu pew yg t'baik utk hmba2nya.Mngkn Allah m'pertemukn lelaki trsbut dgn wanita itu utk m'bri pluang kpdnya utk brubh.

    ReplyDelete
  4. haram tetap haram . kita tak boleh menghalalkan cara . tu lah hakikat .. bila dah kapel ni , even bertelefon pun dah kira maksiat .. ada rasa rindu pd yg tak halal dalam hati pun dah maksiat . maaf kalau terlebih ..

    ReplyDelete
  5. yup..mmg betol kapel itu haram..dalam post tu pun saya da g tw da kapel tu haram.....so the best way is nikah aje..tol x?

    ReplyDelete
  6. bagus gak idea saudara...
    dakwah dlm on9...
    x sai2 usaha saudara...
    semoga Allah murahkn rezeki ke ats saudara....
    jazakallahukhaira...

    ReplyDelete

jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...