Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Friday, January 25, 2013

Mahabbah Ya Rasulullah :Sirah hidup baginda part 3

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”




Alhamdulillah sekali lagi Allah memberi kesempatan kepada saya untuk menulis entry pada kali ini iaitu untuk menyambung semula kisah  kekasihNya iaitu Muhammad s.a.w , Rasul akhir zaman dan penutup bagi segala Rasul.
dalam kisah yang lepas kita dapat lihat secara ringkas kehidupan baginda di Madinah setelah berhijrah dan kejayaan baginda dan umat islam menawan semula kota mekah yang pada ketika itu dikuasai oleh pihak musyrikin mekah.
dengan kuasa Allah, kota suci umat islam itu akhirnya berjaya dibebaskan dari belenggu kebatilan dan  dari segala upacara syirik.
berhala-berhala dihancurkan..
dan berbondong-bondong manusia di kota mekah memeluk islam.
setelah baginda dan umat islam berjaya menawan kota mekah dalam peristiwa pembukaan kota mekah, baginda akhirnya pulang semula ke kota madinah selepas 15 hari menetap di kota mekah. 
selepas pembukaan kota mekah, akhirnya usaha dakwah dapat diperluaskan lagi dengan lebih giat. namun dalam masa yang sama, baginda dan umat islam juga turut berdepan dengan beberapa siri peperangan. Antara perang yang paling penting selepas peristiwa pembukaan kota mekah ialah perang tabuk kerana perang ini merupakan perang yang terakhir yang disertai oleh baginda s.a.w. sebelum baginda wafat.
secara ringkasnya, perang tabuk ni berlaku disebabkan keinginan Maharaja Rom yang ingin menguasai kawasan-kawasan di semenanjung tanah arab. Tambahan pula, maharaja tersebut telah mendengar bahawa terdapat sebuah kerajaan baru yang muncul di kawasan semenanjung tanah arab , kerajaan itu adalah kerajaan islam yang dipimpin oleh Rasulullah, baginda mengetahui mengenai perancangan  kerajaan Rom itu.Oleh itu, baginda telah mempersiapkan satu angkatan perang yang besar yang berjumlah dalam 30000 bala tentera termasuk 10000 bala tentera berkuda.
baginda memilih sebuah tempat yang bernama tabuk untuk dijadikan medan perang dan baginda juga turut membuat perjanjian dengan setiap ketua bagi masyarakat yang tinggal berdekatan dengan tabuk itu bahawa mereka tidak akan diserang serta diberi jaminan keselamatan oleh pihak islam. tentera islam juga pada ketika itu turut dibantu oleh Allah yang mana  Dia telah menghantar sepasukan malaikat  untuk membantu  tentera islam menentang tentera rom yang mana merupakan sebuah kerajaan yang kuat pada ketika itu.hal ini dapat dilihat sendiri oleh tentera rom bahawa ketika mereka memasuki medan perang, mereka melihat sepasukan malaikat yang menyamar sebagai panglima tentera islam yang memakai pakaian serba putih dan memiliki tubuh yang tegap dan sasa serta dilengkapi dengan alat kelengkapan perang pada ketika itu. Hal ini menyebabkan semangat tentera rom menurun dan menyebabkan mereka berundur dari medan perang. kemenangan berjaya dicapai tanpa sedikit pun pertumpahan darah.tentera islam  berada di tabuk selama 20 hari.
pada tahun berikutnya iaitu pada tahun ke sepuluh hijrah, baginda telah menunaikan ibadah haji yang terakhir dikenali sebagai haji wida' atau haji perpisahan.  peristiwa ini berlaku pada  9 zulhijjah. dalam peristiwa tersebut, baginda telah meninggalkan  satu wasiat yang penting dan besar buat seluruh umat islam yang mana terkandung dalam khutbah terakhir baginda. bagi sesiapa yang ingin mengetahui isi khutbah terakhir tersebut bolehlah( Klik di sini )

kesemua hadirin yang hadir dan  mendengar pesanan baginda itu dapat merasakan bahawa mungkin itu adalah haji yang terakhir dari  utusan Allah itu. suasana pilu dan sebak mula dirasai dalam diri mereka.
hal ini terbukti pada tahun seterusnya bahawa baginda akhirnya pergi meninggalkan dunia ini menuju kepada kekasih yang abadi yakni kepada Tuhan sekalian alam, Allah s.w.t....
detik-detik kewafatan bermula apabila baginda mula jatuh sakit yakni mengadu sakit kepala dan pening yang amat sangat kepada ummul mukminin Saidatina Aisyah  sekembalinya baginda dari melawat  perkuburan baqi' bersama-sama dengan Muwaihibah selepas diperntahkan untuk beristigfar disana.walaupun baginda dilanda kesakitan, baginda masih lagi berupaya untuk menunaikan solat. .pada suatu malam ketika umat islam sedang menunggu kehadiran baginda untuk memimpin baginda menunaikan solat namun baginda tidak dapat berbuat demikian kerana terlalu sakit sehingga baginda meminta saidina Abu Bakar menunaikan solat, saidina Abu Bakar setelah diberitahu perintah nabi  maka beliau meminta saidina Umar yang melakukannya namun Umar menolak malah menyuruh kembali saidina Abu Bakar mengimamkan solat kerana ia adalah perintah Nabi.  keesokan harinya apabila baginda merasa bahawa baginda berasa lega dari penyakit baginda,baginda pun pergi menunaikan solat zohor di masjid.apabila umat islam melihat maka mereka berasa gembira kerana menyangka bahawa baginda akan sembuh dari penyakit .saidina Abu Bakar yang melihat kehadiran Nabi  ingin berundur dari menjadi imam namun ditegah oleh nabi . baginda meminta bantuan dua orang sahabat bagi mendudukkannya disebelah Abu Bakar. maka solat dilaksanakan dengan saidina Abu Bakar bersolat mengikut solat Nabi yang solat duduk disebelah beliau dan umat islam mengikut solat di belakang Saidina Abu bakar. sangkaan umat islam bahawa penyakit baginda akan sembuh ternyata meleset, hal ini terbukti bahawa penyakit baginda menjadi semakin parah.
terdapat dalam satu hari ketika baginda sedang sakit, berada di samping para isteri baginda maka puteri baginda Siti Fatimah datang menemui baginda.baginda sempat berkongsi dua perkara iaitu baginda pertama kali berasa sedih kerana pada kebiasaannya malaikat Jibril datang menemui baginda sekali setahun untuk menyampaikan wahyu al-Quran namun pada tahun ini malaikat Jibril datang sebanyak dua kali .kedatangan itu berlaku tidak lain tidak bukan kerana mengetahui pada tahun itu baginda akan wafat..perkara kedua ialah baginda tersenyum kegembiraan kerana puterinya itulah orang pertama daripada ahli keluarga baginda yang akan mengiringi baginda sesudah wafat.. baginda juga turut mengkhabarkan bahawa puterinya itulah merupakan pemimpin atau penghulu bagi setiap wanita beriman di syurga kelak
pada hari-hari terakhir baginda, ketika dalam keheningan subuh pada 12 rabi'ul awwal tahun 11 hijrah,ketika mana saidina Abu Bakar dan umat islam sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat, maka terpandang senyuman dari insan agung itu dari tirai bilik saidatina Aisyah terbuka..gembira mereka melihat keadaan itu, saidina Abu Bakar segera ingin memberikan ruang untuk nabi solat  kerana menyangka baginda ingin bersolat bersama mereka namun baginda mengisyaratkan mereka agar menyempurnakan solat mereka itu.kaum muslimin pada ketika itu berasa senang hati melihat perubahan itu kerana menyangka bahawa baginda akan sembuh namun sangkaan mereka meleset sama sekali apabila selepas tertutupnya tirai bilik saidatina Aisyah, baginda kembali berbaring di tempat pembaringan baginda dan keadaan baginda bertambah tenat. itulah senyuman yang terakhir yang dapat dilihat daripada wajah insan agung itu dan senyuman itu juga merupakan senyuman perpisahan daripada pemimpin umat manusia itu terhadap umatnya..sebelum baginda menemui Allah s.w.t
Pada saat-saat terakhir,  sahabat baginda Usamah bin Zaid masuk menemui baginda ,ketika berada di samping baginda, beliau melihat sendiri bagaimana Rasulullah meletakkan tangan baginda ke atasnya dan melihat baginda mengangkat kedua-dua belah tanganya yang mana beliau mengetahui bahawa baginda telah berdoa untuknya.
sebelum baginda menghembuskan nafas yang terakhir , baginda sempat lagi berwasiat kepada umatnya

Wahai manusia! Sesungguhnya tidak akan kekal berita atau wahyu kenabian melainkan

 rukya solehah yang akan diperlihatkan kepada orang islam atau pun dia melihatnya. Ada 


pun sesungguhnya aku telah mengakhiri pembacaan al-Quran ketika rukuk dan sujud.


 Ketika rukuk maka besarkanlah Allah manakala ketika sujud maka bersungguhlah meminta 


doa Maka lakukanlah nescaya akan dimaqbulkan. 



setelah itu, baginda pun menghembuskan nafasnya yang terakhir , pergi menemui kekasih sejati Allah Rabbul Izzati meninggalkan syariat yang telah lengkap untuk umatnya amalkan sehingga akhir hayat mereka atau dalam erti kata lain sehingga kiamat.
kewafatan baginda pada hari itu tidak dapat diterima oleh hampir kesemua umatnya . Hal ini dapat dilihat daripada reaksi  sahabat besar seperti Saidina Umar yang mana beliau mengugut bahawa beliau akan memancung kepala sesiapa sahaja yang mengatakan baginda telah wafat kerana bagi beliau, baginda tidak akan wafat sehingga kaum munafik dihancurkan. namun ada yang menyedihkan lagi, terdapat segelintir umat islam yang lemah imannya kembali murtad kerana tidak dapat menerima berita ini. melihat kepada keadaan itu, Saidina Abu bakar pun menyampaikan ucapan bagi menenangkan kaum muslimin yang sedang berdukacita itu.
 antara isi ucapan beliau ialah..


" Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Sayyidina Muhammad 

s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah 


maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak akan mati". 



selanjutnya beliau membacakan ayat al Quran yang bermaksud


" Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya

 beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan 

berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat 

mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan 

kepada mereka yang bersyukur "

(Sural al-Imran ayat 144)


setelah mendengar ucapan daripada Saidina Abu Bakar itu, maka suasana dapat kembali terkawal.Namun kewafatan insan agung itu tetap menggamit seribu kesedihan dalam diri umatnya..cuma yang bezanya mereka akhirnya dapat menerima pemergian Rasul yang tercinta itu dengan tenang..

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyiapkan  entry ini..
semoga entry pada kali ini dapat membuatkan kita mengetahui sedikir sebanyak kisah hidup Rasul kita walaupun baginda telah pergi meninggalkan kita beratus-ratus tahun dahulu...
segala yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu dtang daripada kekurangan diri ini sebagai hambaNya...
yang baik dijadikan tauladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan:)
selamat beramal :)








Wednesday, January 23, 2013

Mahabbah Ya Rasulullah :Sirah hidup baginda part 2

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”





Alhamdulillah pada kali ini saya berkesempatan untuk  menyambung kembali entry yang lepas  iaitu mengenai kisah ringkas sirah hidup Rasulullah s.a.w , seorang insan agung yang mana merupakan seorang rasul yang membawa hidayah dan petunjuk kepada umat manusia..
pada kisah yang lepas kita telah menyaksikan kehidupan baginda secara ringkas di kota mekah dan bagaimana baginda menyebarkan dakwah islam di kota tersebut serta tentangan yang terpaksa di hadapi oleh baginda dan umat islam. bagi yang tidak mengetahu kisah yang lepas maka bolehlah ( klik di sini )
sambungan daripada kisah yang lepas,sebelum baginda memasuki kota yathrib, baginda terlebih dahulu tiba di sebuah tempat yang bernama Quba dan di sana baginda dan saidina Abu Bakar sempat mendirikan sebuah masjid yang bernama masjid Quba. setelah baginda sampai ke kota yathrib, baginda dan  sahabat baginda iaitu Abu Bakar as-Siddiq telah disambut dengan meriah oleh para penduduk madinah,  mereka disambut dengan selawat tola'al badru alaina .jika anda ingin mendengarnya, anda boleh la menekan link( Klik di sini :) ) . masya Allah..betapa menantinya para penduduk Yathrib kedatangan seorang insan agung ke kota mereka. 
 sesampainya Rasulullah dan saidina Abu Bakar ke kota mereka, maka ramai penduduk madinah yang berhasrat untuk menjadikan Rasulullah sebagai tetamu mereka.ekoran daripada itu, ramai yang berebut-rebut ingin memegang tali unta baginda namun baginda melarang dan bersabda bahawa biarkan unta itu berjalan dan ia akan berhenti sendiri. oleh itu unta itu dibiarkan berjalan dan akhirnya berhenti di hadapan rumah salah seorang sahabat ansar iaitu Abu Ayub al-Ansari. maka bermalamlah baginda di rumah  sahabat tersebut di yahtrib.
penghijrahan baginda di kota tersebut telah membawa banyak perubahan . antaranya , nama kota yathrib ditukar kepada kota madinah al munawarah iaitu bermaksud kota yang bercahaya ,  persaudaraan antara suku aus dan khazraj , persaudaraan antara kaum muhajirin ( orang islam mekah yang berhijrah ke madinah) dengan kaum ansar (penduduk muslim madinah).  Baginda juga turut menyusun  perlembagaan madinah atau dikenali sebagai sahifah madinah sebelum menjadikan kota tersebut sebagai sebuah negara yang berdaulat. perlembagaan tersebut disusun hasil persepakatan dan persetujuan seluruh penduduk madinah termasuk kaum muhajirin , kaum ansar , dan orang-orang yahudi di kota tersebut.perlembagaan tersebut merupakan perlembagaan pertama yang wujud di dunia yang dihasilkan hasil persepakatan masyarakat dan rasulullah berdasarkan wahyu.
baginda juga turut dipersetujui oleh  para penduduk madinah sebagai pemimpin mereka di kota tersebut.
akhirnya dapatlah  syiar islam mula berdiri kukuh dan disebarkan tanpa ganguan seperti yang dialami di kota mekah.
keamanan di kota madinah tidak kekal lama kerana penduduk musyrikin mekah sentiasa mencari jalan untuk menjatuhkan islam di kota madinah .
 hal ini kerana  tidak lama kemudian tercetusnya perang badar  iaitu perang yang pertama di kota tersebut.Tujuan sebenar Rasulullah SAW dan para sahabat pergi ke Badar bukannya untuk bertempur. Tetapi untuk mengambil semula harta umat Islam yang telah dirampas di Mekah.
Justeru, setelah baginda mengetahui rombongan kafilah yang dipimpin oleh Abu Sufyan sedang dalam perjalanan balik menuju Mekah dengan diiringi sekitar 40 orang, Rasulullah dan para sahabat seramai 313 orang telah keluar untuk mengambil kembali harta yang ditinggalkan di Mekah secara baik, tanpa perlu pertumpahan darah.
Pun begitu, perancangan Rasulullah dan para sahabat diketahui oleh Abu Sufyan dan rombongannya.
Lantas, Abu Sufyan segera menghantar utusan ke Mekah untuk menyampaikan maklumat, sekali gus meminta bantuan ketenteraan daripada masyarakat kafir Quraisy.
Sebagai menyahut seruan Abu Sufyan itu, Abu Jahal mengerahkan ketumbukan tentera yang berjumlah 1,300 orang dengan berkenderaan dan lengkap bersenjata.
Mereka keluar dari kota Mekah menuju ke lokasi peperangan dengan angkuh dan sombong sehingga telatah mereka itu digambarkan oleh Allah SWT. (rujuk al-Anfal: 47)
Angkuh dan sombong
Apabila sampai di Juhfah, sebuah tempat dalam perjalanan ke Badar, tentera Abu Jahal mendapat berita bahawa kafilah Abu Sufyan telah terselamat daripada serangan tentera Islam.
Namun, mereka tetap ingin meneruskan peperangan kerana angkuh dan sombong. Di sinilah berlakunya perpecahan di kalangan mereka sehingga menyebabkan 300 tentera Quraisy pulang semula ke Mekah.
Apabila Rasulullah mendapat perkembangan terbaru tentang kemaraan tentera Quraisy yang jumlah mereka jauh lebih besar daripada jumlah mereka, maka baginda meminta pandangan para sahabat, sama ada mereka ingin meneruskan peperangan atau tidak. Dalam majlis permesyuaratan ini, sahabat-sahabat terkemuka memberikan pandangan.
Antaranya ialah Abu Bakar r.a. dan Umar Al-Khattab r.a. Semuanya bersetuju supaya diteruskan peperangan tersebut. Kemudian pandangan mereka disusuli oleh Al-Miqdad bin Amru r.a yang menyatakan kebersamaan dengan Rasulullah SAW. Kemudian, baginda sekali lagi meminta pandangan daripada para sahabat.
Kemudian, bangunlah Sa’ad bin Muadz menyampaikan ucapan dengan penuh semangat mewakili golongan Ansar. Beliau menyatakan persetujuan untuk bersama-sama Rasulullah dan sanggup melakukan pengorbanan demi Islam.
Maka, berlakulah peperangan di antara tentera Islam dan tentera musuh yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada tentera Islam dengan pertolongan daripada Allah SWT..
apabila berakhirnya perang badar. dalam peperangan ini, dapat dilihat sikap  kebijaksaaan baginda Rasulullah terhadap tawanan peang yang mana baginda telah menetapkan bahawa tawanan-tawanan perang tersebut diberikan peluang untuk membebaskan diri mereka iaitu  dengan syarat mereka membayar tebusan bagi yang berkemampuan, bagi yang tidak berkemampuan , baginda meminta tawanan-tawanan yang  mempunyai ilmu pengetahuan mengajar anak-anak orang islam sehingga mahir.
kekalahan kaum musyrikin mekah dalam perang badar  tidak didiamkan begitu sahaja oleh mereka, maka mereka telah mengaturkan satu lagi perang ke atas orang islam di mekah degan niat untuk membalas dendam untuk perang yang lalu.
perang tersebut dikenali sebagai perang Uhud kerana perang tersebut berlaku berdekatan dengan bukit Uhud. perang uhud berlaku pada 3 syawal pada tahun ketiga hijrah bersamaan pada 19 mac tahun 625 masihi.pada peringkat awal, seramai 1000 orang tentera islam yang berjaya dikumpulkan namun atas perancangan jahat kaum munafiq, hanya tinggal 700 orang sahaja yang menyertai perang tersebut ( klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perang uhud )
dalam peperangan ini, telah memberikan satu pengajaran yang besar ke atas kaum muslimin yang mana pihak musyrikin mekah telah memenangi perang pada kali ini, dalam pada masa yang sama di belah pihak kaum muslimin, mengalami kekalahan yang teruk dan ditambahkan lagi nabi turut kehilangan bapa saudaranya iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai singa Allah. beliau telah dibunuh dengan tombak yang telah dilontarkan oleh seorang hamba Abu Sufyan yang akan diberi janji untuk dimerdekakan sekiranya  berjaya membunuh  singa Allah tersebut iaitu Wahsyi. dalam perang ini juga, Nabi Muhammad mengalami kecederaan  kerana diasak oleh musuh.
pengajaran yang boleh  didapati dalam perang ini,  yang paling utama  setiap pasukan tentera hendaklah mendengar dan taat kepada perintah ketua daripada mengejar harta dunia kerana kemungkinan harta yang telah ditinggalkan  itu adalah perangkap musuh.
  
kemenangan tentera musyrikin ke atas umat islam di madinah   dalam perang uhud masih lagi tidak dapat memenuhi kepuasan hati mereka , oleh itu mereka merancang untuk menghancurkan Rasulullah dan Nabi Muhammad dan seluruh umat islam di madinah dengan mengaturkan satu lagi peperangan yang mana peperangan ini lebih dikenali sebagai perang al- Ahzab, iaitu perang tentera bersekutu atau perang khandaq  (perang parit). hal ini kerana  pihak musyrikin mekah telah membuat komplot dengan kabilah-kabilah yang berada di sekitar kota mekah untuk menyerang madinah malah mereka turut membuat perjanjian dengan bani Quraizah untuk menghancurkan madinah dari dalam. namun dengan kuasa Allah,  kota madinah terselamat dari  perancangan jahat mereka iaitu Nabi telah mengetahui rancangan mereka melalui wahyu yang diturunkan dan seterusnya mengatur strategi  untuk menggali parit yang dalam di sekitar kota madinah  hasil pendapat yang diutarakan oleh sahabat baginda Salman al-Farisi yang berasal dari Parsi  ketika baginda bermusyawarah dengan para sahabat  bagaimana cara untuk mengatasi jumlah tentera musuh yang ramai itu.
dalam perang pada kali ini, berlaku perpecahan dalam kalangan tentera bersekutu  yang mana mengundang kepada kekalahan mereka ditambahkan lagi dengan kuasa Allah yang telah membantu pihak muslimin dengan menghantar ribut pasir yang menyebabkan pihak  tentera al-Ahzab berundur atau dalam erti kata lain lari meninggalkan khemah masing-masing kerana menyangka mereka diserang oleh pihak muslimin. walaupun perang pada kali ini tidak mengorbankan banyak nyawa  , namun memberikan tamparan yang besar kepada pihak musyrikin dan sekutunya bahawa bilangan mereka yang ramai masih lagi tidak mampu menghancurkan kota madinah.
kalau hendak diikutkan terdapat banyak lagi peperangan yang dilalui oleh baginda Rasulullah dan umat islam ,namun ketiga-tiga perang di atas merupakan perang yang penting antara pihak muslimin dengan tentera musyrikin mekah.
 kehidupan pihak muslimin setelah peperangan khandaq tersebut berada dalam keadaan makmur dan aman di bawah pimpinan baginda Rasulullah,
setelah meninggalkan saudara mara dan kampung halaman di kota mekah, maka terbitnya rasa rindu  di dalam kalangan kaum muhajirin untuk melawat kembali suadara mara dan kampung halaman di kota mekah, oleh itu kaum muhajirin telah mengadukannya kepada baginda. dalam keadaan yang lain, Rasulullah juga turut bermimpi akan memasuki kota mekah , maka  ekoran daripada itu,  baginda telah membuat keputusan untuk menuju ke kota mekah dengan tujuan untuk menunaikan haji dengan rombongan seramai 1400 orang islam. Kedatangan umat islam dengan jumlah yang ramai itu telah menyebabkan pihak musyrikin mekah menyangka  kedatangan rombongan tersebut untuk memerangi mereka, oleh itu mereka telah menghantar  satu kumpulan askar untuk menghalang rombongan tersebut dari menuju ke kota mekah. namun kedatangan baginda dan umat islam pada ketika itu bukan untuk tujuan berperang , hal ini dibuktikan dengan mereka hanya mebawa pedang yang bersarung sahaja sebagai senjata untuk melindungi diri dari serangan musuh dan cuba mengelakkan daripada terserempak dengan kumpulan askar musyrikin mekah maka mereka menggunakan jalan lain untuk menuju ke kota mekah. Setibanya di sebuah tempat yang bernama Hudaibiyah, rombongan tersebut telah berhenti untuk berehat .
melihat kepada reaksi penduduk musyrikin mekah terhadap rombongan  haji tersebut , maka baginda Rasulullah telah mengutuskan saidina Uthman bin Affan ke kota mekah untuk menjelaskan  kepada mereka tujuan sebenar.
pemergian saidina Uthman ke kota mekah yang begitu lama telah menggusarkan kaum muslimin dan pada masa yang sama telah timbul desas desus yang mengatakan saidina Uthman telah dibunuh di kota mekah, melihat pada keadaan itu maka setiap kaum muslimin yang berada di hudaibiyah telah membuat ikrar untuk menuntut bela ke atas kematian saidina Uthman . ikrar tersebut dikenal sebagai bai'ah ridhwan. mendengar berita ini, maka telah timbul kegerunan dalam diri setiap warga penduduk mekah  , oleh itu mereka telah menghantar  Suhail bin Amru untuk berunding dengan umat islam dan juga untuk menjelaskan bahawa  saidina Uthman masih lagi hidup. maka pada bulan zulkaedah  dalam tahun 6 hijrah bersamaan pada bulan mac tahun 628 masihi,  termeterailah sebuah perjanjian yang dinamakan sebagai perjanjian hudaibiyah antara kaum muslimin dengan pihak musyrikin mekah pada ketika itu.
ekoran daripada perjanjian itu maka pihak muslimin terpaksa kembali semula ke kota madinah  dan mereka akan dibenarkan menunaikan haji pada tahun yang seterusnya, selain itu berlaku gencatan senjata  selama 10 tahun yang mana kedua-dua belah pihak tidak boleh berperang antara satu sama lain serta dibenarkan untuk membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah pada ketika itu tetapi tidak boleh membantu dalam peperangan. di samping itu, mana-mana umat islam  mekah yang pergi ke kota madinah tanpa izin hendaklah dipulangkan balik manakala  umat islam madinah yang pergi ke kota mekah tanpa izin tidak akan dipulangkan balik.
walaupun isi-isi perjanjian yang dibuat oleh pihak musyrikin mekah dengan Rasulullah dan umat islam kelihatan berat sebelah namun  Allah dan Rasulnya maha mengetahui bahawa pihak musyrikin mekah pasti tidak akan dapat mematuhi syarat perjanjian yang dibuat dan dipersetujui mereka.hal ini dapat dilihat tidak beberapa kemudian dalam beberapa tahun selepas termeterainya perjanjian hudibiyah ekoran daripada tindakan pihak musrikin yang membantu bani bakr menyerang bani khuza'ah yang memberikan taat setia kepada Rasulullah.
hal ini telah sampai kepada Rasulullah lalu baginda telah mempersiapkan sebuah pasukan tentera yang besar iaitu berjumlah 10000 orang tentera terus menuju ke mekah. peristiwa ini dikenali sebagai hari pembukaan kota mekah yang mana dalam peristiwa ini , baginda telah membahagikan pasukan tenteranya kepada 5 kumpulan  yang mana tiap-tiap kumpulan akan  mengepung dan seterusnya memasuki kota mekah melalu empat penjuru.setiap kumpulan tentera diketuai oleh seorang panglima perang yang mana terdiri daripada para sahabat iaitu Khalid bin al-Walid , Qais bin Saad bin Ubadah,Zubair bin al-Awwam dan Abu Ubaidah bin al-Jarrah dan bagnda sendiri
dalam peristiwa pembukaan kota mekah ini,  telah memperlihatkan bahawa dua orang pemimpin atau tokoh  quraisyh mekah telah datang menemui baginda s.a.w untuk memeluk islam. mereka berdua ialah  al-Abbas bin Abdul Mutalib dan Abu Sufyan.sebelum memasuki kota mekah atau sebelum penaklukan kota mekah oleh tentera muslimin, baginda telah menawarkan tawaran dan keselamatan ke atas kota mekah yang mana antaranya sesiapa yang berlindung di dalam masjid maka mereka akan selamat, sesiapa yang berlindung di dalam rumah Abu sufyan akan selamat dan sesiapa yang berlindung di dalam rumah masing-masing pun turut akan selamat. Baginda meminta  al Abbas  dan Abu Sufyan untuk menyampaikannya kepada penduduk mekah.umat islam  memasuki kota mekah tanpa ada sebarang tentangan  kecuali tentangan kecil daripada ikrimah bin Abu jahal yang terpaksa dihadapi oleh pasukan khalid bin al-Walid.
setelah baginda memasuki kota mekah , baginda memasuki masjidil haram dan seterusnya menuju ke hajar al aswad dan tawaf mengelilinginya. Baginda juga turut menghancurkan berhala-berhala yang berada di sekitar kota mekah dan di dalam kaabah  iaitu sebanyak 360 buah berhala .
pada hari itu jugalah  azan yang pertama kali berkumandang di kota mekah oleh bilal bin rabah.
seterusnya baginda turut memaafkan setiap penduduk kota mekah yang mana pada ketika itu sedang risau memikirkan apakah  balasan yang akan mereka terima atas setiap perbuatan mereka ke atas Rasulullah dan setiap umat islam yang diseksa dahulu... Kemaafan yang diberikan oleh Rasulullah pada ketika dan akhlak yang ditunjukkan oleh baginda itu adalah amat tidak dapat mereka sangkakan, oleh kerana itu, turut menjadikan salah satu sebab mengapa  penduduk mekah pada waktu itu berbondong-bondong memeluk islam . Rasulullah megambil kunci kaabah daripada ustman bin Talhah dan memasukinya seterusnya membersihkan kaabah dan solat di dalamnya.  Rasulullah menetap selama 15 hari di kota mekah sebelum berangkat pulang semula ke kota madinah.
subhanaallah
untuk melihat lebih lagi gambaran pembukaan kota mekah ... bolehlah klik di sini )

rasa-rasanya sampai di sini sahajalah entry pada kali ini...jika di izinkan Allah.. saya akan menyambung kisah Rasulullah ini pada entry yang akan datang...
yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buuk itu datang daripada kekurangan diri ini ..
yang baik kita jadikan tauladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan...
semoga bertemu kembali pada entry yang akan datang...
IN SHA ALLAH
(^_^)v














Tuesday, January 22, 2013

Mahabbah Ya Rasulullah :Sirah hidup baginda part 1

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”















Alhamdulillah pada hari ini saya diberikan kesempatan untuk membuat perkongsian dalam entry pada kali ini...
 beberapa hari lagi kita semua umat islam akan menyambut satu hari yangg agung antara hari-hari yang agung dalam islam iaitu hari  peringatan kelahiran Rasul Junjungan besar kita  iaitu Nabi Muhammad s.a.w..
sungguhpun baginda telah pergi meninggalkan kita yakni umatnya sejak beratus-ratus tahun dahulu namun,,, aura baginda masih lagi kekal sehingga ke hari ini...segala ajaran yang baginda tinggalkan untuk umatnya masih lagi terus kekal dan tersebar ke seluruh pelosok alam  ini....
 apabila kita membicarakan mengenai sejarah hidup baginda...sudah pastinya begitu banyak pengajaran dan tauladan yang dapat kita semua perolehi melalui sejarah hidup baginda...
baginda Rasulullah s.a.w merupakan seorang insan agung yang diutuskan oleh Allah kepada seluruh umat manusia yang mana perutusan baginda  merupakan perutusan yang khas daripada Allah kepada seluruh umat manusia di dunia berbeza dengan perutusan-perutusan para rasul yang lain yang mana perutusan mereka hanya khas untuk kaum-kaum yang tertentu seperti Nabi Musa untuk bangsa bani israil....
 Sejarah agung kelahiran insan agung  iaitu Nabi Muhammad s.a.w ke dunia bermula pada hari kelahiran baginda iaitu pada hari isnin , 12 rabi'ul awal dalam tahun gajah di kota suci umat islam iaitu kota mekah al mukarramah..
nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutallib ..sementara nama ibu baginda pula ialah Aminah binti Wahab..
baginda berasal daripada keturunan  yang paling dihormati di mekah iaitu daripada bani Hasyim.. orang pertama yang menyusukan baginda setelah ibunya ialah Tsuaibah dan seterusnya diserahkan pula kepada Halimah binti Dzu'aib as-sa'diyah sehingga umur baginda 2 tahun..iaitu 4 tahun dalam jagaan halimah
pada saat-saat kelahiran , baginda telahpun kehilangan ayahanda baginda iaitu Abdullah bin Abdul Mutalib dan baginda juga turut kehilangan bonda baginda iaitu Aminah binti Wahab yang mana  meninggal dunia pada usia baginda 6 tahun ketika selesai ziarah makam ayanda baginda di yathrib ( nama sekarang ditukar kepada kota madinah)
jenazah  bonda baginda dimakamkan di abwa'..baginda dibawa pulang ke kota mekah  bersama-sama dengan pengasuhnya Ummu Aiman..
 setibanya di kota mekah..baginda diserahkan di bawah penjagaan datuknya iaitu Abdul Mutalib..
namun pada usia baginda 8 tahun.. datuknya pula meninggal dunia dan baginda akhirnya diserahkan kepada Abu Talib iaitu bapa saudara baginda sendiri..
 bermulalah kehidupan baginda dibawah asuhan keluarga Abu Talib..
  Baginda Rasulullah telahpun didedahkan dengan dunia perniagaan dan perdagangan sejak usia baginda masih kecil yang mana dapat dilihat  pada usia baginda 12 tahun baginda telah dibawa oleh bapa saudara baginda ke syam. Dalam pertengahan jalan, iaitu setibanya di basrah, mereka telah bertemu dengan seorang pendeta nasrani yang bernama Bahira (Bukhira) yang mana  telah melihat tanda-tanda kenabian pada diri baginda pada ketika itu..atas nasihat pendeta  tersebut dan khuatir dengan keselamatan  baginda, Abu Talib telah  membuat keputusan untuk menghantar baginda kembali ke mekah.
pada usia 25 tahun.. dengan takdir Allah baginda telah  berkahwin dengan  seorang  wanita bangsawan  quraisy  iaitu  Siti Khadijah binti Khuwalid yang terkenal sebagai seorang wanita yang kaya raya dan mempunyai sifat-sifat terpuji..yang mana pada ketika itu  Siti Khadijah  berusia  40 tahun
Siti khadijah tertarik dengan sifat-sifat mulia yang terdapat pada diri baginda terutama sekali  dalam urusan perniagaan yang diamanahkan oleh Siti Khadijah kepada  Baginda untuk diperdagangkan.
Hasil daripada perkahwinan tersebut, baginda telah dikurniakan 2 orang putera dan 4 orang puteri..
dua orang putera baginda iaitu al-Qasim dan Abdullah meninggal dunia sewaktu kecil manakala puteri-puteri baginda Zainab, Ruqayyah dan Ummu Khaltum meninggal dunia masa zaman hidup dalam baginda masih hidup  dan yang terakhir sekali puteri baginda Fatimah meninggal dunia tidak beberapa lama selepas kewafatan nabi..
Rasulullah s.a.w mendapat wahyu yang pertama di Gua Hira'  pada usia 40 tahun yang dibawa oleh malaikat jibril yang mana pada ketika itu baginda sedang beruzlah yakni mengasingkan diri untuk memohon petunjuk kepada Allah..
wahyu pertama tersebut adalah  surah al -alaq ayat 1 - 5 .
setelah  menerima wahyu pertama tersebut, baginda terus pulang ke rumah dengan perasaan gementar lalu bersabda kepada isterinya , Siti Khadijah agar selimutkan baginda. Siti Khadijah kemudiannya membawa  baginda berjumpa dengan bapa saudaranya iaitu Waraqah bin Naufal yang mana menyatakan bahawa yang menemui baginda adalah malaikat jibril.


Rasulullah  setelah menerima wahyu  telah menjalankan aktiviti dakwah secara dua peringkat  iaitu peringkat  dakwah secara sembunyi-sembunyi  dan peringkat dakwah secara terang-terangan.

peringkat dakwah secara sembunyi-sembunyi ini dijalankan selama 3 tahun kerana pada awal kedatangan islam berada dalam keadaan asing , oleh itu baginda menjalankan dakwah  di kalangan ahli keluarga yang terdekat dan orang-orang yang rapat dengan baginda  sahaja seperti Siti khadijah, Ali bin Abu Talib , Abu Bakar as- Siddiq dan zaid bin Harithah yang mana kesemua mereka digelar sebagai as-Saabiqun al-Awwalun. hal ini untuk mengelakkan tentangan yang kuat daripada penduduk musyrikin mekah pada ketika itu.

 Namun setelah turunnya wahyu surah al-Hijr ayat 94, baginda diperintahkan oleh Allah agar berdakwah kepada kepada kesemua umat manusia dan pada waktu itu bermulalah peringkat dakwah secara terang-terangan di kota mekah. tindakan pertama Rasulullah  dalam peringkat ini adalah dengan berdakwah kepada kesemua masyarakat mekah di bukit safa namun  dalam peristiwa tersebut baginda telah ditentang oleh kebanyakan  penduduk musyrikin mekah terutama sekali oleh bapa saudara baginda iaitu Abu Lahab.


Setelah dakwah secara terang-terangan ini dilakukan, banyak tentangan yang diterima oleh baginda dan para sahabat yg memeluk islam pada ketika itu antaranya seperti  Bilal bin Rabah yang diseksa oleh majikannya Umaiyah bin Khalaf  dengan menghempapkan batu besar di atas badan bilal yang sedang dibaringkan serta diikat di atas padang pasir yang panas terik dan seperti yang dihadapi oleh keluarga yasir yang mana mereka telah diseksa sehingga syahid kecuali anak mereka Ammar bin Yasir  kerana terpaksa mengucapkan kekufuran dalam keadaan terpaksa .


tentangan ke atas umat islam menjadi semakin deras setelah kematian dua orang insan yang sering melindungi Nabi daripada  perbuatan keji musyrikin mekah iaitu  Siti Khadijah  isteri baginda dan Abu Talib , Bapa saudara baginda.  kematian kedua-dua insan tersebut membuatkan baginda merasa sedih sehingga tahun tersebut digelar sebgaai tahun dukacita. Untuk mengubati kesedihan tersebut maka Allah telah mengaturkan sebuah perjalanan yang paling agung yang tidak pernah ditempuhi oleh seorang pun manusia sebelum baginda dan tidak akan dirasai oleh seorang pun manusia sesudah baginda iaitu  isra' dak mikraj.


isra' mikraj adalah sebuah peristiwa yang mana melaluinya dapat menguji keutuhan dan keteguhan keimanan yang dimiliki oleh umat islam pada ketika itu. untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peristiwa isra' mikraj boleh lah menekan link  ( klik di sini )

Tentangan yang diterima oleh kaum musimin pada ketika itu masih lagi diteruskan oleh penduduk musyrikin mekah, lalu baginda telah membuat keputusan agar menyuruh umat islam pada ketika itu berhijrah ke habsyah hal ini kerana negeri tersebut diperintah oleh seorang raja yang adil dan menganut agama samawi iaitu agama nasrani.


terdapat juga usaha baginda untuk berdakwah kepada penduduk di sekitar kota mekah sepeti di Taif namun gagal malah baginda telah diusir dengan kejam oleh penduduk Taif sehingga mengalir darah dari tubuh baginda setelah dibaling dengan batu untuk mengusir baginda.

 kejadian itu dilihat oleh malaikat sehingga malaikat menawarkan untuk menimpakan gunung Taif itu ke atas penduduk taif atas perbuatan mereka terhadap baginda namun baginda melarang  malah baginda yakin bahawa akan lahir keturunan yang berpegang teguh dengan islam dari penduduk taif tersebut..

pada tahun 12 kerasulan, datang sekumpulan penduduk yathrib seramai 12 orang yang terdiri daropada suku Aus dan suku Khazraj yang mana mereka telah didedahkan dengan kisah-kisah kenabian dan agama samawi oleh  orang yahudi di yathrib.oleh itu setelah mendengar tentang berita mengenai seseorang di kota mekah mengakui sebagai rasul maka mereka membuat keputusan datang menemui baginda dan membuat perjanjian dengan baginda yang mana perjanjian tersebut dikenali sebagai perjanjian Aqbah pertama. dalam perjanjian tersebut , mereka diseru agar taat kepada Allah dan Rasul. Setelah itu mereka pun kembali ke kota yathrib dengan disertai oleh mushab bin Umair sebagai utusan dan guru yang dilantik oleh Rasulullah untuk membimbing penduduk yang memeluk islam di yathrib seterusnya untuk menyebarkan dakwah di situ.


pada tahun seterusnya,  satu kumpulan yang lebih besar dari yahtrib datang menemui Rasulullah  dan seterusnya lahirnya peristiwa perjanjian aqabah kedua yang mana dalam perjumpaan tersebut  adalah untuk mengundang Rasulullah  ke kota yahtrib serta berjanji akan menolong dan  melindungi baginda sebaik yang mungkin .

sambutan tersebut disambut baik oleh  baginda dan dengan itu baginda telah menyurh  kesemua umat islam agar berhijrah ke yathrib .
kesemua umat islam  mekah pada ketika itu berhijrah secara sembunyi-sembunyi  kerana khuatir akan dihalang oleh penduduk musyrikin mekah. Setelah kesemuanya habis berhijrah maka barulah baginda dan sahabat baginda Abu Bakar as- Siddiq berhijrah ke kota madinah.
tambahan pula setelah terbongkarnya komplot untuk membunuh baginda pada malam baginda berhijrah oleh Allah melalui wahyu  kepada baginda. baginda keluar dari rumah baginda sambil membacakan Yasin dan menaburkan pasir di atas kepala para pembunuh upahan yang diupah untuk membunuh baginda sehingga membuatkan mereka tertidur tanpa menyedari pemergian Rasulullah dari rumah baginda menuju ke rumah Abu Bakar seterusnya meninggalkan kota mekah pada malam itu juga. tempat tidur nabi digunakan oleh Saidina Ali bin Abu Talib pada malam itu untuk mengelirukan  pembunuh-pembunuh upahan tersebut.

maka selamatlah Rasulullah dan sahabat baginda , Abu Bakar as- Siddiq dari komplot pembunuhan tersebut. 


akhirnya  tibanya baginda ke  yahtrib setelah mengharungi pelbagai rintangan dan disambut oleh penduduk yahtrib dengan meriah .




rasanya sampai disini sahaja entry pada kali ini in sha Allah saya akan menyambungnya pada entry yang seterusnya...jika ada kekurangan harap ditegurkan jika ada idea yang menarik harap diluahkan..

 yang baik datang daripada Allah yang buruk datang daripada kekurangan diri ini..
yang baik kita jadikan tauladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan....
selamat beramal


(^_^)V














Saturday, January 19, 2013

Gangguan ???? berlindunglah kepada Allah :)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”




Alhamdulillah pada hari ini  saya berkesempatan untuk membuat entry terbaru dalam blog ini..baru-baru ini telah gempar bahawa salah satu Universiti Awam di negara ini yang bercawangan di melaka telah mengalami serangan daripada makhluk ghaib
seperti yang kita telah sedia maklum.. Allah  telah menciptakan pelbagai hamba-hambaNya yang mana terdiri daripada syaitan , jin , malaikat , manusia ,  tumbuhan , haiwan, dan sebagainya yang mana kita sendiri pun tidak tahu..syaitan dan jin turut merupakan salah satu jenis makhluk yang diciptakan oleh Allah yang mana mereka diciptakan daripada unsur api,,namun syaitan keseluruhannya adalah makhluk yang ingkar dengan Allah dan secara tidak langsung bersumpah untuk menyesatkan manusia manakala jin pula terbahagi kepada dua iaitu jin islam dan jin kafir.. syaitan dan jin ini mempunyai keupayaan untuk menjelma dan merasuk manusia serta memasuki  jasad manusia yang mana seperti yang telah disabdakan rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w bahawa syaitan ini boleh berjalan dalan jasad manusia melalui peredaran darah manusia itu sendiri..
syaitan dan jin menganggu manusia itu dengan pelbagai cara yang mana bertujuan untuk menyesatkan manusia dari jalanNya yang benar..
namun adakalanya mereka menjelma dihadapan manusia semata-mata untuk menyebabkan manusia itu mengetahui tentang kewujudan mereka..adakalanya juga serangan mereka ke atas manusia adalah untuk memudaratkan manusia atas arahan manusia yakni melalui sihir oleh penyihir..
saudara saudari yang  sedang membaca entry ini..
Rasulullah telah mengajarkan kepada kita pendinding dan pelindung daripada ganguan makhluk ini... di dalam islam... sungguh banyak sekali  ayat-ayat pelindung daripada ganguan jin dan syaitan yang direjam antaranya seperti  ayat kursi ,  bacaan 3 qul ,dan sebagainya... dalam salah satu hadis Nabi s.a.w.. baginda turut mengajarkan kepada umatnya salah satu doa iaitu seperti yang terkandung dalam hadis :





رسول الله يقول من قال" بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في 
 " السماءوهوالسميع العليم
 ثلاث مرات لم نصبه فجأة بلاء حتي يصبح ومن فالها حين يصبح ثلاث مرات لم نصبفجأة بلاء حتي يمسي






 Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tida dimudharatkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tudak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membaca ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" (Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidzi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna merah Syeikh Syuaib ; Hasan)     



 dalam keadaan yang lain...  kita  bolehlah juga membaca ta'awuz yakni bacaannya

    
أعوذ باالله من الشيطان الرجيم

"aku berlindung daripada gangguan syaitan yang 


direjam"




Hadirin sekalian...walau apa pun yang berlaku...semuanya atas keizinanNya... setiap yang berlaku telah diaturkan olehNya.. mereka yang beriman dan beramal soleh sentiasa dalam perlindunganNya... untuk melindungi diri daripada  ganguan tersebut...antaranya hendaklah selalu mendekati Allah dengan ikhlas dan tawadhuk... tidak meninggalkan ibadah-ibadah wajib  seperti solat dan sebagainya.... jangan ingat apabila kita membaca doa-doa tersebut tetapi solat kita tidak  lakukan... kita akan dapat perlindungan dariNya dengan mudah.... syaitan dan jin sesekali tidak akan dapat memudaratkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh melainkan Allah hadirkan mereka sebagai cubaan ke atas hamba-hambaNya itu.... 
ada juga dalam kalangan kita berfikir  lebih baik dipasangkan bacaan ayat2 suci al quran di radio or atau alat-alat elektronik yang lain..bukankah lebih afdal jika  lidah sendiri yang mengalunkan bacaan tersebut..
tambahan pula syaitan dan jin tersebut bukannya makhluk yang bodoh untuk tidak memutuskan bekalan eletirk atau merosakkan  alat-alat tersebut untuk menjadikan suasana  di tempat ganguan tidak kedengaran ayat-ayat suci tersebut... jasad manusia ini ibarat rumah.. maka isikanlah jasad tersebut dengan zikir  kepada Allah... in sha Allah... diri akan menjadi benteng yang kuat daripada diganggu dan dikawal oleh syaitan...

renung-renungkan firman Allah..


(Surah Al-Aaraf, Ayat 201)
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa gangguan dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya. –


kepada sahabat-sahabat yang sedang menyambung pelajaran di universiti tersebut... semoga selalu dalam perlindungan Allah... 

,,,,,,,,AMIN,,,,,,,,

sampai di sini sahaja  entry pada kali ini.....
yang baik itu datang daripada Allah... yang buruk itu datang daripada kekurangan diri ini...
 yang baik kita jadikan tauladan..
yang buruk kita jadikan sempadan...
selamat beramal
:)




















Thursday, January 17, 2013

Renungan>>>Selami Diri..kehidupan adalah ujian darNya:)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”



Assalamualaikum hai dan salam jumaat...
pada hari ini  saya diberi kesempatan untuk membuat post yang pertama pada tahun 2013...
pada tahun ini usia saya telah menginjak 20 tahun  dan kemungkinan pada usia sebegini ramai kawan-kawan atau saudara mara yang menginjak pada usia ini akan berfikir soal study( da menjadi keutamaan) , kerjaya... (da mula fikir).. dan kahwin?? (nanti klik ea) ..
bercakap soal kahwin??? ramai mungkin yang sedang membaca entry pada kali ini telah masing-masing telah mempunyai pasangan masing...
mungkin ramai antara anda semua yang telah bersatu dengan pasangan masing-masing dan mungkin juga  ada dalam kalangan anda yang tidak dapat bersatu yakni berpisah dengan orang yang tersayang...
pembaca yang dihormati sekalian....
jika ada yang menghadapi situasi yang kedua di atas... percayalah  kehidupan anda telah diaturkan olehNya,,, reaksi anda atas  kejadian yang berlaku dalam hidup anda sedang diperhatikan olehNya...
Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..jika hari ini orang yang kita sayang pergi meninggalkan kita sama ada  menjadi milik orang lain atau pergi mengadap penciptanya....bersabarlah dan jangan bersedih kerana sesungguhnya Allah telah sediakan yang terbaik untuk diri anda...tidak semestinya perkara yang terbaik untuk diri kita itu baik pada Tuhan....kerana sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang diperlukan hambaNya  dari apa yang diinginkan hambaNya itu.. tetapi sebagai Hamba...Allah pun mahu kita  berusaha mencari apa yang terbaik buat diri kita kerana segala balasan atau ganjaran yang yang bakal kita terima bergantung pada usaha yang dilakukan...begitu juga dalam kerjaya...berusahalah mencari rezeki yang halal dengan cara yang halal juga..kerana apa yang masuk dalam badan kita...dimakan oleh kita itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi  tingkahlaku  atau keperibadian kita dalam kehidupan seharian...
jika halal sumber yang  kita makan itu... maka baiklah keperibadian kita...renung-renungkan..
yang sedang menjalani pengajian...semoga Allah memudahkan urusan  kita dalam pelajaran...
yang sedang menunggu  tawaran mahupun keputusan  peperiksaan...semoga mendapat keptusan yang diidamkan.....
hmm...
sampai disini sahajalah blogging pada hari ini... semoga kehidupan kita selalu dalam redha Ilahi...
jika ada yang menyambut hari lahir pada hari ini... semoga Allah selalu merahmati kehidupan anda..dan selalu dimurahkan rezeki...
senyum selalu kerana senyum itu sedekah :)
 
yang baik itu datang daripada Allah ... manakala yang buruk itu datang dari kekurangan diri ini...
 yang baik jadikan sempadan manakala yang buruk dijadikan sempadan...
selamat beramal...:)






jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...