Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Friday, December 30, 2011

Pedoman Kehidupan>>>>Kelebihan Ilmu

Assalamualaikum to all readers
Alhamdulillah...
tak kita sangka kan??
pejam celik pejam celik
da hendak berakhirnya khidmat angka 2011 pada tahun ini.. dan..
khidmat angka 2012 pada tahun seterusnya akan digunakan pula...
hmm.
walaubagaimanapun..
harap tidak terlalu awal untuk saya mengucapkan..
selamat menyambut tahun baru 2012 yang akan menjelma tidak lama lagi...
semoga kita da pun bersedia untuk azam baru kita pada tahun depan..
hmm..
ok..
sebenarnya entry pada kali ini rasanya saya tidak berhasrat untuk memberi ucapan tahun baru ini..tapi mana lah tahu kan
takut tak sempat.. he3..
entry pada kali ini saya hendak membicarakan tentang ilmu..
yup..ilmu..
satu perkataan...tapi
mempunyai nilai yag tinggi..tanpanya..
seseorang itu tidak memiliki kehidupan yang sempurna
tanpa ilmu..
manusia itu tidak berguna
dalam islam sendiri..
kita dapat lihat..betapa pentingnya ilmu dalam membimbing manusia untuk menempuh kehidupan ini..
walaubagaimanapun...
ilmu yang ada perlulah dimanfaatkan serta di ajarkan kepada orang lain..
seperti dalam pepatah arab..

'ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah'

yup..
memang relevan untuk kita gunakan pepatah arab itu..

Ilmu yang kita ada perlulah dimanfaatkan dengan menurunkan ilmu yang kita tahu.. kepada orang lain kerana..
ilmu yang kita ajarkan kepada orang lain dianggap sebagai sebuah pelaburan masa panjang dan tidak akan putus pelaburan itu selama mana orang tersebut memanfaatkan ilmu yang dipelajari itu..
hal ini dapat kita perhatikan dalam sebuah  hadis Nabi SAW....

"Apabila mati anak Adam , terputuslah amalnya kecuali tiga keadaan :sedekah  jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya , atau anak soleh yang mendoakannya"
(Muslim)
kadang-kadang tidak salah untuk menuntut ilmu dengan seseorang yang kita anggap dia sebagai musuh
andai ilmu itu nanti boleh membawa manfaat kepada diri kita dan orang lain selagi mana ia tidak melanggar batasan syarak ....
ilmu ini ibarat sebuah senjata yang lebih ampuh dan kuat daripada pedang dan sebagainya...kerana dengan ilmu kita boleh melakukan pelbagai perkara yang mustahil...
kadang-kadang perkara yang mustahil boleh kita laksanakan dengan syarat kita sentiasa ada ilmu..
ilmu..sesuatu yang tidak pernah habis dan kering serta hilang selagi mana kita amalkan dan sebarkan..
dalam satu hadis, Rasulullah pernah bersabda..

"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (HR. Ibn Abdulbari)

dengan ilmu seseorang itu boleh menjadi kuat dan kaya serta mulia
orang yang kaya belum tentu berilmu dan mulia tapi orang yang berilmu sudah pasti akan kaya dan dipandang mulia...
bukan sahaja menjadi perhatian penghuni dunia malah penghuni langit sekali.. 

Rasulullah SAW pernah bersabda...
 "Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hamba dijadikan di memahami perkara agama dan Allah berikan ilham dan kecerdikan kepadanya (petunjuk)

(al-Dailami )

dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Muawiyah

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah mendapat  kebaikan , nescaya dijadikan ia seorang yang beroleh fahaman yang teliti  dalam perkara agama"

(al-Bukhari)

walaubagaimanapun..
sedikit nasihat dan pandangan daripada saya...
kalau hendak menuntut ilmu itu biarlah ilmu itu nanti pada akhirnya akan memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain
janganlah kita gunakan ilmu itu yang pada akhirnya bertujuan untuk kejahatan

kerana lambat laun ilmu itu sendiri akan memakan diri kita balik..
 seperti orang lain biasa cakap dengan kita..

" buat jahat dibalas jahat , buat baik dibalas baik.."


sebagai penutup Entry pada kali ini..ingin saya ucapkan
selamat menyambut tahun baru 2012..
semoga tahun depan lagi baik daripada tahun ini...
bagi kalangan penuntut ilmu atau bahasa mudahnya para pelajar
selamat menyambung kembali sesi pembelajaran anda
semoga beroleh kejayaan dalam setiap peperiksaan terutama bagi mereka yang ambil peperiksaan besar  iaitu UPSR , PMR , SPM ,dan STPM
dan bagi yang bekerja..
selamat menyambung kembali tugas anda...
sedikit renungan...
ilmu..........
sebuah harta yang tidak ternilai...

sekian sahaja entry pada kali ini..
yang baik datang daripada Allah manakala yang buruk datang daripada kekurangan diri ini selaku hambaNya..
yang buruk kita jadikan sempadan...
yang baik kita jadikan tauladan..
semoga berjumpa lagi pada entry akan datang
ma'assalamah wa ilalliqa'
(^_^)V 




 





Tuesday, December 27, 2011

Hikmah Ciptaan Tuhan:Keistimewaan Wanita

Assalamualaikum to all readers....
hmm..
terlebih dahulu aku memohon maaf kepada semuapara pembaca yang masih setia kepada blog ni..sebab da lama aku tak poskan entry yang terbaru..
maklum lah..orang bekerjaya..he3...
walaubagaimana pun..
Alhamdulillah..
kerana pada kali ini..
aku berkesempatan untuk memposkan entry yang mana aku sharing daripada seorang hamba Allah di muka buku a.k.a facebook..
he3..
hmm..
pos yang aku sharing kali ni adalah berkisarkan keistimewaan seorang insan yang mana sudah menjadi sunnatullah untuk menjadi pasangan kepada seoang yang insan yang bernama lelaki.. iaitu..
'WANITA'..

yup..
itulah maudu' atau tajuk utama pada kali ini..
iatu..
'KEISTIMEWAAN WANITA'

tanpa berlengahkan masa lagi..
ayuh..
kita baca apa keistimewaan yang Allah berikan kepada seorang insan yag bergelar wanita...
selamat mebaca..
(^_^)V


KEISTIMEWAAN WANITA :-


1. Do'a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.


2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.


3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.


4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang, makanan dari pasar kerumah ) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S


5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku ( Rasulullah SAW ) di dalam surga.


6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.


7. Dari Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka."


8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.


9. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga . Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat pada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristigfar baginya selama dia taat kepada suaminya dan rekannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ).


12. Aisyah r.a. berkata " aku bertanya pada rasulullah SAW, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda "suaminya". Siapa pula berhak terhadap lelaki?" jawab Rasulullah SAW "Ibunya"


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat pada suaminya, masuklah dia dari pintu surga mana saja yang dia kehendaki


14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia kedalam surga lebih dahulu daripada suaminya ( 10.000 tahun )


15. Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.


16. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT


17. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkan


18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan


19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT

20.Wanita adalah merupakan perhiasan dunia..dan seindah hiasan adalah seoang wanita solehah...

21.Wanita juga merupakan penyambung zuriat bagi umat manusia..kerana tanpa mereka...tidak wujudnya kita

22.Setiap lelaki lelaki di dunia ini..sentiasa memerlukan seorang insan sebagai pasangan di dunia ini..sebagaimana wanita yang sentiasa memerlukan seorang lelaki dalam kehidupan ini...





ok guys..
sampai disini sahajalah post pada kali ini
mengenai kesahihannya...
wallahualam..
keraa aku x dpt nk mengemukakan dalil bagi tiap2 keistimewaan tu... bagi yang sedang baca ni..yang tahu dalil2nya..korang letak lah ea dalilnya....insyaallah..
akan dimanfaatkn...
dan mengenai keistimewaan di atas..aku pasti..ia hanya sedikit sahaja dan aku juga pasti.. banyak lagi keistimewaan yang Allah berikan kepada makhluknya yang bergelar wanita ini
..semoga kita dapat 'bertemu' pada entry yang akan datang...
Yang baik itu datang daripada Allah..
manakala yang buruk itu datang daripada diri ini selaku hambaNya yang lemah..
yang baik kita jadikan tauladan dan ikutan..
yang buruk kita jadikn sempadan dalam menempuh kehidupan
selamat beramal..
b(^_^)d 





Monday, December 5, 2011

Tazkirah Mukmin:5 Waktu Atau Azab Allah

Assalamualaikum to all readers...
entry kali ini saya share dgn anda semua mengenai sebuah kisah yang berlaku pada zaman khalifah Ar Rasyidin yang pertama iaitu
Khalifah Abu Bakar R.A
kisah kali ini berkisarkan  peristiwa yang berlaku ketika  pengkebumian seorang saudara muslim...

tanpa membuang masa jom kita  membaca kisah tersebut..
selamat membaca
(^_^)V






Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.

Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut,
“Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”
Lalu para sahabat bertanya,

“Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”
Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :”
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya.


eh??
da abis da..he3
itu semua adalah salah satu cebisan azab yang Allah timpakan ke atas hamba-hambaNya yang ingkar...
di bawah ini ada lagi

 yang mana  azab yang Allah sediakan adalah lebih tertumpu kepada mereka yang memandang ringan kewajipan solat..
jom kita baca sambungan seterusnya pula....

.............


6 seksa di dunia

1) Allah mengurangkan berkat umurnya
2) Allah memayahkan rezekinya
3) Allah hilangkan tanda/cahaya soleh dari wajahnya
4) Tidak akan mendapat tempat dalam islam
5) Tidak mendapat pahala atas amal kebajikannya di dunia
6) Allah tidak akan menerima doanya

 3 seksa hadapi maut


1) Mati dalam keadaan amat dahaga
2) Mati dalam keadaan lapar
3) Mati dalam keadaaan hina


3 seksa di dalam kubur


1) Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempit kubur
2) Allah akan menggelapkan kuburnya dengan segelap-gelap kubur
3) Allah akan seksa hingga hari kiamat

3 seksa dipadang mahsyar


1) Pada hari kiamat akan dibelengu oleh malaikat
2) Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan ehsan
3) Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosa orang yang meninggalkan sembahyang

4) Allah akan memasukkan mereka yang meninggalkan sembahyang kedalam neraka dengan azab seksaan yang pedih lagi keras


di bawah ini pula...
dosa yang akan di tanggung oleh setiap orang islam bagi mereka yang meninggalkan  solat...

Dosa meninggalkan solat subuh
Akan dimasukkan kedalam neraka selama 30 tahun akhirat bersamaan 60000 tahun dunia
Dosa meninggalkan solat zohor
Sekali meninggalkannya,dosanya seperti membunuh 1000 umat islam
Dosa meninggalkan solat asar
Sekali meninggalkannya,seperti meruntuhkan Baitullah (kaabah di Masjidil Haram)
Dosa meninggalkan solat maghrib
Sekali meninggalkannya seperti berzina dengan ibu sendiri
Dosa meninggalkan solat isyak
Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal dibumi dan berbumbungkan langit serta Allah tidak reda makan dan minuman yang ada dibumi dan langit.Ampunilah kami Ya Allah...


ok sampai di sini sahaja tazkirah kita pada hari ini..
semoga kita dapat berjumpa pada entry akan datang..

yang baik itu datang daripada Allah..
yang buruk itu datang daripada diri ini selaku hambaNya yang lemah..

yang baik kita jadikan tauladan...
yang buruk kita jadikan sempadan....

selamat beramal
(^_^)V



Friday, December 2, 2011

Muhasabah diri>>> Tinta Buat Remaja


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Assalamualaikum to all readers..
Alhamdulillah...
hari ini dapat juga saya berkongsi dengan para pembaca sekalian mengenai satu artikel yang saya baca di salah satu group di facebook. Mungkin ada dari kalangan anda semua yang sudah pun membacanya tapi bagi yang belum insyaallah boleh kita membacanya sama-sama he3...
Artikel ini di postkan oleh seorang hamba Allah di facebook
semoga Allah merahmati hidupnya
..amin..
ok..
tanpa membuang masa jom kita baca entry kali ini
selamat membaca..
(^_^)V

Buat remaja yang bakal menjadi seorang yang berjaya pada suatu hari kelak..
*Jika kau bakal menjadi seorang doktor kelak , maka rawatlah hati insan yang terpesong jauh daripada agama islam ini.

*Jika kau seorang Arkitek kelak, maka lakarlah sinar islam yang mampu menyinari kehidupan setiap muslim. 

*Jika kau bakal menjadi seorang jurutera kelak, maka binalah satu binaan ukhuwah yang kukuh antara umat islam itu .

*Jika kau bakal menjadi seorang Peguam kelak , maka pertahankanlah islam di mata dunia dengan hujah yang bernas dan bijaksana itu.

*jika kau bakal menjadi seorang Juruterbang kelak , maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhaiNya.

*Jika kau bakal seorang Polis kelak , maka awasilah Umat islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Esa

*Jika kau bakal seorang Pensyarah kelak, maka didiklah bangsa untuk menjadi muslim yang berjaya

*jika kau bakal menjadi seorang akauntan kelak , maka sedarkanlah manusia bahawa pahala Allah itu lebih bernilai dari segala-galanya

*jika kau seorang Hakim kelak, maka adililah umat islam dengan hukum hakam serta dengan syariat islam

*jika kau seorang pemimpin kelak , maka pimpinlah umat-umat islam ke arah jalan yang diredhai Allah

*Jika kau bakal menjadi seorang guru kelak , maka bentukkanlah acuanyang sempurna dalam sanubari anak didik agar kelak mereka boleh menjadi seperti golongan-golongan di atas


~~~~~~~~~~~~tamat~~~~~~~~~~~~~~

ok para pembaca sekalian ....
sampai situ sahajalah yang dapat saya share dengan anda semua
namun dalam entry kali ini saya ada membuat sedikit modification
serta penambahan idea sedikit yang muncul dalam pemikiran ini ketika menaip entry pada kali ini...
saya harap para pembaca sekalian bergembira dengan entry pada kali ini dan harap anda semua tidak merasa yang entry ini di copy paste secara seratus peratus 
he3

Yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu datang daripada diri yang lemah ini
Yang baik kita jadikan tauladan dalam kehidupan ini manakal yang buruk kita jadikan sempadan dari kita melakukan maksiat...
selamat beramal 
dan..
semoga berjumpa lagi...
(^_^)V






jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...