Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Friday, December 2, 2011

Muhasabah diri>>> Tinta Buat Remaja


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Assalamualaikum to all readers..
Alhamdulillah...
hari ini dapat juga saya berkongsi dengan para pembaca sekalian mengenai satu artikel yang saya baca di salah satu group di facebook. Mungkin ada dari kalangan anda semua yang sudah pun membacanya tapi bagi yang belum insyaallah boleh kita membacanya sama-sama he3...
Artikel ini di postkan oleh seorang hamba Allah di facebook
semoga Allah merahmati hidupnya
..amin..
ok..
tanpa membuang masa jom kita baca entry kali ini
selamat membaca..
(^_^)V

Buat remaja yang bakal menjadi seorang yang berjaya pada suatu hari kelak..
*Jika kau bakal menjadi seorang doktor kelak , maka rawatlah hati insan yang terpesong jauh daripada agama islam ini.

*Jika kau seorang Arkitek kelak, maka lakarlah sinar islam yang mampu menyinari kehidupan setiap muslim. 

*Jika kau bakal menjadi seorang jurutera kelak, maka binalah satu binaan ukhuwah yang kukuh antara umat islam itu .

*Jika kau bakal menjadi seorang Peguam kelak , maka pertahankanlah islam di mata dunia dengan hujah yang bernas dan bijaksana itu.

*jika kau bakal menjadi seorang Juruterbang kelak , maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhaiNya.

*Jika kau bakal seorang Polis kelak , maka awasilah Umat islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Esa

*Jika kau bakal seorang Pensyarah kelak, maka didiklah bangsa untuk menjadi muslim yang berjaya

*jika kau bakal menjadi seorang akauntan kelak , maka sedarkanlah manusia bahawa pahala Allah itu lebih bernilai dari segala-galanya

*jika kau seorang Hakim kelak, maka adililah umat islam dengan hukum hakam serta dengan syariat islam

*jika kau seorang pemimpin kelak , maka pimpinlah umat-umat islam ke arah jalan yang diredhai Allah

*Jika kau bakal menjadi seorang guru kelak , maka bentukkanlah acuanyang sempurna dalam sanubari anak didik agar kelak mereka boleh menjadi seperti golongan-golongan di atas


~~~~~~~~~~~~tamat~~~~~~~~~~~~~~

ok para pembaca sekalian ....
sampai situ sahajalah yang dapat saya share dengan anda semua
namun dalam entry kali ini saya ada membuat sedikit modification
serta penambahan idea sedikit yang muncul dalam pemikiran ini ketika menaip entry pada kali ini...
saya harap para pembaca sekalian bergembira dengan entry pada kali ini dan harap anda semua tidak merasa yang entry ini di copy paste secara seratus peratus 
he3

Yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu datang daripada diri yang lemah ini
Yang baik kita jadikan tauladan dalam kehidupan ini manakal yang buruk kita jadikan sempadan dari kita melakukan maksiat...
selamat beramal 
dan..
semoga berjumpa lagi...
(^_^)V






No comments:

Post a Comment

jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...