Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Thursday, May 5, 2011

Jangan Mengeluh.... sebaliknya Marilah Bersyukur.....

Assalamualaikum kepada pembaca sekalian..

berdasarkan dengan tajuk kita ni kan..rasa2 majoriti antara kita pernah dan selalu mengeluh dan aku juga x ketinggalan untuk turut sama mengeluh.Ramai di antara kita mengeluh apabila ada masalah,dugaan hidup, dan pelbagai lagi istilah yang boleh korang gunakan.Selalunya kebanyakan orang mengeluh apabila seseorang itu....

>>>putus cinta
>>>kena buang kerja
>>>putus harapan
>>>putus kepala?
>>>x dapat sambung pelajaran
>>>dapat PLKN?(ni bagi budak2 yg terpilih yg maybe diorang x nk)he3
>>>dan sebagainya

Tapikan kalau korang perasan,korang rasa korang pernah terfikir ke berapa kali korang mengeluh daripada korang bersyukur.kadang-kadang aku pun tak pernah terfikir pasal benda tu.ada antara kita apabila mengeluh sering terfikir dua perkataan.korang nak taw ?perkataan tu ialah

'kenapa' dan 'kalau'


ni adalah berdasarkan daripada pandangan dan analisa aku je..
Bagi akulah 'kenapa' tu tidak seharusnya timbul dalam pemikiran kita hal ini kerana kita seolah-olah mempersoalkan takdir yang Allah tentukan ke atas hambanya.
Dalam pada itu,sesungguhnya nabi pun x menggalakkan umatnye daripada menyebut perkataan 'kalau' apabila berlakunya sesuatu masalah kepada diri
sebagaimana dalam hadis sahih muslim,


Nabi S.A.W pernah bersabda:
"Jangan kamu berkata: Kalau aku buat begini, akan jadi begini. Tetapi katakanlah: ini takdir Allah, apa yg dia kehendaki akan berlaku. sesungguhnya 'kalau' membuka pintu syaitan."


korang rasa kenapa perkataan kalau ini membuka pintu syaitan,ini kerana apabila kita berkata kalau..

1) ia membuka pintu kesedihan, penyesalan, dan mungkin kebencian yg payah untuk dihilangkan.
2) ia merupakan satu adab yg buruk terhadap ALlah yang mentaqdirkan setiap sesuatu.
3)macam kita menyalahkan qada' dan qadar allah terhadap kita.


tapi aku harap korang jangan pula kata perkataan kalau ini tak boleh digunakan langsung.
Ia boleh digunakan apabila mengajarkan ilmu,untuk mendapatkan kebaikan atau menghajatkan sesuatu yang baik terhadap dirinya dan diri orang lain.
sebagaimana dalam quran dan hadis ada perkataan 'kalau' untuk mengajar.

->>>Firman ALlah maksudnya "Kalau di dalamnya (langit dan bumi) ada tuhan lain selain Allah, maka hancur binasalah langit bumi ini."
->>>Hadis Nabi dalam menyebut kisah Musa dan Khidir: "Kalau Musa sabar, nescaya ALlah akan menceritakan lagi kepada kita tentang cerita mereka".

berbalik kepada tajuk kita tadi,kita seharusnya hendaklah banyakkan mengamalkan sikap syukur terhadap sesuatu yg berlaku kepada diri kita.Kadang-kadang kita terlupa akan nikmat yang Allah berikan kepada kita.Sebagai contoh,kita sering kali mengeluh apabila markah peperiksaan kita tidak memuaskan hati kita tapi kita mungkin terlupa bahawa kita telah pun diberikan peluang untuk mengulangkaji pelajaran sebaliknya kita gunakan waktu tersebut dengan melakukan perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah.

Ada juga diantara kita yang mengeluh apabila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan kita juga pada masa tu hendak sampai ke destinasi yang akan kita tuju dengan segera tapi pernah tak kita terfikir mungkin jika kita tidak terperangkap dalam masalah yang menganggu perjalanan ke destinasi tersebut kita mungkin telah mengalami kemalangan yang boleh meragut nyawa kita. kita sering kali berdoa kepada Allah untuk dipanjangkan umur kita dan dijauhkan dari malapetaka dan bala bencana dan mungkin doa tersebut telah dimakbulkan olehNya cuma kita sahaja yang tidak terfikir mengenainya..

kita seringkali mengeluh apabila kita tidak dapat makan makanan yang kita idamkan tetapi kita tidak pula terfikir bahawa ada juga individu yang pada waktu tu sedang kelaparan dan tiada langsung makanan untuknya..

bagi yang menghadapi penyakit kronik seperti Aids,HIV,penyakit jantung,paru-paru berlubang dan sebagainya seringkali mengeluh

"kenapalah aku yang dapat penyakit ini"

tapi pernah x diri terfikir bahawa diri sendiri yang mencari penyakit tersebut kerana pada masa sihat dulu diri sering terlibat dengan seks bebas,najis dadah,rokok, dan sebagainya. Pada waktu tu kita sedar bahaya dan risiko perbuatan tersebut ke atas diri sendiri.kenapa kita tidak menggunakan peluang yang ada pada diri sendiri untuk mengelaknya.Kita boleh mencegahnya dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan segala larangan Allah dan meninggalkan segala laranganNya.Tapi ada juga yang menghidapi penyakit kerana allah hendak menguji hambanya sesuai dengan firman Allah S.W.T

“Apakah manusia itu mengira bahawa Mereka dibiarkan sahaja mengatakan”kami telah beriman sedangkan mereka tidak Diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka maka
Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia Mengetahui orang-orang yang berdusta”

Surah al ankabut,ayat 2-3


Selain itu apabila setiap orang daripada kalangan umat islam yang ditimpa penyakit,Allah S.W.T akan menghapuskan dosa-dosa hambanya-NYA tersebut.Sebagaimana dalam satu hadis Nabi S.A.W

Dari Abdullah r.a katanya "aku datang mengunjungi Rasulullah S.A.W ketika beliau sedang sakit.Lalu aku raba beliau sambil berkata "Ya Rasulullah!Demam anda bertambah kuat".

Jawab Rasulullah S.A.W"memang demamku sama dengan dua orang kamu ".
Kataku (Abdullah) pula"semoga kamu mendapat pahala yang berganda pula".

Kemudian Rasulullah bersabda"setiap orang islam yang ditimpa dugaan berupa penyakit dan sebagainya,maka Allah S.W.T menghapuskan dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya."

(Hadis bilangan 2202 riwayat Muslim dan hadis bilangan 1658 riwayat Bukhari)

Dalam hadis lain pula..

Dari Abu Said dan Abu Hurairah r.a,kedua-duanya mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:"Tidak ada suatu dugaan yang yang menimpa orang mukmin seperti sakit biasa,kesusahan,sakit berat(kronik),kesedihan dan kecemasan,melainkan Allah Ta'ala menghapuskan dosa-dosanya kerana dugaan itu."

(Hadis bilangan 2205 riwayat Muslim)



berdasarkan ni kita lebih mudah mengeluh daripada bersyukur dan aku rasa mengeluh ni macam sudah menjadi lumrah dalam kehidupan kita itu aku x nafikan.

Sesungguhnya Allah S.W.T memberikan pelbagai nikmat dan rahmat kepada hambanya sama ada hambanya itu sedar atau tidak dan kalau kita hendak menghitungkan semua nikmat yang Allah berikan mesti tidak mampu kita hendak menghitungkannya

Hal ini sesuai dengan Firman Allah

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah,nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya"
(surah An-Nahl ayat 18)


Korang semua renung-renungkanlah kisah ini...

Pada zaman Saidina Umar Al Khatab,ada seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah yang maksudnya:"Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit"Doa beliau di dengar oleh Saidina Umar ketika beliau(Umar) sedang melakukan tawaf di kaabah.Umar berasa Hairan dengan permintaan pemuda tersebut.Apabila selesai melakukan tawaf Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya" kenapa engkau berdoa sedemikian rupa(Ya Allah! Masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit),apakah tiada doa lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?".Pemuda itu menjawab"Ya Amirul Mukminin!Aku membaca doa berkenaan kerana aku berasa takut dengan penjelasan Allah seperti FirmanNya dalam surah Al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud "Sesungguhnya Kami (Allah) telah telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan kami Kami adakan bagimu di muka bumi ini (sumber/jalan) penghidupan.(Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur"Aku memohon kepada Allah agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit,iaitu (lantaran) terlalu sedikit orang yang bersyukur kepada Allah"jelas pemuda berkenaan .Mendengar jawapan itu, Umar Al Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri "wahai Umar,alangkah jahilnya engkau,orang ramai lebih alim daripadamu"

Oleh itu sama-samalah kita berdoa dan berharap supaya kita semua termasuk dalam golongan yang sedikit ini(bersyukur) .
Firman Allah "Dan (ingatlah juga),tatkala Tuhanmu memaklumkan :sesungguhnya jika kamu bersyukur ,pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu,dan jika kamu mengingkari(nikmat-Ku),maka sesungguhnya azabKu sangat pedih"

Surah Ibrahim:ayat 7

Yang baik kita jadikan pengajaran yang buruk kita sama-sama betulkan dan tinggalkan...
Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri kita yang penuh dengan kekhilafan ni..

Wassalam.....










Gambar hiasan...



gambar hiasan...


gambar hiasan


gambar hiasan...

kadang-kadang bila kita mengeluh ni boleh sebabkan stress dan bisiko untuk kita mendapat penyakit...


gambar hiasan...


jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...