Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Thursday, April 21, 2011

Taskirah Jumaat:Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum....
hari ini aku rasa nk menyebarkan mengenai pesanan junjungan besar kita iaitu baginda rasullah S.A.W...
perkara ini aku rasa wajib disebarkan kepada semua pembaca terutamanya yang beragama islam...
sama-sama kita renungkan khutbah baginda S.A.W.....


KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W.



Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah



Tahun 10 Hijri di Lembah Uranah, Gunung Arafah





Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.



Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.



Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.



Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.



Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.



Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.



Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.



Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.








Wednesday, April 20, 2011

Pasangan Pilihan >>>> Cinta couple Or Cinta sejati

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Assalamualaikum kepada pembaca sekalian..
Hari ni saya rasa mcam nak kupas sikit pasal cinta couple ni. Saya tahu banyak juga yang terlibat dalam couple-couple ni.Boleh dikatakan hampir kesemuanye terlibat.Setiap dalam dunia ni mesti hendak memerlukan pasangan dalam kehidupan diorang cuma kita ni tidak tahu betul ke dia ni jodoh yang terbaik buat diri masing-masing.Kadang-kadang saya pun sama hendak juga ada pasangan mcm ni bila ada sesetengah member-member  yang lain ni ada couple masing-masing tapi bila  fikir-fikir balik buat apa la nk terlibat dalam benda ni,leceh jgk nanti.Ada jugak yang mengatakan tidak payah ada pasangan pun boleh hidup juga atau pun baru-baru ni masa  di plkn ,ada member  seorang ni selalu cakap

'NO WOMEN NO CRY.NO SMOKE CAN DIE'

HAHAHA...
macam-macam ragam masyarakat hari ni....

Ada juga yang couple ni buat suka-suka je dan itulah yang bahayanya tu.selalunya perkara-perkara macam ni lah yang banyak menyumbang kepada kelahiran 'cucu2 adam 'tanpa niat ke alam dunia ni atau dalam bahasa kasar(bagi saya kot) ANAK LUAR NIKAH.kalau antum tengok dalam media massa baru-baru ni sama ada surat khabar,tv,dan sebagainye banyak yang melaporkan mengenai kes pembuangan bayi,Itulah nk buat senang, tidak fikir dulu kesannya. Bila sudah jadi barulah mereka yang terlibat mengelabah tidak tentu pasal sampai sanggup buang bayi yang tidak berdosa tu.Ada tu sanggup tanam aje...

kesian......


Perkara ni mungkin terjadi sebab terikut dengan kata-kata pasangan masing-masing dan tidak lupa jugak untuk membuktikan keaslian cinta diorang atau bahasa muda cinta sejati.ada YANG PERNAH CAKAP,

"Nak uji cinta sejati ni tidak payah wat benda-benda ni,nikah aje hah kan senang"

kadang-kadang  terasa betul jugak dan bagi saya pula nak dapatkan cinta sejati ni,saling memahami antara pasangan masing-masing dan tidak semestinya sampai hendak kena mengorbankan harga diri (buat kaum hawa)
merupakan ramuan yang penting dalam hendak mendapatkan cinta sejati ni serta tidak lupe pulak yang paling utama ialah mesti ada perasaan takut dan taat kepada perintah allah dan menjauhi laranganNya.Apabila ada perkara ni semua insyaalah..Allah akan makbulkan pasangan kita tu sebagai jodoh kita.
Hmm....bagi sesetengah pasangan couple lak ,apabila bercouple semuanye indah-indah belaka rasa dunia macam ana yang punye..
tapi bila clash mula la cakap ;

"ala lelaki semua sama aje.tidak boleh harap serta tidak  boleh percaya langsung "

ada tu sampai sanggup jadi anti dengan lelaki.Saya tidak nafikan ada antara cinta couple ni boleh berjaya sehingga ke upacara ijab kabul(pernikahan) seterusnya hingga ke akhir hayat diorang tapi diorang bercouple ada cara-cara tersendiri sehingga berjaya macam tu dan maybe tu da jodoh diorang.diorang juga mungkin mengamalkan tip-tip cinta sejati dengan pasangan diorang.
hehehehe...
da macam penceramah lak saya ni..tapi tu cuma adalah hasil dari pandangan saya sahaja.Bagi pulak nk bercouple ni maybew boleh TAPI!!!!
mestilah ada batas-batasnya dan yang penting perkara yang perlu kita kawal ialah nafsu kita dengan pasangan kita..insyaallah jika boleh kawal semuanya akan ada kesudahan yang gembira atau dalam bahasa lainnya

'HAPPY ENDING'


(saya tidak mengatakan couple ni halal di sisi syarak dan kalau ikut dari segi hukum couple ni memang haram sebab menghampirkan kita kepada zina.)

Sesungguhnya Allah S.W.T telah berfirman dalam Al Quran

Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik' (surah an nur ayat 26)..

Allah juga berfirman;


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ 
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

saya rasa majoriti semua pembaca kerap kali mendengar mengenai ayat dari surah an nur ini..saya harap anda boleh la memahami ayat tersebut dan berharap kita semua tergolong dalam orang yang mendapat jodoh yang baik-baik. Anda renung-renungkanlah kata-kata ini

SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, TAK SEMESTINYA MANUSIA CINTA KEPADA KITA, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, NESCAYA CINTA ALLAH TIADA PENGHUJUNGNYA. SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA MANUSIA, KITA AKAN CEMBURU KEPADA ORANG YANG MENCINTAI ORANG YANG KITA CINTAI, TETAPI SEKIRANYA KITA CINTA KEPADA ALLAH, KITA AKAN TURUT MENCINTAI ORANG YANG MELABUHKAN CINTANYA KEPADA ALLAH JUGA.


kita sering kali mencari kesempurnaan untuk diri kita tapi sukar untuk mencarinya.Oleh itu baik lah kita beri kesempurnaan yang ada pada diri kita untuk menyempurnakan hidup orang lain. 
Lelaki yang bijak sentiasa berusaha menjadi pelindung kepada wanita.
Lelaki yang bijak takkan meminta dan mengharapkan sesuatu yang belum menjadi haknya. 
Lelaki yang bijak sentiasa menjaga pandangan mata dan hatinya. 
Lelaki yang bijak menyedari bahawa seorang perempuan itu hanya mahu dirinya dihormati. Lelaki yang bijak hanya mahukan wanita yang terbaik untuk menjadi suri hidupnya. Hawa dicipta dari tulang rusuk Adam, bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasannya, Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasannya , Melainkan dari sisinya untuk dilindunginya, dan, dekat di hati untuk dicintainya....... 


Yang baik datang dari Allah manakala yang buruk adalah berpunca dari kekhilafan diri saya ini...
yang baik kita jadikan sebagai panduan dalam kehidupan ini manakala yang buruk kita jadikan sebagai sempadan dari melakukan maksiat
wasallam....







gambar hiasan..




gambar hiasan..


gambar hiasan...



gambar hiasan...


*sumber rujukan dari i luv islam dan kawan-kawan serta di 'upgrade'kan oleh saya sendiri

Monday, April 18, 2011

Website Terbaru...

Asslamualaikum to all readers...

ni ada website terbaru dan website ni lebih kepada islamik ckt...
so korang leh la melayari website ni n nilai-nilaikanlah.korang juga boleh menguar-uarkan mengenai website ni.website ni lebih kurang macamlaman sosial yang lain seperti facebook,friendster,myspace,twitter dan lain-lain.korang cuma perlu register dan sign in dalam laman web tu.korang jgk boleh postkan apa2 sahaje seperti

>video

>pandangan

dan sebagainye dalam laman web tu.Untuk pengetahuan korang, korang jgk boleh

>download

>shared dokumen

>gambar n sebagainya.

dalam website ini jgk korang bleh bermain gamez yang di sediakan.Pelbagai variasi gamez yang disediakan untuk korang nikmati. ni link website tersebut

http://islamsanubariku.webs.com/


ni website tersebut...
korang tekan aje link yg disediakan





ni background website tu..lawakan...
he3..

So, selamat melayari laman web tersebut...(^_^)V

Friday, April 15, 2011

Tip-tip kecantikan bagi seorang wanita....

Assalamualaikum to all readers..
aku ada satu benda yang hendak aku kongsikan dengan korang especially kepada golongan Hawa...hmm...
benda yang aku nak 'promote'kan ni adalah untuk meningkatkn mutu kecantikan pada diri tiap-tiap perempuan..tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak..he3..
korang x yah pakai mekap yang tebal2 macam orang cina hendak buat lakonan opera tu..hahaha...
kalau korang ikut tip-tip ni dan amalkan,comfirm korang dapat menawan hati mana2 jejaka dalam dunia ni....
insyallah..
tip-tip ni adalah....


1)Jadikanlah Ghadhdul Bashar(menundukkan pandangan) sebagai 'hiasan mata' anda.comfirm semakin
bening dan jernih.

2)Oleskan 'lipstik kejujuran' pada bibir anda,nescaya akan semakin manis dan menawan di mata
kaum adam..

3)Gunakanlah 'pemerah pipi' anda dengan kosmetik yang diperbuat daripada rasa malu yang
dikeluarkan daripada syarikat keimanan

4)pakailah 'sabun istigfar' bagi meghilangkan segala 'bau' dan 'bakteria' dosa yang telah anda
lakukan selama ini...

5)Rawatlah rambut anda dengan 'selendang islami' yang akan menghilangkan kelemumur pandangan
lelaki yang merbahaya...

6)Hiasilah kedua-dua tangan anda dengan gelang yang diperbuat dari 'emas tawadhuk' dan jari-jari
anda dengan 'inai-inai ukhuwah'

7)kalungkanlah dekat leher anda dengan kalung kesucian sebagai penghias leher anda kerana ia
adalah sebaik-baik kalung....

8)Bedakkanlah wajah anda dengan 'air wudhuk' nescaya akan bercahaya di akhirat kelak...

9)hiasilah telinga anda dengan anting-anting ketakwaan agar tidak mudah terpengaruh dengan
umpatan dan fitnah orang di sekeliling...

hmm....
itu ajelah kot tip-tip yang dapat aku kongsikan dengan korang semua, aku harap korang dapat
memanfaatkan tip-tip ni kepada orang2 yang tersayang dan jugak kepada diri anda sendiri(kaum hawa)...
coz perkara ini tidak memerlukan wang ringgit dan mudah untuk didapatkan...
sesungguhnya Allah S.W.T telah berfirman dalam Al Quran...

'Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik' (surah an nur ayat 26)..


jadi korang pilihlah hendak yang mana kerana pilihan terletak dalam diri anda untuk melaksanakannya.

(benda ni aku petik dari majalah i luv islam dan telah di'edit'kan serta ada penambahan oleh aku sendiri agar dapat dikongsikan bersama para pembaca semua.Semoga korang sentiasa berada dalam rahmat dan keredahaan Allah S.W.T)
Marilah sediakan diri anda untuk menjadi wanita muslimah seperti yang diidamkan oleh semua jejaka termasuk aku....he3...


(gambar hiasan)


(gambar hiasan)


(gambar hiasan)
calon isteri yang terbaik...he3..


(gambar hiasan)


(gambar hiasan)
murah je dan tidak memerlukan wang ringgit...

Tuesday, April 12, 2011

PLKN-Part terakhir...

Assalamualaikum...
Alhamdullilah akhirnya aku dapat jugak berpeluang untuk menceritakan tentang pengalaman aku kat plkn sehingga program tu berakhir....
ada orang kata x kenal maka x cinta...sejujurnya..program tu bnyk memberikan aku pengalaman yang berharga...walaupun kompeni aku xdpt tempat yang pertama...tapi tu adalah adat pertandingan...menang kalah..memang x dapat hendak dielakkan..hmm...lagi satu persaingan antara kompeni sangat sengit..biarlah..benda tu pun da berakhir...n x lama lagi akan ada reunion kt bukit jalil...walaupun da abis da program plkn tu aku rasa mcm gndu aje n rasa nk pergi aje lagi kt kem tu jmpe kawan2 aku tu kat sana...
bila aku dengar aje lagu hijau kat tv atau radio aku pasti akan teringat kelas CB...hahaha
walaupun kelas tu macam kelas budak tadika..tapi hakikatnya kelas tu banyak mengajar pelatih2 yg menyertai program tersebut untuk membina karakter yang tersembunyi dalam diri diorang..hahaha..
apa yang aku x leh lupa ialah pertandingan kawad kaki kategori lelaki yang aku sertai menang...he3..tapi yang buat slack nye kawad kaki kategori wanita lak kalah..kalau x mesti da johan kot kompeni aku..
he3..baru first time aku masuk pertandingan macam kawad kaki tu nasib baik menang..he3..
satu lagi kenangan yang aku x leh lpe adalah time nk pulang nset..
kadang2 teringat bila malam isnin je kena pulang nset...hahaha...
aku pun da x tw nk tlis apa lagi kt sini sebab terlalu banyak kenangan pahit manis yang aku lalui dekat sana.....
walaubagaimanapun semoga kawan2 aku yang bekas2 pelatih plkn kumpulan 1 siri 8 2011 kem padang hijau..hope have a good life n dont forget our memories in plkn...he3..
dan akhir sekali..ucapan terima kasih buat
semua jurulatih plkn...
staf-staf plkn..
TKP N TKL..
akhir sekali buat komandan kem kem plkn padang hijau,kluang,johor....
setiap yang terbuka pasti ada penutupnya...
setiap yang bermula pasti ada akhir dan penamatnya...
selamat tinggal kem plkn padang hijau..@ greenfield resort...




aku dengan pa...




aku...




khidmat komuniti...time nk berbakti la...he3...



kenangan bersama kumpulan dikir barat time khidmat komuniti...




wirawati lepas kawad kaki...he3




wira lepas kawad kaki...wira kental ni..he3..




time wirajaya....he3...
"dengar betul2 apa yang saya nk katakan ni...kalau x bodo tiga hari"...he3


pelatih belajar buat jerat ...pas ni leh kenakan orang kot..hahaha


wira sebelum g menempuh halangan...he3


memori di kelas KN8...thanx guys...korang memang the best...he3..

Saturday, April 9, 2011

Mari kita renungkan........

TEMUDUGA TERBUKA : SEBAGAI CALON JENAZAH
...

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN!!!!!

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.

B. Ahli Neraka Dari Awal.

C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.

2. Perlindungan di Padang Mahsyar.

3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.

4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.

Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.

Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.

Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?

2. Apa Agama anda?

3. Siapa Nabi anda?

4. Apa Kitab anda?

5. Di mana Kiblat anda?

6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah.. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat





ini aku copy paste je dari dalam fb supaya aku leh kongsikan kepada para pembaca blog ni....
semoga korang dapat fahamikan 'tawaran' hebat ini.....lepas tu nilaikan dengan syarat-syarat kelayakan yang ada dalam diri kita ini...wasalam...









(gambar ini sebagai hiasan saja...)

Friday, April 8, 2011

the life after spm..

Assalamualaikum...
akhirnye aku berjaya jgk melepasi alam persekolahan meant... no book no homework n no teacher....
hmmm...maybe coz aq rasa benda tu semua akan sentiasa ada kaitan dengan kita tapi dengan cara yang berbeza...tapi maksud aku ialah xde lagi buku - buku yang nk kita study n hafal nak rak sampai pecah kepala otak,no more homework yg menyusahkan aku kena buat sampai xde masa aku nk buat...no more teacher tu..maybe xyah ar coz walau bagaimanapun dalam hidup ni kita mesti memerlukan cikgu dalam hidup kita...hmmm...alhamdulillah ar coz result spm aku pun cukup memuaskan aku...walaupun result aku tu leh wat aku tergelak....tapi aku rasa aku harus bersyukur kerana aku rasa result tu macam setimpal dengan uasaha aku menelaah dan mengulangkaji pelajaran selama ni...he3...
so sekarang ni aku terpaksa ar keje walaupun aku rasa macam penat pada mulanye..tapi lama-kelamaan
bekerja ni memang menyeronokkan...dan memberi aku banyak pengalaman yang berguna..bekerja kat jusco sebagai seorang promoter jenama sukan....best jgk...gaji pun leh tahan..sementara nk tunggu result nk masuk IPTA mana....lagi bagus aku keje sekurang-kurangnya...dapat jgk aku refiil isi dompet aku n kad bank aku tu dari kering..hahaha dan lepas tu aku plan nk bina kerjaya dan bila akonomi aku dah mantap...dan bila da ada calon yang sesuai dan sudi hendak menjadi suru hati dan teman hidup ku ni..barulah aku plan BERKAHWIN..hehehe...
Ok guys soon we will meet again..
asta la vista my readers...

jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...