Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Friday, December 30, 2011

Pedoman Kehidupan>>>>Kelebihan Ilmu

Assalamualaikum to all readers
Alhamdulillah...
tak kita sangka kan??
pejam celik pejam celik
da hendak berakhirnya khidmat angka 2011 pada tahun ini.. dan..
khidmat angka 2012 pada tahun seterusnya akan digunakan pula...
hmm.
walaubagaimanapun..
harap tidak terlalu awal untuk saya mengucapkan..
selamat menyambut tahun baru 2012 yang akan menjelma tidak lama lagi...
semoga kita da pun bersedia untuk azam baru kita pada tahun depan..
hmm..
ok..
sebenarnya entry pada kali ini rasanya saya tidak berhasrat untuk memberi ucapan tahun baru ini..tapi mana lah tahu kan
takut tak sempat.. he3..
entry pada kali ini saya hendak membicarakan tentang ilmu..
yup..ilmu..
satu perkataan...tapi
mempunyai nilai yag tinggi..tanpanya..
seseorang itu tidak memiliki kehidupan yang sempurna
tanpa ilmu..
manusia itu tidak berguna
dalam islam sendiri..
kita dapat lihat..betapa pentingnya ilmu dalam membimbing manusia untuk menempuh kehidupan ini..
walaubagaimanapun...
ilmu yang ada perlulah dimanfaatkan serta di ajarkan kepada orang lain..
seperti dalam pepatah arab..

'ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah'

yup..
memang relevan untuk kita gunakan pepatah arab itu..

Ilmu yang kita ada perlulah dimanfaatkan dengan menurunkan ilmu yang kita tahu.. kepada orang lain kerana..
ilmu yang kita ajarkan kepada orang lain dianggap sebagai sebuah pelaburan masa panjang dan tidak akan putus pelaburan itu selama mana orang tersebut memanfaatkan ilmu yang dipelajari itu..
hal ini dapat kita perhatikan dalam sebuah  hadis Nabi SAW....

"Apabila mati anak Adam , terputuslah amalnya kecuali tiga keadaan :sedekah  jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya , atau anak soleh yang mendoakannya"
(Muslim)
kadang-kadang tidak salah untuk menuntut ilmu dengan seseorang yang kita anggap dia sebagai musuh
andai ilmu itu nanti boleh membawa manfaat kepada diri kita dan orang lain selagi mana ia tidak melanggar batasan syarak ....
ilmu ini ibarat sebuah senjata yang lebih ampuh dan kuat daripada pedang dan sebagainya...kerana dengan ilmu kita boleh melakukan pelbagai perkara yang mustahil...
kadang-kadang perkara yang mustahil boleh kita laksanakan dengan syarat kita sentiasa ada ilmu..
ilmu..sesuatu yang tidak pernah habis dan kering serta hilang selagi mana kita amalkan dan sebarkan..
dalam satu hadis, Rasulullah pernah bersabda..

"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (HR. Ibn Abdulbari)

dengan ilmu seseorang itu boleh menjadi kuat dan kaya serta mulia
orang yang kaya belum tentu berilmu dan mulia tapi orang yang berilmu sudah pasti akan kaya dan dipandang mulia...
bukan sahaja menjadi perhatian penghuni dunia malah penghuni langit sekali.. 

Rasulullah SAW pernah bersabda...
 "Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hamba dijadikan di memahami perkara agama dan Allah berikan ilham dan kecerdikan kepadanya (petunjuk)

(al-Dailami )

dalam hadis yang lain yang diriwayatkan daripada Muawiyah

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah mendapat  kebaikan , nescaya dijadikan ia seorang yang beroleh fahaman yang teliti  dalam perkara agama"

(al-Bukhari)

walaubagaimanapun..
sedikit nasihat dan pandangan daripada saya...
kalau hendak menuntut ilmu itu biarlah ilmu itu nanti pada akhirnya akan memberikan manfaat kepada diri sendiri dan orang lain
janganlah kita gunakan ilmu itu yang pada akhirnya bertujuan untuk kejahatan

kerana lambat laun ilmu itu sendiri akan memakan diri kita balik..
 seperti orang lain biasa cakap dengan kita..

" buat jahat dibalas jahat , buat baik dibalas baik.."


sebagai penutup Entry pada kali ini..ingin saya ucapkan
selamat menyambut tahun baru 2012..
semoga tahun depan lagi baik daripada tahun ini...
bagi kalangan penuntut ilmu atau bahasa mudahnya para pelajar
selamat menyambung kembali sesi pembelajaran anda
semoga beroleh kejayaan dalam setiap peperiksaan terutama bagi mereka yang ambil peperiksaan besar  iaitu UPSR , PMR , SPM ,dan STPM
dan bagi yang bekerja..
selamat menyambung kembali tugas anda...
sedikit renungan...
ilmu..........
sebuah harta yang tidak ternilai...

sekian sahaja entry pada kali ini..
yang baik datang daripada Allah manakala yang buruk datang daripada kekurangan diri ini selaku hambaNya..
yang buruk kita jadikan sempadan...
yang baik kita jadikan tauladan..
semoga berjumpa lagi pada entry akan datang
ma'assalamah wa ilalliqa'
(^_^)V 




 





No comments:

Post a Comment

jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...