Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Tuesday, January 24, 2012

7 Jawapan Hikmah

Assalamualaikum to all readers...
akhirnya penulis berpeluang lagi untuk membuat perkongsian ilmu dengan readers sekalian..
he3..
hmm..ok..
entry kali ini adalah mengenai  7 jawapan yang penuh dengan hikmah daripada saidina Ali
oleh itu  readers sekalian..tanpa membuang masa.. jom sama2 kita selusuri  7 persoalan yang dijawab oleh saidina Ali dengan penuh hikmah itu....
tafadhol...

7 jawapan penuh hikmah daripada Saidina Ali...
Saidina Ali KarramaAllahu Wajhah menjawab 7 pertanyaan dengan penuh hikmah

1-Apakah yang lebih berat daripada langit?
Saidina Ali menjawab : Tuduhan palsu lebih berat daripada langit

2-Apakah yang lebih luas daripada bumi?
Saidina Ali menjawab : kebenaran lebih luas daripada bumi

3-Apakah yang lebih kaya daripada laut?
Saidina Ali menjawab : hati yang Qanaah lebih kaya daripada batu

4-Apakah yang lebih keras daripada batu?
Saidina Ali menjawab : hati orang munafiq lebih keras daripada batu

5-Apakah yang lebih panas daripada api?
Saidina Ali menjawab : penguasa yang zalim lebih panas daripada api

6-Apakah yang lebih sejuk daripada Zamharir (Neraka yang dingin)?
Saidina Ali menjawab: berhajat kepada orang yang bakhil lebih sejuk / dingin daripada Zamharir

7-Apakah yang lebih pahit daripada racun?
Saidina Ali menjawab: Sabar lebih pahit daripada racun (pada riwayat yang lain) mengadu domba lebih pahit daripada racun.

Alhamdulillah...
Subhanaallah...
Allahu akbar...

begitu berhikmah sekali setiap jawapan yang diberikan oleh Saidina Ali terhadap soalan-soalan yang diajukan kepada beliau..
oleh itu wahai para pembaca sekalian..
harap kita dapat ambil iktibar daripada kisah pada kali ini...
sampai disini sahaja entry pda kali ini..
insyaallah...
kita akan bertemu pada entry yang aka datang..
akhirul kalam
yang baik itu datang daripada Allah
manakala
yang buruk itu datang daripada diri ini selaku hambaNya yang lemah ini
yang baik kita jadikan tauladan
manakala yang buruk kita jadikan sebagai sempadan daripada melakukan kesilapan dalam kehidupan ini
selamat beramal
dan
assalamualaikum
(^_^)V












No comments:

Post a Comment

jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...