Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Friday, January 25, 2013

Mahabbah Ya Rasulullah :Sirah hidup baginda part 3

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”




Alhamdulillah sekali lagi Allah memberi kesempatan kepada saya untuk menulis entry pada kali ini iaitu untuk menyambung semula kisah  kekasihNya iaitu Muhammad s.a.w , Rasul akhir zaman dan penutup bagi segala Rasul.
dalam kisah yang lepas kita dapat lihat secara ringkas kehidupan baginda di Madinah setelah berhijrah dan kejayaan baginda dan umat islam menawan semula kota mekah yang pada ketika itu dikuasai oleh pihak musyrikin mekah.
dengan kuasa Allah, kota suci umat islam itu akhirnya berjaya dibebaskan dari belenggu kebatilan dan  dari segala upacara syirik.
berhala-berhala dihancurkan..
dan berbondong-bondong manusia di kota mekah memeluk islam.
setelah baginda dan umat islam berjaya menawan kota mekah dalam peristiwa pembukaan kota mekah, baginda akhirnya pulang semula ke kota madinah selepas 15 hari menetap di kota mekah. 
selepas pembukaan kota mekah, akhirnya usaha dakwah dapat diperluaskan lagi dengan lebih giat. namun dalam masa yang sama, baginda dan umat islam juga turut berdepan dengan beberapa siri peperangan. Antara perang yang paling penting selepas peristiwa pembukaan kota mekah ialah perang tabuk kerana perang ini merupakan perang yang terakhir yang disertai oleh baginda s.a.w. sebelum baginda wafat.
secara ringkasnya, perang tabuk ni berlaku disebabkan keinginan Maharaja Rom yang ingin menguasai kawasan-kawasan di semenanjung tanah arab. Tambahan pula, maharaja tersebut telah mendengar bahawa terdapat sebuah kerajaan baru yang muncul di kawasan semenanjung tanah arab , kerajaan itu adalah kerajaan islam yang dipimpin oleh Rasulullah, baginda mengetahui mengenai perancangan  kerajaan Rom itu.Oleh itu, baginda telah mempersiapkan satu angkatan perang yang besar yang berjumlah dalam 30000 bala tentera termasuk 10000 bala tentera berkuda.
baginda memilih sebuah tempat yang bernama tabuk untuk dijadikan medan perang dan baginda juga turut membuat perjanjian dengan setiap ketua bagi masyarakat yang tinggal berdekatan dengan tabuk itu bahawa mereka tidak akan diserang serta diberi jaminan keselamatan oleh pihak islam. tentera islam juga pada ketika itu turut dibantu oleh Allah yang mana  Dia telah menghantar sepasukan malaikat  untuk membantu  tentera islam menentang tentera rom yang mana merupakan sebuah kerajaan yang kuat pada ketika itu.hal ini dapat dilihat sendiri oleh tentera rom bahawa ketika mereka memasuki medan perang, mereka melihat sepasukan malaikat yang menyamar sebagai panglima tentera islam yang memakai pakaian serba putih dan memiliki tubuh yang tegap dan sasa serta dilengkapi dengan alat kelengkapan perang pada ketika itu. Hal ini menyebabkan semangat tentera rom menurun dan menyebabkan mereka berundur dari medan perang. kemenangan berjaya dicapai tanpa sedikit pun pertumpahan darah.tentera islam  berada di tabuk selama 20 hari.
pada tahun berikutnya iaitu pada tahun ke sepuluh hijrah, baginda telah menunaikan ibadah haji yang terakhir dikenali sebagai haji wida' atau haji perpisahan.  peristiwa ini berlaku pada  9 zulhijjah. dalam peristiwa tersebut, baginda telah meninggalkan  satu wasiat yang penting dan besar buat seluruh umat islam yang mana terkandung dalam khutbah terakhir baginda. bagi sesiapa yang ingin mengetahui isi khutbah terakhir tersebut bolehlah( Klik di sini )

kesemua hadirin yang hadir dan  mendengar pesanan baginda itu dapat merasakan bahawa mungkin itu adalah haji yang terakhir dari  utusan Allah itu. suasana pilu dan sebak mula dirasai dalam diri mereka.
hal ini terbukti pada tahun seterusnya bahawa baginda akhirnya pergi meninggalkan dunia ini menuju kepada kekasih yang abadi yakni kepada Tuhan sekalian alam, Allah s.w.t....
detik-detik kewafatan bermula apabila baginda mula jatuh sakit yakni mengadu sakit kepala dan pening yang amat sangat kepada ummul mukminin Saidatina Aisyah  sekembalinya baginda dari melawat  perkuburan baqi' bersama-sama dengan Muwaihibah selepas diperntahkan untuk beristigfar disana.walaupun baginda dilanda kesakitan, baginda masih lagi berupaya untuk menunaikan solat. .pada suatu malam ketika umat islam sedang menunggu kehadiran baginda untuk memimpin baginda menunaikan solat namun baginda tidak dapat berbuat demikian kerana terlalu sakit sehingga baginda meminta saidina Abu Bakar menunaikan solat, saidina Abu Bakar setelah diberitahu perintah nabi  maka beliau meminta saidina Umar yang melakukannya namun Umar menolak malah menyuruh kembali saidina Abu Bakar mengimamkan solat kerana ia adalah perintah Nabi.  keesokan harinya apabila baginda merasa bahawa baginda berasa lega dari penyakit baginda,baginda pun pergi menunaikan solat zohor di masjid.apabila umat islam melihat maka mereka berasa gembira kerana menyangka bahawa baginda akan sembuh dari penyakit .saidina Abu Bakar yang melihat kehadiran Nabi  ingin berundur dari menjadi imam namun ditegah oleh nabi . baginda meminta bantuan dua orang sahabat bagi mendudukkannya disebelah Abu Bakar. maka solat dilaksanakan dengan saidina Abu Bakar bersolat mengikut solat Nabi yang solat duduk disebelah beliau dan umat islam mengikut solat di belakang Saidina Abu bakar. sangkaan umat islam bahawa penyakit baginda akan sembuh ternyata meleset, hal ini terbukti bahawa penyakit baginda menjadi semakin parah.
terdapat dalam satu hari ketika baginda sedang sakit, berada di samping para isteri baginda maka puteri baginda Siti Fatimah datang menemui baginda.baginda sempat berkongsi dua perkara iaitu baginda pertama kali berasa sedih kerana pada kebiasaannya malaikat Jibril datang menemui baginda sekali setahun untuk menyampaikan wahyu al-Quran namun pada tahun ini malaikat Jibril datang sebanyak dua kali .kedatangan itu berlaku tidak lain tidak bukan kerana mengetahui pada tahun itu baginda akan wafat..perkara kedua ialah baginda tersenyum kegembiraan kerana puterinya itulah orang pertama daripada ahli keluarga baginda yang akan mengiringi baginda sesudah wafat.. baginda juga turut mengkhabarkan bahawa puterinya itulah merupakan pemimpin atau penghulu bagi setiap wanita beriman di syurga kelak
pada hari-hari terakhir baginda, ketika dalam keheningan subuh pada 12 rabi'ul awwal tahun 11 hijrah,ketika mana saidina Abu Bakar dan umat islam sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat, maka terpandang senyuman dari insan agung itu dari tirai bilik saidatina Aisyah terbuka..gembira mereka melihat keadaan itu, saidina Abu Bakar segera ingin memberikan ruang untuk nabi solat  kerana menyangka baginda ingin bersolat bersama mereka namun baginda mengisyaratkan mereka agar menyempurnakan solat mereka itu.kaum muslimin pada ketika itu berasa senang hati melihat perubahan itu kerana menyangka bahawa baginda akan sembuh namun sangkaan mereka meleset sama sekali apabila selepas tertutupnya tirai bilik saidatina Aisyah, baginda kembali berbaring di tempat pembaringan baginda dan keadaan baginda bertambah tenat. itulah senyuman yang terakhir yang dapat dilihat daripada wajah insan agung itu dan senyuman itu juga merupakan senyuman perpisahan daripada pemimpin umat manusia itu terhadap umatnya..sebelum baginda menemui Allah s.w.t
Pada saat-saat terakhir,  sahabat baginda Usamah bin Zaid masuk menemui baginda ,ketika berada di samping baginda, beliau melihat sendiri bagaimana Rasulullah meletakkan tangan baginda ke atasnya dan melihat baginda mengangkat kedua-dua belah tanganya yang mana beliau mengetahui bahawa baginda telah berdoa untuknya.
sebelum baginda menghembuskan nafas yang terakhir , baginda sempat lagi berwasiat kepada umatnya

Wahai manusia! Sesungguhnya tidak akan kekal berita atau wahyu kenabian melainkan

 rukya solehah yang akan diperlihatkan kepada orang islam atau pun dia melihatnya. Ada 


pun sesungguhnya aku telah mengakhiri pembacaan al-Quran ketika rukuk dan sujud.


 Ketika rukuk maka besarkanlah Allah manakala ketika sujud maka bersungguhlah meminta 


doa Maka lakukanlah nescaya akan dimaqbulkan. 



setelah itu, baginda pun menghembuskan nafasnya yang terakhir , pergi menemui kekasih sejati Allah Rabbul Izzati meninggalkan syariat yang telah lengkap untuk umatnya amalkan sehingga akhir hayat mereka atau dalam erti kata lain sehingga kiamat.
kewafatan baginda pada hari itu tidak dapat diterima oleh hampir kesemua umatnya . Hal ini dapat dilihat daripada reaksi  sahabat besar seperti Saidina Umar yang mana beliau mengugut bahawa beliau akan memancung kepala sesiapa sahaja yang mengatakan baginda telah wafat kerana bagi beliau, baginda tidak akan wafat sehingga kaum munafik dihancurkan. namun ada yang menyedihkan lagi, terdapat segelintir umat islam yang lemah imannya kembali murtad kerana tidak dapat menerima berita ini. melihat kepada keadaan itu, Saidina Abu bakar pun menyampaikan ucapan bagi menenangkan kaum muslimin yang sedang berdukacita itu.
 antara isi ucapan beliau ialah..


" Wahai sekalian manusia! Sesiapa dikalangan kamu yang menyembah Sayyidina Muhammad 

s.a.w maka sesungguhnya nabi Muhammad telah wafat dan sesiapa yang menyembah Allah 


maka sesungguhnya Allah terus hidup dan tidak akan mati". 



selanjutnya beliau membacakan ayat al Quran yang bermaksud


" Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul. Sesungguhnya telah berlalu sebelumnya

 beberapa orang rasul . Apakah jika baginda wafat atau dibunuh maka kamu akan 

berpaling tadah (murtad)?. Sesiapa yang berpaling tadah maka dia tidak dapat 

mendatangkan mudharat kepada Allah sedikit pun. Dan Allah akan memberi balasan 

kepada mereka yang bersyukur "

(Sural al-Imran ayat 144)


setelah mendengar ucapan daripada Saidina Abu Bakar itu, maka suasana dapat kembali terkawal.Namun kewafatan insan agung itu tetap menggamit seribu kesedihan dalam diri umatnya..cuma yang bezanya mereka akhirnya dapat menerima pemergian Rasul yang tercinta itu dengan tenang..

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menyiapkan  entry ini..
semoga entry pada kali ini dapat membuatkan kita mengetahui sedikir sebanyak kisah hidup Rasul kita walaupun baginda telah pergi meninggalkan kita beratus-ratus tahun dahulu...
segala yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu dtang daripada kekurangan diri ini sebagai hambaNya...
yang baik dijadikan tauladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan:)
selamat beramal :)








No comments:

Post a Comment

jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...