بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Mencari kesempurnaan itu ibarat tangan mengapai awan..
tidak pernah berjaya...
sungguh diakui manusia adalah sebaik-baik penciptaan namun tidak bermakna ia sempurna dari kesilapan dalam kehidupan....
manusia itu dilahirkan untuk belajar seumur hidupnya tentang pelbagai perkara..
ilmu yang ia miliki digunakan untuk membantu insan-insan lain dalam menghadapi cabaran hidup ini...itulahnya caranya ia cuba untuk menjadi sempurna walapun kesempurnaan itu tidak akan ada dalam gengamannya
sudah semestinya mereka yang berusaha untuk menjadi orang yang berilmu itu orang yang akan menikmati kejayaan dalam kehidupan di dunia ini dan mereka yang lalai itu menempah tiket ke arah kesengsaraan di dunia ini..
berilmu dan bermanfaat... amat manis digandingkan bersama kerana dengan berilmu ,ia tahu apa yang perlu dilakukan untuk memberi manfaat pada dirinya dan pada orang disekelilingnya,
pada saat ia mati, ia tahu bahawa ia sudah selesaikan tanggungjawabnya sebagai khalifah Allah di bumi ini... matinya ditangisi pengikutnya... matinya di hormati oleh musuhnya.....
No comments:
Post a Comment