Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Saturday, August 20, 2011

Iblis Bertanya....Allah Menjawab......


Assalamualaikum to all readers...
pada kali ini aku nk share dgn korang mengenai soal jawab Iblis Laknatullah dengan ALLAH S.W.T...
perkara ini telah direkodkan dalam Hadis Rasulullah S.A.W..
selamat membaca...



Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya : “Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku.”
Firman Allah: “Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas.”
Iblis bertanya lagi: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?”
Firman Allah: “Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat.”
Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan anak Adam itu kitab (al-Quran) untuk mereka membacanya, tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?”Firman Allah: “Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.”Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan kepada mereka cerita-cerita benar, apakah pula cerita bagiku?”Firman Allah: “Cerita bagimu ialah kata-kata kesat dan dusta.”Iblis bertanya:”Wahai Tuhanku, Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk mereka memanggil orang sembahyang, apa pula azan untukku?”Firman Allah: “Azan untukmu ialah seruling.”Iblis bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau telah menghantar utusan-Mu dari para rasul dan juga nabi, siapakah yang menjadi utusanku?”Firman Allah : “Para utusan mu terdiri daripada bomoh, tabib dan dukun yang menduakan Aku.”Iblis Bertanya: “Wahai Tuhanku, Engkau berikan kitab suci al-Quran yang bertulis kepada mereka, apakah pula tulisan bagiku?”
Firman Allah: “Tulisanmu ialah tatu, gincu serta lukisan di badan.”
Iblis bertanya:”Ya Tuhanku, Engkau berikan anak Adam perangkap, apakah pula perangkap bagiku?”Firman Allah : “Perangkap bagimu ialah wanita.”
Iblis bertanya: “Ya Tuhanku, Engkau berikan mereka minuman yang halal yang disebutkan nama-Mu, apakah pula minuman untukku?”
Firman Allah : “Minumanmu ialah sesuatu yang memabukkan serta tidak disebutkan nama-Ku padanya.”
Sabda Rasulullah saw : ” Wahai manusia, laksanakanlah amalan-amalan menurut kemampuan kamu. Sesungguhnya Allah tidak akan bosan sebelum kamu merasa bosan. Sesungguhnya amalan yang paling disukai Allah ialah amalan yang ringan namun berterusan.”
(Hadis Riwayat Muslim)

itu sahajalah yang aku dapat kongsikan dgn korang semua para pembaca yang setia dgn blog ni..
harap segala kekurangan dapat difahami..
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah manakala yang buruk itu datang dari diriku yang penuh khilaf ni..
yang baik kita jadikan tauladan manakala yang buruk itu kita jadikan sempadan...
selamat beramal(^_^)V








Jadikanlah al-Quran dan As Sunnah... sebagai panduan hidup..

Wahai kaum Adam...berhati-hatilah dengan wanita kerana mereka merupakan salah satu perangkap syaitan untuk mu...

berdoalah selalu wahai kaum muslimin dan muslimat semoga allah menyelamatkan kita dari tipu daya Syaitan laknatullah...



No comments:

Post a Comment

jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...