Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Friday, February 17, 2012

>>>Marah>>>>>>>>>>????????? perlukah?????

Assalamualaikum to all readers...
alhamdulillah...
saya diberi kesempatan untuk post kan entry yang terbaru pada kali ini..
 .....
saudara dan saudari sekalian...
mesti ada antara kamu  semua pernah mengalami perasaan. marah..
dan kadangkala sifat marah tersebut sudah menjadi perkara yang normal dalam hidup kita ni...
yup...
kita semua mengerti dan mengetahui bahawa sifat marah itu merupakan perkara yang fitrah bagi setiap manusia dalam kehidupan ini...
kadang-kadang  kita lepaskan kemarahan kita  supaya hati kita dapat ketenangan dan kepuasan tapi dalam masa yang sama perbuatan kita tersebut mungkin akan menyebabkan hati orang disekeliling kita terguris........
jika kita pendamkan kemarahan kita...hati kita pula akan berasa tidak tenang dan sakit tapi ia mempunyai banyak perbezaan  jika dibandingkan dengan situasi yang pertama tadi..
pertama...
ia dapat mengajarkan kita erti ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi cubaan hidup ini...
selain itu.... 
kesakitan yang di alami oleh hati kita itu hanya kita sahaja yang dapat mengetahui cara-cara untuk mengubatinya...
berlainan dengan hati orang lain..belum tentu dapat sembuh dan memaafkan kita walaupun kita meminta maaf kepadanya pun...
 tapi kadang-kadang... kita ni hanyalah manusia biasa.. tidak mungkin dapat memendam perasaan marah itu di dalam hati kita.....
lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan maruah dan juga melibatkan orang yang penting dan yang paling kita sayangi...
pasti kemarahan yang kita pendamkan itu akan terlontar jua...
cuma...
readers sekalian...
ingat dan renung-renungkanlah..
jadikanlah kita ni sebagai Tuan kepada marah....jangan jadikan marah itu Tuan kepada kita...
pertama sekali...
jika kita marah...amalkanlah nasihat dan tips-tips  yang Rasulullah berikan

Nabi saw pernah bersabda:
"Sifat marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan hanya air sahaja yang boleh memadamkan api.Maka jika ada seseorang antara kamu marah,hendaklah dia berwudhuk"
(Hadis Riwayat Abu Daud)

Nabi saw bersabda lagi dalam hadis yang lain:
"Apabila seseorang antara kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya  hendaklah dia berbaring secara mengiring"
(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

dalam hadis lain diriwayatkan
ada dua orang lelaki telah bermaki-makian di dalam majlis Rasulullah saw.Yang satu memaki temannya dalam keadaan marah sedangkan wajahnya merah padam. maka bersabda Nabi saw:" aku tahu penawarnya,jika dia mengucapkan 'auzubillahi mina syaitanirrajim' nescaya akan lenyaplah apa yang merasuknya "
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
....
bagi pendapat saya pula...
seandainya jika kita tahu ada seseorang atau keadaan itu akan membuat kita marah
maka ada baiknya jika kita beredar menjauhi orang tersebut...
kita menjauhi orang tersebut bukan disebabkan kita takut kepada orang itu...tapi kerana kita hendak mengawal kemarahan yang kita pendamkan dalam hati ini dari marah...
 insyaallah
akhirukalam
yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu datang daripada diri ini yang penuh kekurangan ini...
yang baik kita jadikan tauladan manakala yang buruk kita jadikan sempadan...
selamat beramal dan semoga berjumpa lagi pada entry akan datang....insyaallah..
(^_^)V




Nabi saw pernah bersabda:
"Sifat marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan hanya air sahaja yang boleh memadamkan api.Maka jika ada seseorang antara kamu marah,hendaklah dia berwudhuk"
(Hadis Riwayat Abu Daud)













No comments:

Post a Comment

jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...