Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Monday, March 12, 2012

>>>>Dunia , Iblis , Wanita , manusia , dan Nafsu...

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ 
 “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Assalamualaikum to all readers
alhamdulillah kerana saya diberi peluang sekali lagi untuk  membuat coretan di blog ini..
hmm..
coretan pada kali ini adalah mengenai penghalang kita untuk mengabdikan diri pada Yang Maha Esa..
coretan pada kali ini sebenarnya di ilhamkan daripada satu majalah islamik yang paling saya minati iaitu solusi.. he3 sempat pula promote he3..
k3..
terus pada topik pada kali ini..
penghalang  kita untuk mengabdikan diri pada Yang Maha Esa..
terdapat 5 perkara yang memainkan peranan sebagai penghalang dalam  objektif kita pada Allah..
Dunia , Iblis , manusia , wanita , Nafsu

pertama sekali.. 
Dunia
Dunia ni boleh sahaja jadi penghalang apabila manusia ni menjadikan dunia sebagai matlamat dalam kehidupannya
kadang-kadang manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan dunia...
sehingga sanggup mempertaruhkan kehidupan 
senang kata apabila dunia kita jadikan sebagai matlamat ..
sehingga menggabaikan segala perintah Allah seperti tidak menunaikan solat, tidak mengeluarkan zakat , dan sebagainya...
 inilah yang dinamakan cinta dunia
cinta untuk mengumpulkan segala kekayaan , dan meninggikan darjat dalam kalangan manusia di dunia
ingatlah wahai saudara mukminin dan saudari mukminat sekalian...
dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin tapi syurga buat orang kafir dan para pencintanya...
jadikanlah dunia ini sebagai jambatan ke akhirat dengan melakukan amal soleh  yakni membuat amar ma'ruf  dan nahi mungkar
insyaallah... kita akan sampai ke destinasi kita di akhirat kelak yakni syurga...

kedua...
Iblis
yup.... makhluk yang dihina dan dilaknat oleh Allah..
dan makhluk yang bercita-cita dan bersumpah untuk menyesatkan seramai mungkin anak adam (manusia ) untuk menjadi ahli neraka
mereka yang beriman dan yang diberi hidayah oleh Allah sahaja yang akan terselamat dari penghalang ini...

ketiga...
manusia
kadang-kadang manusia ini juga boleh menjadi penghalang terhadap manusia yang lain..
 seperti sahabat , keluarga , dan orang-orang yang kita sayang..
setiap amalan yang dilakukan oleh seseorang itu pasti akan diperlekehkan...
yup... mungkin kita boleh mengangap ia sebagai gurauan..
tapi ia mungkin dapat menghalang niat seseorang itu untuk mengabdikan diri kepada Allah
kadang-kadang ada yang akan mengatakan

"ko solat tu komfem ke masuk syurga????"

 hahahha kadang-kadang memang lawak tapi apa kata kalau kita lak jawab sekurang-kurangnya kita tidak terang-terang menempah tiket ke neraka
;)
tapi kita kena ingat... tidak semuanye akan menjadi penghalang..tapi kadang-kadang keluarga , sahabat handai , dan orang yang kita sayang pun boleh menjadi pendekat diri kita kepada Allah..
bergantung pada siapa kita bergaul ...
 pergaulan dengan orang yang baik... selamat iman...
jika pergaulan dengan orang jahat..
sebaliknya yang akan berlaku..

keempat,
wanita,kenapa yup??
wanita mempunyai daya penarikan yang kuat terhadap seseorang insan yang bergelar lelaki..
tanpa wanita dalam hidup seseorang lelaki..
kehidupan lelaki tersebut akan menjadi sunyi..
senang kata ia merupakan peneman dan pelengkap terhadap lelaki dalam meniti kehidupan di dunia ini..
 terciptanya Hawa di syurga.. adalah sebagai peneman kepada Adam..
dan Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana...
Dia maha mengetahui tentang perasaan Adam di dalam syurga pada waktu itu..
apatah lagi kita sebagai hambaNya yang lemah ini... 
namun.. kerana Hawa juga Adam dikeluarkan daripada syurga.. 
akibat hasutan iblis terhadap Hawa agar mendekati pohon khuldi , Adam dikeluarkan daripada syurga..
wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok..
luruskanlah ia dengan keimanan dan kelembutan...bukan dengan pujian mahupun harta..kerana kelak ia binasa
wanita
merupakan  makhluk ciptaan Allah yang paling indah buat insan yang bernama lelaki..
wanita merupakan hiasan dunia dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah..

kelima,
nafsu,
nafsu manusia merupakan penghalang yang terbesar dalam kehidupan seseorang itu untuk mengabdikan diri kepada Allah.
kenapa pula boleh terjadi begini????
kerana nafsu lah yang akan menyebabkan wujudnya penghalang-penghalang di atas kecuali iblis..
iblis meghasut manusia melalui nafsu manusia itu sendiri...
sekiranya kita gagal mengawal nafsu...
binasalah kita...
nafsu terbahagi kepada 3.. 
nafsu amarah  (nafsu yang mendorong kita membuat perkara yang jahat ) 
nafsu lawamah (nafsu yang membuatkan iman kita ni turun naik ,sekejap menjadi baik sekejap menjadi jahat )
 nafsu mutmainnah
(nafsu yang mendorong manusia ke arah perkara yang baik... )
tanya pada diri kita...
sekarang kita ni dalam mode nafsu apa????
nafsu amarah , ?? nafsu lawamah ?? atau nafsu mutmainnah??
 jadikanlah kita ni tuan kepada nafsu kita...jangan menjadikan nafsu itu tuan kepada kita
insyaallah...

 sampai di sini sahajalah coretan pada kali ini..
semoga kita dapat bertemu lagi pada entry akan datang...
insyaallah
sebelum saya mengakhiri entry pada kali ini marilah kita renug-renugkan firman Allah ini...


فَلاَتُعْجِبْكَأَمْوَالُهُمْوَلاَ أَوْلاَدُهُمْإِنَّمَايُرِيدُاللّهُ لِيُعَذِّبَهُمبِهَا فِيالْحَيَاةِالدُّنْيَاوَتَزْهَقَأَنفُسُهُمْوَهُمْ كَافِرُونَ
"Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. sesungguhnya Allah menghendaki dengan (memberi) harta benda dan anak-anak itu untuk menyiksa mereka dalam kehidupan dunia dan kelak akan melayang nyawa mereka sedang mereka dalam keadaan kafir
(Surah at Taubah ayat 55)"

FirmanNya lagi 
 "ketahuilah  bahawa sesungguhnya  kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan  bermengah-mengah di antara kamu serta berbangga-banggaan  tentang banyaknya harta dan anak seperti hujan yang tanaman-tanamanya mengangumkan para petani kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur dan di akhirat ( nanti) ada azab yang keras ( berat)  dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya .Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu"
(Surah al Hadid ayat 20)



yang baik itu datang daripada Allah...
manakala yang buruk itu datang daripada kekurangan dalam diri ini..
yang baik kita jadikan tauladan... manakala yang buruk kita jadikan ia sebagai sempadan dalam kehidupan ini...
selamat beramal
(^_^)V









No comments:

Post a Comment

jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...