Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Friday, December 24, 2010

Catatan memori budak sultan muhammad Part 2

Alhamdullilah...akhirnye aku diberi kesempatan untuk menyambung kembali kisah aku di sekolah ....
pada waktu aku form 2...
hmm..
tiada perkara yang menarik yg berlaku dalam hidup aku....
tapi ada satu peristiwa aku tak dapat aku lupekan...hmmmm....
tapi aku rasa tkyah la aku ceritakan kt sini kerana aku rasa hal ini tak sesuai untuk ditulis disini..
pada waktu aku tingkatan tiga..........
fuh... kira tahun peperangan aku yang pertama sepanjang aku menuntut di sekolah menengah kerana tahun tersebut aku terpaksa menempuh ujian yang kedua terpenting selepas UPSR iaitu ujian PMR(Penilaian Menengah Rendah)....
pada tahun tu jugak aku telah bergaduh dengan seorang member ni...
tapi x yah la aku nak ulas tentang hal itu...
kerana segala hal yg da berlaku tu biarlah terkubur aje...
hmm..
sebut pasal ni...
aku pernah dengar satu cerita dua orang pemuda yang bersahabat baik iaitu Ali dan Abu...
dua orang pemuda ni telah mengembara bersama-sama untuk mencari pengalaman..
pada satu hari ketika mereka melalui kawasan di tepi pantai..
Abu telah membuatkan kawan dia,Ali berasa marah... lalu Ali talah memarahi Abu ..
sebelum meneruskan perjalanan...Abu telah mengambil sebatang kayu lalu menulis pada pasir di tepi pantai itu

"pada hari ini ,sahabat baik aku telah memarahi aku"

melihat pada keaadaan itu,Ali pun merasa pelik lalu menanyakan tentang perkara tersebut pada Abu..Walau bagaimanapun...Abu hanya tersenyum dan diam..
Abu pun mengajak Ali meneruskan pengembaraan mereka...pada satu ketika,ketika mereka melalui di satu kawasan hutan,Abu telah pun dipatuk ular tedung...
Ali dgn serta merta terus membunuh ular tersebut lalu berusaha menyelamatkan Abu dengan menyedut keluar bisa racun ular tersebut,dan terus mengeluarkan ubat yang telah disediakan oleh datuk Ali yang merupakan seorang doktor di kampung mereka...
memandangkan Abu telah tercedera dan tidak dapat meneruskan perjalanan... Ali pun bercadang untuk bermalam di dalam hutan tersebut dan meneruskan perjalanan mereka dalam satu atau dua hari lagi sehingga keadaan Abu beransur pulih............
setelah keaadaan Abu telah beransur pulih,mereka berdua pun meneruskan pergembaraan mereka tetapi...
sebelum meneruskan perjalanan mereka..
Abu telah mengambil pisau yang ada dalam beg dia lalu mengukir pada batu besar yang ada berdekatan dengan tempat mereka berehat

"Pada minggu ini ,sahabat baik aku telah berkorban dengan menyelamatkan aku dari maut bisa ular tedung dan merawat aku sehingga sembuh"

Sekali lagi Ali berasa hairan dengan tindakan Abu itu lalu terus bertanyakan kepada Abu mengapa apabila dia memarahi Abu,Abu menulis di Atas pasir dan mengapa apabila dia berbuat baik pada Abu mengukir di atas batu .Abu menjelaskan mengenai tindakan pertama dia menulis perbuatan negatif Ali di atas pasir supaya perkataan di atas pasir tersebut tidak akan kekal dan akan hilang di tiup dek angin dan hilang disapu ombak kerana perkra yang tidak baik dan negatif ni biarlah hilang seperti ayat di atas pasir itu hilang kerana perkara yang negatif ni boleh melahirkn perasaan dendam,marah,dan sebagainya dan sebaiknya biarlah kita tidak mengingatinya dalam kehidupan kita.manakala sebab dia mengukir kebaikan Ali di atas batu supaya tidak hilang dan akan teguh serta kekal di atas batu tersebut kerana kebaikan seseorang itu hendaklah kita ingati sampai bila-bila dan tidak akan kita lupakan sehigga akhir hayat seseorang itu...
Setelah mendengar penjelasan Abu ,Ali berasa terharu dan kagum dengan kebijaksanaan Abu lalu mereka berdua pun meneruskan pengembaraan mereka dan sejak hari itu mereka menjadi sahabat baik yang sangat akrab yang bantu membantu antara stu sama lain apabila salah seorang daripada mereka ditimpa masalah...

Itu sahaja cerita yang aku dengar...
mungkin aku ada tokok tambah sedikit di dalam cerita aku itu tapi yang penting...
mesej yang aku nak sampaikan tu dapat aku sampaikan...
hmm....
berbalik pada cerita masa aku di tingkatan tiga.. budak2 pada waktu memang stuggle
giler belajar untuk PMR...
tapi time tu budak2 ni ada satu habits iaitu suka kumpul lirik lagu.maca2 lagu diorang ni kumpul..
ha3...
aku rasa diorang ni nk mereleasekan tension kot..
sampai aku2 sekali terikut...
ha3...
yang tak bleh aku lupakan sampai aku punye buku yang ada lirik lagu pun cikgu boleh rampas dan kerana hal itu aku bertengkar dengan member aku...
hmm..
tapi akhirnya kita orang berjaya mendapat keputusan yang memuaskan ..aku pula akhirnya mendapat 6A 2B 1C..cikgu aku pun tak sangka aku boleh dapat keputusan macam tu..
walaupun aku tak mendapat straight A's...tapi aku bersyukur apa yang ada
kata orang nk menyesal pun tidak ada gunanya lagi sebab perkara tersebut telah pun berlaku.perkara tersebut kita jadikan persediaan dan sebagai batu lonjakan semangat untuk perkara yang akan kita lalui pada masa hadapan
hmm....
aku rasa aku terpaksa berhanti sampai sini dulu...
insyallah...kalau ada masa terluang nanti aku akan sambung lagi cerita aku ni..
Yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada diri aku yang khilaf ni...















No comments:

Post a Comment

jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...