Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Wednesday, October 26, 2011

~~~~Nama-Nama Syaitan~~~~

Assalamualaikum to all readers..
pada kali ini jom kita kenali anak-anak iblis laknatullah ini..kerana setiap anak-anak iblis ni semuanya ada tugas yang mana untuk menyesatkan manusia..
insyaallah..dengan ini kita dapat mengelakkan diri kita dari terperangkap dengan mereka yang dilaknat Allah ini..


1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.


Yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itui datang dari dalam diri ini yang serba kekurangan ini dan juga selaku hambaNya yang kerdil ini....
yang baik kita jadikan tauladan dan ikutan manakala yang buruk itu kita jadikan sempadan dalam kehidupan ini..
selamat beramal..
wassalamualaikum..
(^_^)V
















sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda:aku telah 

tinggalkan kamu dua perkara yang mana selagi mana kamu 

berpegang teguh dengannya maka kamu tidak akan sesat 

selama-lamanya iaitu..kitab Allah (al-Quran) dan sunnah 

Rasulullah..
oleh itu para pembaca sekalian..berpegang teguh lah kalian 

semua dengan al-Quran dan asssunah..insyaallah korang 

tidak akan sesat dalam tipu daya syaitan dan konco-

konconya...

No comments:

Post a Comment

jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...