Pages

Kahwin.............
ada anak...........
pertemuan dan...........
perpisahan.......

itu semua boleh terjadi berkali-kali,
Tapi,
Alam persekolahan datang hanya sekali.
Tak kira walau hebat ke tak,itulah memori pahit manis yang akan kekal buat selama-lamanya

Followers

JOM SHOPPING=)

pendapat readers mengenai blog ini.....

like like like

Saturday, July 23, 2011

Marhaban ya Ramadhan Al Mubarak...







Assalamualaikum to all readers..

"sesungguhnya pada awal ramadhan itu adalah rahmat..
pertengahannya adalah makrifah
dan..
penghujungnya adalah pembebasan dari api neraka.."
                                                                                                         ( al hadis)

tanpa kita sedari bulan ramadhan sudah semakin hampiri...
terdapat banyaknya keistimewaan yang allah berikan pada umat islam dalam bulan ini..
sesungguhnya apabila datangnya bulan ini,pinti-pintu syurga dan pintu-pintu langit dibuka dengan seluas-luasnya dan pintu-pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya...
pada bulan ini...
SYAITAN-SYAITAN diikat dengan seketatnya...
yang ada pada bulan itu adalah perjuangan umat islam melawan nafsu yang merupakan musuh selepas syaitan laknatullah...
pada bulan ini juga...terdapat di dalamnya malam lailatul Qadar yng dikatakan pada malam itu adalah lebih baik dalam seribu bulan..
pahala amalan yang dilakukan pada malam itu akan berlipat ganda...
Sesungguhnya  Al-Quran diturunkan pada bulan ramadhan
dan...

sesungguhnya beruntunglah bagi orang-orang yang berjaya menemukan malam lailatul qadar tersebut...
sesungguhnya kedatangan bulan ramadhan ini amat ditunggu oleh orang-orang beriman dan beramal soleh.

sesungguhnya bau mulut bagi hamba2 Allah yang berpuasa lebih harum dari wangian kasturi..


Rasulullah s.a.w bersabda :

“Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya,
bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi
Allah daripada aroma (haruman) minyak kasturi”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1894)
sesungguhnya..
ibadat seseorang yang menunikan puasa adalah lebih baik dari ibadat lain dan orang yang selalu menunaikan puasa akan melalui satu pintu khas untuk memasuki Syurga yang dinamakan al-Rayyan dan akan di hisab dan dinisbahkan oleh Allah sendiri..



Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-BukhariKitab al-Shaum – no: 1896)

Abu Umamah r.a berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”
(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)


Sabda Rasulullah s.a.w :
“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-KU. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-KU. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, AKU memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-KU dan (sudah tentu) AKU sendiri yang akan memberi balasannya”
(Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’Kitab al-Shiyam – no: 603)

Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-BukhariKitab al-Libas – no: 5927)

Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani r.h berkata mengenai hadis di atas:
 Ibadah puasa ini dianggap sebagai ibadah khusus untuk Allah kerana ia bebas daripada unsur riak. Ini kerana, perlaksanaannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Orang yang sedang berpuasa dan orang yang tidak berpuasa sama sahaja dari segi luarannya. Berbeza dengan ibadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir atau bersedekah yang mana perlaksanaannya dapat dilihat secara terbuka dan membuka ruang timbulnya perasaan riak. Oleh itu al-Imam al-Qurtubi r.h berkata: Disebabkan semua amal perbuatan yang ada ini dapat dimasuki unsur riak, sedangkan puasa itu hanya dilakukan semata-mata kerana Allah, tidak hairanlah Allah menisbbahkan puasa itu kepada diri-Nya”
(Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Baari, jilid 11, halaman 20)

oleh itu wahai kaum muslimin sekalian..
marilah kita menunaikan ibadat  puasa pada bulan ini dengan penuh tawadhuk,ikhlas,dan sabar...
banyak keistimewaan-keistimewaan lain yang Allah berikan pada hamba-hambanya..
yang baik datang dari Allah S.W.T 
dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri ini sebagai hambanya yang lemah ini...


*jangan curi-curi ponteng ye pembaca sekalian n yang ponteng tahun lepas tu boleh r korang gantikan dalam masa beberapa hari ini.. he3..
selamat beramal...(^_^)V










No comments:

Post a Comment

jom komen:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...